Sejak kebelakangan ini, nama Fazura mula diangkat sebagai ikon usahawan apabila banyak produk jualannya laris dalam tempoh yang singkat. Koleksi Merdeka Tudung Fazura yang terjual 80,000 helai dalam masa dua jam, antara kejayaan terbaharu beliau yang membanggakan.
Sebagai seorang anak seni yang telah menerima pelbagai anugerah, laluan Fazura dalam dunia keusahawanan terbentang luas menggunakan platform peminatnya yang ramai.
Dengan jumlah pengikut mencapai 5.6 juta di Instagram dan 131k di TikTok, anak kelahiran Pekan, Pahang itu terus mengorak langkah mengukuhkan namanya di persada bisnes.
Fazura dan Fatima
Fazura dan Fattah Amin sebagai duta jenama Bata
Keluarga kecil Fazura
Fokus Fazura jelas. Beliau menetapkan target pelanggan wanita dalam semua komponen bisnesnya iaitu Fazura Skincare, Fazura Beauty, Fazbulous dan Trudolly.
Fazbulous
Di bawah flagship Fazbulous, Fazura melancarkan semua himpunan fesyen dan tudungnya di sini. Ini termasuklah produk pelitup muka JOVIAN X FAZBULOUS dan Kurta Fattah by Fazbulous sempena hari raya.
The Fazura Bag juga antara taruhan terbaharu beliau bermula pada 3 September. Mampukah beg tangan ini mencipta fenomena baru seperti Koleksi Merdeka Tudung Fazura yang lepas?
Fenomena Tudung Fazura
Ads
The Fazura Bag dilancarkan hari ini
Pelitup muka 3-ply ini didatangkan dalam 3 warna
Fazura Skincare
Dengan misi ‘Cantikkan kulit you…’ Fazura juga mempunyai himpunan set produk penjagaan kulit terdiri pembersih muka, skrub, krim siang, krim malam dan sebagainya.
Paling best, semua ini dihasilkan tanpa merkuri, bebas paraben dan sulfat. Confirm takde kesan sampingan!
Set lengkap Fazura Skincare
Produk Fazura dihasilkan secara natural tanpa bahan kimia
Ads
Fazura Beauty
Kecantikan Fazura sejak membintangi filem Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Manisnya Cinta di Cappadoccia lagi sering diperkatakan.
Justeru, peminat Fazura kini boleh mendapatkan barangan kosmetik jenama beliau sendiri seperti lip matte dan glow lippy yang berpatutan.
Hasil kolaborasi Fazura dan rakan karibnya, Puteri Zarith, terhasillah rangkaian suplemen TruDolly by Fazura. Produk ini antara lain menyasarkan penjagaan kesihatan dan kecantikan dalaman wanita.
Rezeki Fazura pada musim pandemik. Berkat kerajinan dan niatnya mahu berkongsi rezeki dengan golongan terjejas COVID-19, akhirnya memberikan pulangan yang lumayan.
Dalam perkongsian beliau baru-baru ini, Fazura kelihatan sebak dan tidak mampu menahan air mata mengenangkan nasib segelintir rakyat Malaysia yang hilang mata pencarian.
“Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga-peniaga kecil di bawah Faz yang hilang mata pencarian, yang mungkin suaminya hilang kerja dan sebagainya.
Jadi terima kasih kepada semua yang dapat bantu mereka ini.” Fazura
Foto: Instagram @missfazura
Ucapan ini adalah susulan kepada kejayaan Fazura dan team menjual 80,000 helai Koleksi Merdeka Tudung Fazura dalam tempoh 2 jam. Satu pencapaian luar biasa!
Jelas, strategi bisnes Fazura iaitu menggabungkan harga mampu milik, pasukan jualan yang aktif serta kelebihan diri Fazura sendiri sebagai isteri dan ibu menjadi resipi sukses beliau pada waktu sukar ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati anak-anak kecil memang suci dan bersih. Terharu apabila anak selebriti, Lara Alana yang berusia sembilan tahun meluahkan ekspresi jujur mengenai isu Palestin yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Turut bersimpati dengan nasib menimpa kanak-kanak seusianya di sana, anak kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini meluahkan perasaan yang dialami menerusi sekeping kertas.
