Notifikasi telefon bergetar di genggaman. Jam 6.00 petang – waktu pulang.
Cepat-cepat saya noktahkan isi temu bual dengan seorang usahawan selebriti. Habis perenggan terakhir, saya berkemas melipat komputer riba sambil terbayang-bayang cerita kami tadi.
‘Orang sekarang kemaruk ‘buat’ muka. Muda-muda dah suntik, nak jadi Kylie Jenner!’
Oh, doa saya semoga saya tidak terjebak membazir duit di klinik kecantikan. Cukuplah guna produk Good Virtues Co. Sumber alami dan selamat untuk kulit. Nak awet muda ni bukan ikhtiar sehari dua.
Buat kali terakhir sebelum melangkah pulang, saya semak lagi planner tugasan untuk esok. Ada jemputan event di Pavilion Bukit Jalil dan showcase produk untuk dihadiri. Sebelah petang mesyuarat, semak bahan dan malamnya ada sesi eksklusif di Instagram Live.
Memang padat tapi beginilah tugas sebagai editor dan penulis Majalah Nona sejak 15 tahun lepas. Penat itu biasa sebab di hujungnya hati kita gembira.
Seronoknya bila jadi orang media, setiap hari menjanjikan cerita yang berbeza. Teringat saya kalau dulu-dulu menulis, sebulan baru sampai ke pembaca.
Tapi sekarang, artikel harus cepat naik ke newsfeed. Buat video, live dan sebagainya, just to stay relevant!
Ads
SEIMBANG
Mencari keseimbangan di tengah-tengah kesibukan kerja dan kekalutan membesarkan anak-anak memang bukan sesuatu yang mudah. Antara keluarga dan kerjaya, bagi saya kedua-duanya penting. Perlu fokus dan perhatian tersendiri.
Sebagai ibu berkerjaya, masa 24 jam itu terbahagi-bahagi. Sebahagian masa untuk tanggungjawab di tempat kerja, sebahagian untuk uruskan keperluan rumah dan bakinya untuk beribadat, makan serta berehat. Masa itulah ruang kecil me-time saya.
Tugas sebagai editor, kelebihan saya dapat cuba produk baharu dan terbaik di pasaran. Dari dulu lagi saya suka berhias dan bercantik-cantik, puasnya bila dapat tahu macam-macam rahsia kulit yang orang tak tahu, khasnya cara mengekalkan kemudaan.
Ads
Tapi kalau nak ikut beauty standard zaman ini, rasanya pasti ramai berlumba-lumba ke klinik kecantikan, buat rawatan beribu-ribu demi wajah secantik Kylie Jenner.
Memang siapa tak tertawan dengan mereka, tapi kalau sanggup diulit sakit dan duit bawah bantal pun berkepuk-kepuk, silakan!
ME-TIME
Dengan ruang waktu yang tinggal untuk diri sendiri, biasanya saya fokus untuk me-time jaga kecantikan. Menjelang usia di hujung 30-an, syukur kulit masih anjal berkat amalan penjagaan kulit yang konsisten dan guna produk anti-penuaan yang betul seperti di bawah ini.
Sejak gunakan Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series, kedutan khasnya di bahagian dahi dan di antara kening mula menghilang. Tanda-tanda awal penuaan seperti tompok gelap juga dapat diatasi, menjadikan wajah kini nampak ketara lebih lembut dan awet muda.
Pembersih muka ini diformulasi dengan agen pembersih ringan – Amino Acid Cleansing Agent
Waktu di rumah, kena bijak curi masa untuk diri sendiri. Setiap hari memang tak tinggal rutin saya dengan Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Facial Cleanser.
Cuci sebersihnya, sampai kulit rasa segar! Paling best, mula-mula macam losen tapi nanti bertukar jadi buih-buih halus dan berbau lembut. Urut rata-rata kemudian bilas. Siap.
Ads
Ekstrak cendawan membantu menghaluskan liang roma
Lepas tu sembur Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Toner. Suka sangat penyegar tanpa alkohol ni untuk haluskan liang roma. Iyalah, tadikan pori-pori terbuka waktu cuci muka.
Lepas guna penyegar ni, automatik kulit rasa sangat lembut. Langsung tak melekit. Dahlah cuma sembur je, terus meresap dengan cepat dan tak melekit!
