Gaya Hidup

NING BAIZURA Sambut Anniversary Di Jepun Tapi CEDERA Terjatuh Ketika Main Ski

Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin memang disarankan untuk meraikan tarikh ulang tahun perkahwinan. Tahniah! diucapkan kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Curiga, Awan Yang terpilu dank au dan Aku ini, telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-11 bersama suami tercinta, Omar Shariff Christopher Layton Dayton, 45 tahun.

Rupa-rupanya ulang tahun perkahwinan Ning Baizura yang berusia 43 tahun ini jatuh pada 31 Januari turut berkongsi dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Ryan Sky Dalton. Patut lah Ning Baizura menjadikan tradisi sambutan ulang tahun perkahwinannya dan ulang tahun kelahiran anaknya di Jepun. Menurut Ning Baizura pemergiannya ke Jepun tahun ini sudah masuk tahun yang ke-2.

Malangnya ketika hari ke-5 sedang menikmati keindahan gunung bersalji di sana, Ning Baizura telah ditimpa kemalangan. Ning terjatuh ketika sedang bermain ski di sana yang mengakibatkan kaki dan lututnya cedera. Ning Baizura turut berkongsi di laman Instagramnya tentang peristiwa ini.

Day 5 – Iwatake fun and challenging…This all taken before my twisted fall…My knee is better it needs TLC rest, because it’s swollen today…,” katanya.

Sebelum kejadian Ning Baizura turut berkongsi di laman Instagram yang mengatakan ini adalah kali ke-3 dirinya bermain ski. Walaupun tidak begitu arif dalam selok-belok bermain ski tetapi Ning Baizura teruja meluncur di atas ais tersebut. Ning Baizura bersemangat menyeimbangkan diri dan gunung yang memutih  dilitupi salji.

Namun, Ning turut menyatakan lututnya sudah beransur pulih kerana mengambil pil penahan sakit. Walaupun telah cedera di bahagian lutut dan kaki tetapi Ning Baizura tetap optimis mahu meluncur laju di atas gunung bersalji tersebut.

Happy Anniversary Ning dan semoga cepat sembuh.

Foto: Instagram@ningdalton

 

 

IKLAN
Share