Scha terpanggil untuk memuat naik gambar buku nota anak tersayang yang mengandungi ucapan sayu itu di media sosial miliknya.
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian warga maya hingga meraih puluhan ribu reaksi daripada peminat dan followers Scha.
Malah, rata-rata mereka memuji dengan kesungguhan Scha mendedahkan anak mengenai sejarah Palestin. Selain melahirkan terharu dengan sikap penyayang dan prihatin anak sulung Awal Ashaari itu yang menyayangi saudara Islam di sana.
Antara bait-bait perkataan ditulis Lara yang menyentuh perasaan ramai, “I cried while making this. We love you!! Palestine. You were never meant to get destroyed by other religions.” Sambil melukis emoji sedih.
Lara Alana genap meniti usia sembilan tahun pada Julai lepas. Biarpun masih kecil namun kematangan Lara mengenai Palestin mendapat perhatian.
Dalam pada itu, Scha turut menggunakan pendekatan Noor Kids mengenai Palestin yang menerangkan mengenai perjuangan Islam, penindasan, keagungan Allah SWT dan kehidupan di akhirat kelak.
Sejak bumi Palestin dibedil Israel pada 7 Oktober lalu, Scha Alyahya antara selebriti tanah air yang aktif berkongsi dan menyuarakan pendirian serta sokongan terhadap Palestin.
Biarpun diketahui ramai sebagai selebriti yang sering menghiasi kempen jenama fesyen mewah dunia namun dia tidak takut kehilangan tawaran.
Sebaliknya, menggunakan platform media sosial yang mempunyai hampir tujuh juta followers sebagai medium menentang kekejaman yang dilakukan rejim laknatullah berkenaan.
Syabas dan tahniah Scha kerana berani menyuarakan pembelaan terhadap rakyat di Palestin.
Selain Lara Alana, pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Lila Amina berusia dua tahun.
Awal dan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pokok pangkalnya kena kuat disiplin dan komited terhadap apa yang dilakukan. Mungkin ini yang tersemat di sanubari penyanyi yang bersuara lantang mengalunkan lagu Hello ini.
Foto: Instagram @adele
Awal tahun lalu, Adele membuat kejutan dengan penampilan terbaharunya yang lebih segar. Kini setelah setahun berlalu penampilannya semakin menawan dan membuat ramai wanita menjadikan Adele sebagai idola.
Foto: Instagram @adele
Adele bakal menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 5 Mei akan datang. Ternyata, usia bukan penghalang untuk penyanyi yang pernah menggondol anugerah Grammy ini untuk menjalani gaya hidup sihat. Segala apa yang diamalkan oleh wanita ini telah memberi manfaat kepada dirinya sendiri.
Foto: Instagram @adele
Ini kerana suatu ketika dahulu, Adele adalah di antara selebriti Barat yang tidak hirau tentang komen terhadap penampilan dirinya. Berlandaskan misi mahu mengubah diri untuk kehidupan yang lebih sihat membuat Adele telah mengikuti sebuah program diet yang dikenali sebagai Sirtfood. Ada juga yang melaporkan bahawa Adele mula mengikuti program diet ini selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecki.
Foto: Instagram @adeleFoto: Instagram @adele
Tidak mustahil Diet Sirtfood ini mendapat carian ketujuh tertinggi google pada tahun 2019.
Apakah Diet Sirtfood
Diet Sirtfood ini telah diperkenalkan oleh dua orang Pakar Nutrisi, Aidan Goggins dan Glen Matten. Diet ini mengamalkan pemakanan berasaskan protein sayur-sayuran dan buah-buahan atau lebih dikenali dengan makanan yang kaya dengan ‘aktivator sirtuin seperti epal, beri biru dan minyak zaitun (extra virgin).
Foto: Instagram @adeleFoto: Instagram @adele
Rejim pemakanan diet jenis ini memerlukan pengamalnya makan hanya 1,000 kalori dalam sehari dan 2 jenis jus hijau. Diet Sirtfood ini dikatakan bukan sahaja boleh membantu sistem metabolisme tubuh tetapi berupaya menahan nafsu makan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada jalan pintas untuk kurus! Itu ungkapan paling tepat bagi menggambarkan situasi yang dialami Syarifah Anne Syed Anuar sepanjang misinya mengejar berat badan ideal. Melihat susuk tubuh Anne sekarang, pasti ramai yang tidak menyangka wanita berusia 34 tahun ini dulunya pernah bertubuh gempal.
