Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin memang disarankan untuk meraikan tarikh ulang tahun perkahwinan. Tahniah! diucapkan kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Curiga, Awan Yang terpilu dank au dan Aku ini, telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-11 bersama suami tercinta, Omar Shariff Christopher Layton Dayton, 45 tahun.
IKLAN
Rupa-rupanya ulang tahun perkahwinan Ning Baizura yang berusia 43 tahun ini jatuh pada 31 Januari turut berkongsi dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Ryan Sky Dalton. Patut lah Ning Baizura menjadikan tradisi sambutan ulang tahun perkahwinannya dan ulang tahun kelahiran anaknya di Jepun. Menurut Ning Baizura pemergiannya ke Jepun tahun ini sudah masuk tahun yang ke-2.
Malangnya ketika hari ke-5 sedang menikmati keindahan gunung bersalji di sana, Ning Baizura telah ditimpa kemalangan. Ning terjatuh ketika sedang bermain ski di sana yang mengakibatkan kaki dan lututnya cedera. Ning Baizura turut berkongsi di laman Instagramnya tentang peristiwa ini.
“Day 5 – Iwatake fun and challenging…This all taken before my twisted fall…My knee is better it needs TLC rest, because it’s swollen today…,” katanya.
Sebelum kejadian Ning Baizura turut berkongsi di laman Instagram yang mengatakan ini adalah kali ke-3 dirinya bermain ski. Walaupun tidak begitu arif dalam selok-belok bermain ski tetapi Ning Baizura teruja meluncur di atas ais tersebut. Ning Baizura bersemangat menyeimbangkan diri dan gunung yang memutih dilitupi salji.
IKLAN
Namun, Ning turut menyatakan lututnya sudah beransur pulih kerana mengambil pil penahan sakit. Walaupun telah cedera di bahagian lutut dan kaki tetapi Ning Baizura tetap optimis mahu meluncur laju di atas gunung bersalji tersebut.
Memiliki rupa paras yang cantik, Liza Soberano yang kini berusia 22 tahun telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia untuk tahun 2019. Pemilihan aktres Filipina ini sebagai wanita tercantik dunia dibuat oleh blog hiburan iaitu Starmometer. Undian untuk memilih wanita tercantik dunia ini telah dilakukan di laman Facebook, Twitter dan Instagram.
Liza Soberano telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di dunia mengalahkan Salena Gomez dan Deepika Padukone. Berikut adalah senarai Top 10 Wanita Tercantik Dunia.
1. Liza Soberano, FILIPINA
2. Lalisa Manoban, THAILAND
3. Urassaya Sperbund, THAILAND
4. Kim Jisoo, KOREA SELATAN
5. Kim Jennie, KOREA SELATAN
6. Selena Gomez, AMERIKA SYARIKAT
7. Deepika Padukone, INDIA
8. Tzuyu, TAIWAN
9. Gal Gadot, ISRAEL
10. Lily Collins, UNITED KINGDOM
Siapakah sebenarnya Liza Soberano atau nama sebenarnya Hope Elizabeth Soberano ini. 10 Fakta tentang wanita paling cantik di dunia, 2019.
1. Gadis ini lahir di Santa Clara, California, Amerika Syarikat pada 4 Januari 1998. Memiliki kerakyatan Amerika dan Filipina. Mempunyai darah kacukan Filipina di sebelah bapanya, John Castillo Soberano dan Amerika di sebelah ibunya, Jacqulyn Elizabeth Hanley. Membesar di California sebelum berpindah ke Manila di usia 10 tahun, mengikut bapanya yang sudah berpisah dengan ibunya.
2. Liza Soberano memulakan kariernya sebagai model ketika berusia 12 tahun. Ketika itu Liza telah ditawarkan untuk menjadi model iklan percetakan. Sejak itu, Liza mula mendapat tawaran berlakon walaupun tidak begitu fasih berbahasa Tagalog.
3. Wajahnya mula muncul di layar kaca membintangi drama berseiri yang berjudul Mac pada tahun 2011. Karier Liza meningkat naik setelah membintangi drama berjudul Forevermore pada tahun 2014.
4. Di Filipina, Liza Soberano juga telah mendapat jolokan wanita paling cantik dan sering menjadi pilihan produser drama dan filem serta produk kecantikan melantiknya sebagai duta mereka.
5. Tidak bergantung kepada rupa paras semata-mata, Liza pernah meraih penghargaan Most Influential Film Actress dan Push Female Movie Performance of the Year.
6. Mempunyai ketinggian 1.69 meter dan berat 51 kilogram, Liza juga aktif dalam misi kemanusiaan dan sering menyokong kempen kesedaran kesihatan mental.
7. Gadis cantik ini juga bergelar seorang penyanyi apabila melancarkan album runut bunyi bertajuk Choose Amore, Choose Love berduet bersama kekasih hati Enrique Gil.
8. Hobi di masa lapang, Liza gemar menonton filem, membaca buku, mengambil video dan main monopoli.
9. Liza Soberano tamat persekolahan di sekolah tinggi St. Patrick’s School of Quezon City pada tahun 2015. Liza merupakan seorang pelajar yang aktif di sekolahnya.
10. Liza bercita-cita mahu menjadi peguam dan mempunyai mata berwarna coklat. Wanita yang menjadi inspirasi kepada gadis tercantik di dunia ini ialah Kendall Jenner.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini.
Tersenarai antara selebriti wanita tercantik tanah air, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta ini sememangnya mempunyai aura dan pesona tersendiri. Apatah lagi, dia merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992 yang cukup sinonim dengan kecantikan dan fesyen.
Walau sibuk dengan karier dan menghadiri pertunjukan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini, Che Ta tetap mesra melayan pelawaan Nona sebagai penghias Nona edisi digital Ogos 2023.
“Awal bulan depan akan busy dengan pencarian Hero Remaja. Kalau nak kata dengan lakonan, tak ada lagi buat masa sekarang tapi sibuk dengan produk baru. Sebab tu I tak masuk set shooting sebab kalau masuk, I punya kerja macam tergendala.
So nak settle a few produk nak keluar dalam sebelum hujung tahun ini,” dedah Che Ta mengenai perkembangan diri.
Genap mencecah usia 50 tahun pada 9 Mac lepas, jelitawan ini masih menjadi buruan penerbit dan syarikat korporat untuk menjadi teraju mahupun wajah kempen mereka. Mengulas pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery pada Februari lalu, Che Ta meluahkan rasa syukur atas tawaran berkenaan.
“Sebenarnya orang perempuan ni memang dah pandai dan cerdik. Dah tahu dekat mana orang kata nak labur dan spend duit depa. Depa boleh simpan duit, ikat perut hanya untuk beli emas.
Emas daripada perhiasan, boleh juga dijadikan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Kalau beli gold bar boleh jual bila naik harga, ada untung.
Sama juga macam beli barang kemas, beli pada harga rendah bila dah pakai lama-lama dan bosan, boleh trade in. Tak rugi harga. Janganlah beli hari ini jual esok. Ia untuk jangka masa panjang. Ada keuntungan di situ.”
Kredit Foto Angsa Emas JewelleryKredit Foto Angsa Emas JewelleryKredit Instagram @rozitachewan1
Kian matang melalui episod kontroversi dan asam garam dunia seni, Che Ta yang sudah hampir dua dekad bergelar anak seni mengaku fokusnya kini ialah keluarga. Meniti usia separuh abad, dia mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
Jelas usahawan Inai Che Ta dan RCW Scarves ini, dia amat mengutamakan hubungan kekeluargaan dan selesa dikelilingi adik-beradik dan ahli keluarga tersayang.
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, kita hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
Macam sekarang, I lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun duduk dengan I. Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, I akan ajak semua datang rumah makan-makan dan berkumpul.
Sebab I rasa bila dah berusia ni I macam nak kecilkan circle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu I nak avoid.”
Tambahnya lagi, “Sebab tu kalau tengok, I dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan I pagi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik. Sebelum Maghrib tu dah dekat rumah. Kehidupan I sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak I dekat mana-mana, I sebenarnya sangat tenang di rumah.
Iyalah, kita tua ni kita tak nak apa dah, kita nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat, kita tak nak tinggal. I rasa bila kita duduk dekat rumah just pergi office, I rasa waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
I ada cakap dengan Zain yang I happy sangat. Macam dalam family, isteri Lan Pet Pet iaitu Ruby, dia yang banyak dorong benda ke arah kebaikan.
I selalu dan suka lepak dengan dia, banyak ilmu agama belajar dan ada yang kita masih tak tahu atau tak ambil tahu, sekarang dah tahu. Bila umur macam ni ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja.”
Seronok tengok keakraban Che Ta dan adik-beradik. Walau masing-masing dah bekeluarga dan ada bisnes sendiri tetap meluangkan masa untuk berkumpul ramai-ramai. Kalau dah berkumpul, meriah sungguh!
Che Ta mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana. Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab diri kepada Allah. Dalam hidup kita kena sentiasa berubah dan memperbaiki diri,” tutur Hannah Delisha saat bercerita tentang perubahan dirinya yang kini sudah berhijab.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Tambahnya lagi, ““Ikutkan sejak Ramadan tahun ini lagi, saya sudah berniat nak pakai hijab. Cuma disebabkan saya terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat itu tertangguh.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Namun saat selesai penggambaran drama itu, saya terus nekad memakai tudung. Semoga saya terus istiqomah. Alhamdulillah tercapai jua niat itu,” tutur gadis yang mempunyai nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Walaupun sudah berhijab tetapi, Hannah tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen. “Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai. Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” bicara Hannah lembut.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Memiliki cita rasa tinggi dalam pemilihan fesyen Hannah juga mempunyai jenama fesyen kegemarannya. “Hannah sendiri mempunyai beberapa jenama kegemaran, antaranya termasuklah Valentino Garavani, Jimmy Choo, Coco Chanel, Domenico Dolce & Stefano Gabana, Rei Kawakubo, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi,” katanya.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna. “Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” kongsi pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer ini.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...