Teknologi ‘double sphere’ memberi lapisan perlindungan dari kesan UVA dan UVB dengan sekata
Tak lupa sebelum yang lain, pakai krim pelembap dan krim mata dulu. Saya senang dengan krim Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Day Moisturiser. Siap ada SPF30 PA+++ untuk perlindungan dari sinar UV.
Krim ini memang kesukaan saya sebab ianya ringan, cepat menyerap dan tak berminyak. Senang sungguh disapu dan paling penting, mekap jadi tahan lama bila kita ‘prep’ kulit dengan krim ni.
Sapu setiap malam untuk menikmati perbezaan ketara apabila bangun tidur
Dan akhir sekali, rutin kecantikan sebelum tidur mesti gunakan Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Night Moisturiser. Sejuk bila dipakai, ia mengandungi struktur ‘kristal cair’ untuk sapuan dan serapan terbaik dengan rasa menyegarkan.
Walaupun bertekstur gel krim tapi krim malam ni tak berminyak, ringan dan cepat meresap. Sifat krim dengan pH semula jadi juga berfungsi dengan berkesan untuk mengekalkan kesihatan kulit.
Jadi begitulah cara me-time di rumah saya sebelum kembali menjalankan tugas sebagai seorang editor dan ibu kepada dua cahaya mata. Cepat dan efektif, maklumlah masa itukan sangat berharga!
Mudah sangat nak dapatkan rangkaian produk Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series. Paling senang, beli saja di Watsons dan pasar raya terkemuka berdekatan. Anda juga boleh membuat pembelian di Watsons atau secara online di sini (klik).
Untuk maklumat lanjut, layari website www.goodvirtuesco.com, Facebook: @GoodVirtuesCo dan Instagram: @goodvirtuesco.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Profesor Dato’ Sri Dr Mike Chan ibarat sebutir bintang yang bersinar dalam bidang perubatan sel stem dan bio-regeneratif dunia. Kredibilitinya mencipta inovasi kesihatan melalui pelbagai penyelidikan saban tahun demi kesejahteraan manusia sejagat bukan hanya diyakini ahli kesihatan global. Malah turut meraih kepercayaan individu berpengaruh dunia dan pemimpin terkenal untuk mendapatkan khidmat beliau.
Mana tidaknya, anak kelahiran Malaysia yang pernah digelar ‘Budak Kampung’ ini memiliki pengalaman luas dalam perubatan bio-regeneratif selama lebih 30 tahun. Sekaligus menjadi peneraju bidang berkenaan dan berjaya melakar revolusi kesihatan yang optimum termasuklah melibatkan rawatan anti penuaan.
Prof. Dr Mike Chan meskipun meniti usia 63 tahun namun susuk tubuh tegap dan penampilan dirinya tidak mencerminkan usia sebenar. Lebih-lebih lagi beliau sering kelihatan ceria dan bertenaga. Pastinya perubatan sel stem yang diusahakan memberi kelebihan untuk beliau tampil aktif dan memiliki stamina seperti individu berusia 40an.
Bersandarkan pengetahuan dan tahap profesionalisme serta latar belakangnya sebagai rakyat Malaysia, Prof. Dr Mike Chan diberi penghormatan membawa kemajuan perubatan sel stem ini kepada tanah air tercinta. Apatah lagi, Malaysia cukup dekat di hati sosok hebat ini dan mahu kembali berbakti kepada masyarakat menerusi syarikat European Wellness Biomedical Group (EWBG).
“Saya berharap sudah tiba masa untuk berganding bahu bersama kerajaan Malaysia terutamanya dalam sektor pendidikan kesihatan. Saya juga dilantik untuk menyediakan garis panduan berkaitan sel stem di Malaysia memandangkan saya ialah pakar dalam bidang tersebut di Asia,” dedah Prof. Dr Mike Chan.
Sepanjang 39 tahun berkecimpung sebagai penyelidik, pengasas dan saintis, Prof. Dr Mike Chan telah menulis lebih 50 buku saintifik dan memegang lebih 50 paten antarabangsa berkaitan sel stem, imunologi dan bioteknologi.
Tidak cukup itu, beliau juga menjalankan lebih 1,000 ceramah, seminar dan simposium di seluruh dunia bagi berkongsi pengetahuan mengenai perubatan regeneratif, terapi anti penuaan dan biofarmaseutikal.