Meskipun berjaya mencapai berat badan yang diimpikan, Anne tanpa berselindung mengakui pernah menjadi ‘mangsa’ produk pelangsingan badan. Terpengaruh dengan iklan pil kurus yang dijual di pasaran selain mahu mendapat hasil yang cepat dan mudah, tindakan Anne tersebut nyata memerangkap dirinya sendiri.
“Sejujurnya dulu saya pernah amalkan ubat-ubat kurus. Tapi kesannya hanya sementara dan bagi saya, diet seimbang adalah lebih baik. Ubat-ubat kurus ni cuma beri kesan dalam masa singkat je dan kalau kita tak terus amalkan, berat badan boleh naik mendadak. Sepanjang ambil ubat dan pil kurus, kesannya agak menakutkan terutama bila jantung saya berdegup kencang dan rasa pening. Terus saya pergi jumpa doktor dan dinasihatkan untuk tak amalkan lagi pil berkenaan.”
Keadaan Anne sekarang selepas kurus
“Pil yang Anne ambil itu dapat saranan daripada mana-mana doktor ke?” celah penulis. “Bukan, pil yang saya ambil tu kebanyakannya dijual secara online,” terangnya.
Daripada saiz XL, kini Anne sudah mampu memakai saiz yang jauh lebih kecil. Semuanya hasil pemakanan sihat dan diet seimbang serta rutin senaman yang konsisten. Nampak mudah, bukan? Hakikatnya tanpa semangat yang kental, segala-galanya hanya tinggal angan-angan.
Perbezaan tahun lepas dan sekarang
“Berat saya sebelum ni 70 kg dan sekarang alhamdulillah, 56kg. Masa yang saya ambil untuk dapat berat sekarang cuma tiga bulan saja, mulai Julai 2017 hingga September tahun lalu. Memang banyak cabarannya untuk sampai ke tahap ni. Cabaran terbesar saya adalah bila terpaksa harungi sehala kritikan dan pandangan dari orang sekeliling yang suka mempersendakan niat saya untuk kurus.
Mungkin mereka fikir saya tak mampu dan berangan saja untuk turunkan berat badan. Paling sukar nak lupa bila ramai orang tegur fizikal diri saya yang makin gemuk. Memang malu sangat dan confident level pun merosot teruk. Bila berbadan besar, pergerakan diri jadi terbatas dan selalu rasa malas.
Antara menu sihat AnneMenu pilihan oat AnneMenu Oat pilihan Anne
Ditanya individu yang menyokong usahanya untuk kurus, tanpa berfikir panjang Anne lantas menjawab, “Ibu saya. Beliaulah yang banyak beri semangat dan sokongan untuk saya turunkan berat badan. Setiap pagi jika hari cuti, ibu akan teman saya joging. Lebih-lebih lagi, dia memang tak suka anak-anaknya tak menjaga kesihatan diri.
Sebelum saya amalkan diet yang bersesuaian dengan diri, saya akan buat research terlebih dulu. Ambil tahu apa jenis pemakanan dan diet seimbang daripada sumber Internet juga daripada tip-tip yang pernah diamalkan rakan-rakan waktu mereka alami masalah berat badan. Biasanya pada waktu pagi saya lebih berselera dengan bersarapan oat. Tengahari pula saya makan nasi macam biasa cuma kurangkan kuantiti nasi dan banyakkan makan sayur-sayuran serta ulam-ulaman.
Kudapan yang paling saya gemar sekarang biasanya buah-buahan atau paling kurang pun buah tomato ceri. Waktu petang, saya akan ambil makanan berprotein seperti ayam dan sup sayur. Kalau masih rasa lapar, saya makan oat atau ambil buah-buahan. Malam, memang saya tak makan sebab waktu last saya makan adalah sebelum pukul 7.”
Sejak berkongsi kisah kejayaannya menurunkan berat badan, laman media sosial Anne kian menjadi perhatian sehingga ada yang menjadikan wanita ini sebagai rujukan untuk mendapatkan diet seimbang di samping menurunkan berat badan. Malah, Anne juga dilihat semakin aktif memuat naik hidangan sihatnya bersama rakan media sosial yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!