Ads

Nilai Artistik Koleksi Fesyen Nigel Chia Artisanal 2017/2018

Menghasilkan busana yang dramatik dengan sentuhan gaya ready to wear bukanlah mudah. Namun menyaksikan koleksi pereka fesyen ini seolah-seolah menggarap satu pentas yang penuh cerita, sarat dengan pelbagai elemen menarik. Untuk koleksi yang diberi nama ‘Artisanal’ ini, Nigel mempertaruhkan corak serangga sebagai motif utama yang melatari kanvas pilihan.

Nilai Artistik Koleksi Fesyen Nigel Chia Artisanal 2017/2018

Setiap satu rekaan menampilkan gaya penuh mewah dengan sulaman-sulaman yang nampak mahal, serta selain perletakan motif cetakan serangga terdapat juga suntikan sulaman berkilau motif ikan emas. Motif yang begitu dempak ini memberikan satu penyataan fesyen yang sempurna.

Nilai Artistik Koleksi Fesyen Nigel Chia Artisanal 2017/2018

Ads

Elemen rekaan lengen potongan loceng dan juga perincian ropol ekstravaganza juga antara kunci yang menjadikan koleksi ini menonjol. Biarpun ia nampak sarat dan boleh terlajar menjadi gaya yang keterlaluan, namun untuk rekaan oleh Nigel Chia ini ia seolah-olah kena dan tidak canggung.

Nilai Artistik Koleksi Fesyen Nigel Chia Artisanal 2017/2018

Ads

Pereka fesyen ini juga cukup bijak dengan pemilihan rona pastel dan warna putih yang menyeimbangkan elemen-elemen lain yang sudah cukup lantang. Yang akan memakai busana ini semestinya wanita-wanita yang yakin dengan diri dan menghargai hasil kerja yang teliti.

Ads

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Isaac Raees Pimpin Solat, Peminat Puji Zahirah & Aiman

Isaac Raees Pimpin Solat, Warga Maya Tersentuh Didikan Agama Zahirah &...

Sejuk perut ibu mengandung dapat melihat anak lelaki sulung menjadi imam solat. Perkongsian aktres cantik, Zahirah MacWilson di media sosialnya baru-baru ini mengenai permata hati kesayangan iaitu Isaac Raees nyata meraih perhatian warga maya. Terutamanya peminat setia bintang drama bersiri popular, Good Boys Go To Heaven berkenaan.