EWBG yang diasaskan sejak tahun 2016 merupakan peneraju global dalam perubatan regeneratif dan penyelesaian penjagaan kesihatan bersepadu yang beroperasi di serata dunia. Penubuhan EWBG diiktiraf di peringkat global dan telah menakluk sebahagian besar negara seperti Switzerland, Jerman, Greece, Hong Kong, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Pada Ogos lalu organisasi ini secara rasminya membuka pusat rawatan ke-46 iaitu Pusat Premier European Wellness Kota Kinabalu di Sabah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Istimewanya, pusat rawatan berteknologi canggih berkeluasan 60,000 kaki persegi ini menawarkan perkhidmatan perubatan regeneratif dan terapi kesejahteraan holistik terkini selaras memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian penjagaan kesihatan menyeluruh.
Ini termasuk lebih daripada 60 rawatan khusus seperti terapi sel stem, exosome dan epigeneratics-based yang menjadikan European Wellness Kota Kinabalu ini pusat diagnosis kesejahteraan perubatan termaju yang lengkap serta akademi kelas dunia untuk doktor dalam bidang perubatan integratif, bio-regeneratif, pencegahan dan anti penuaan.
Kelebihan ini berupaya membuka ruang untuk mempromosikan dan menarik pelancongan kesihatan berkelas dunia ke Malaysia.
Ujar pengasas dan pengerusinya, “Kami amat gembira membawa pengalaman European Wellness ke Kota Kinabalu dan memperkenalkan pendekatan holistik kami terhadap kesejahteraan dan perubatan bio-regeneratif kepada masyarakat dunia dan tempatan.
European Wellness Kota Kinabalu juga memiliki ratusan doktor tempatan termasuk dari negara Eropah yang bertauliah yang menerima latihan di Switzerland dan Jerman.
Melihat ke hadapan, saya dan isteri iaitu Profesor Dato’ Sri Dr. Michelle Wong tetap berdedikasi untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di Sabah. Bersama-sama, kami membayangkan memupuk perkongsian yang meningkatkan landskap perubatan rantau ini dan meningkatkan status globalnya.”
Kebanyakan klien EWBG yang pernah mendapatkan khidmat Prof. Dr Mike Chan terdiri daripada golongan VVIP, pemerintah dunia, pemain bola sepak dan selebriti seperti Yolanda Hadid dan Christy Chung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Hannah Delisha! kerana baru sahaja bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah juga merupakan seorang pelakon dari Singapura. Bijak Hannah Delisha menyembunyikan hubungan cinta alih-alih terus mengadakan majlis pernikahan di negara kelahirannya.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch meluahkan rasa kesyukuran di atas pernikahan ini. “Alhamdulillah Hannah rasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Hannah Delisha juga turut menyatakan pada tahun ini akan mula sibuk dengan dunia perniagaan yang baru diceburinya. “Saya akan sibuk dengan bisnes dan tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material and design. Saya jangkakan kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” kata Hannah Delisha.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Ketika diajukan pertanyaan kenapa sekarang terdetik untuk buka bisnes, “Sebab saya teringin nak pakai baju rekaan sendiri. Minat tu datang dengan sendiri. At the same time saya rasa that I should give back to my fans who have been supporting me throughout the years. Jadi saya nak kongsikan rekaan yang saya reka sendiri pada peminat. Semoga hajat Hannah dikabulkan Inshaallah,” tutur pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Bercerita lanjut tentang perniagaannya, “Saya nak ceburi bidang fesyen and I’m picky when it comes to material. Jadi saya rasa perniagaan ni yang paling relateable to me. Saya tidak ada dorongan yang spesifik namun kejayaan wanita sukses dalam perniagaan jadi inspirasi buat saya.
Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. In Shaa Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Wanita ini juga akan fokus ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube. “Saya sebenarnya tengah busy promote single terbaru iaitu Terlalu Mudah. Untuk bidang lakonan pula, saya takkan tinggal, cuma akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan Hannah sekarang,” bicara Hannah Delisha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan sektar 1 tengahari tadi.
Adira yang kini berusia 31 tahun, meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran anaknya yang seberat 3.5 kilogram itu berjalan dengan lancar dan selamat.
“Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan ubat bius yang dijalani tengahari tadi.
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turu ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,”katanya.
Terdahulu, pelantun lagu Ilusi ini menyembunyikan kehamilannya sehingga memasuki trimester ketiga.
Adira mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!