Tahukah anda, lebih separuh populasi dewasa Malaysia iaitu satu daripada dua orang bersamaan 50.1 peratus mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 47.7 peratus (NHMS 2015).

IKLAN

Obesiti:  Awas! 1.7 juta Rakyat Malaysia Berdepan Diabetes, Jantung & Hipertensi

Obesiti:  Awas! 1.7 juta Rakyat Malaysia Berdepan Diabetes, Jantung & HipertensiMenurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh berkata, isu obesiti di Malaysia amat memerlukan perhatian dan tindakan berikutan golongan ini berisiko mendapat diabetes, hipertensi, dan penyakit jantung amat tinggi.

Statistik semasa juga menunjukkan, 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga risiko hipertensi, diabetes dan kolestrol tinggi manakala 3.4 juta pula mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada risiko ini.

Obesiti:  Awas! 1.7 juta Rakyat Malaysia Berdepan Diabetes, Jantung & Hipertensi
Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hidup yang tidak sihat seperti kurang aktiviti fizikal, cara hidup sedentari dan pemakanan tidak seimbang menjadi penyumbang kepada berat badan tidak sihat.

Obesiti:  Awas! 1.7 juta Rakyat Malaysia Berdepan Diabetes, Jantung & Hipertensi

Bukan itu sahaja, kesibukan kerja, pengurusan rumah tangga, adaptasi norma baharu dan kesejahteraan mental juga antara faktor yang mencabar untuk kekal fokus dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan.

IKLAN

Obesiti:  Awas! 1.7 juta Rakyat Malaysia Berdepan Diabetes, Jantung & Hipertensi
Susulan daripada itu, Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan (MyVIFitEr) dibentuk bagi membantu menangani masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan Keluarga Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara.

Beliau berkata, menerusi program itu, seramai 1,806 peserta berjaya membuktikan bahawa program berlangsung selama 10 minggu secara percuma sememangnya memberi impak besar kerana ada yang berjaya menurun berat badan sehingga 30 kilogram.

IKLAN

Katanya, kesemua peserta sama ada mengikuti secara fizikal atau maya perlu meneruskan usaha dalam pengurusan berat badan ini untuk mengekalkan kesihatan optimum.

Obesiti:  Awas! 1.7 juta Rakyat Malaysia Berdepan Diabetes, Jantung & Hipertensi
“Malah, peserta yang tamat program ini merupakan agen atau suri teladan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menguruskan pengurusan berat badan yang selamat dan betul.

“Program ini amat membantu peserta kerana kementerian mempunyai pakar-pakar kesihatan yang terlatih dan kompeten dalam bidang masing-masing yang mampu memberikan perkongsian ilmu kepada peserta untuk mengubah tingkah laku budaya hidup yang lebih sihat,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI