Kalau dah namanya pereka fesyen  dan pereka hiasan dalaman,  berkunjung ke mana-mana pun mesti tidak terlepas dari ingin melihat sesuatu yang indah di pandangan mata.  Melalui perkongsian di Insta Story milik Dato Rizalman Ibrahim baru-baru ini, beliau dan anak-anak serta beberapa orang rakan dan pekerjanya kini berada di kota London untuk bercuti.

IKLAN
Pantang Nampak Ruang Tiada Sentuhan Dekorasi, DATO RIZALMAN IBRAHIM Beri Sentuhan Istimewa di Air BnB Sewaan Di London
Dato Rizalman Ibrahim

Pantang Nampak Ruang Tiada Sentuhan Dekorasi, DATO RIZALMAN IBRAHIM Beri Sentuhan Istimewa di Air BnB Sewaan Di London

Kebiasaannya, Dato Rizalman akan menginap di Airbnb sekitar London kerana ia lebih bersesuaian dengan  rombongan yang sering mengikut dirinya serta kedua anaknya tatkala bercuti ke luar negara.

Melalui perkongsian di laman Insta Story miliknya beberapa hari yang lalu, nampaknya Dato Rizalman turut memberi sentuhan peribadi terhadap Airbnb yang didiaminya itu.

Pantang Nampak Ruang Tiada Sentuhan Dekorasi, DATO RIZALMAN IBRAHIM Beri Sentuhan Istimewa di Air BnB Sewaan Di London
Seorang kakitangan Dato Rizalman sedang menghias ruang rehat Airbnb yang disewa oleh pereka fesyen tersohor itu di kota London.

Selain membeli beberapa pokok hiasan untuk ruangan outdoor Air bnb tersebut, Dato Rizalman turut membeli beberapa gubahan bunga-bungaan segar untuk diletakkan di bahagian meja makan utama kediaman tersebut.

Pantang Nampak Ruang Tiada Sentuhan Dekorasi, DATO RIZALMAN IBRAHIM Beri Sentuhan Istimewa di Air BnB Sewaan Di London

 

IKLAN

Kalau dah namanya pereka hiasan dalaman dan pereka fesyen, sudah tentu Dato Rizalman mahukan suasana percutian yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya sepanjang menetap di Air bnb berkenaan! Malah beliau turut memuji halaman di sebelah Air bnb tempat dia menetap yang dipenuhi dengan bunga mawar yang sedang berkembang mekar.

Pantang Nampak Ruang Tiada Sentuhan Dekorasi, DATO RIZALMAN IBRAHIM Beri Sentuhan Istimewa di Air BnB Sewaan Di London

IKLAN

Pantang Nampak Ruang Tiada Sentuhan Dekorasi, DATO RIZALMAN IBRAHIM Beri Sentuhan Istimewa di Air BnB Sewaan Di London

Dato Rizalman sekeluarga kini berada di London ketika seluruh dunia sedang menantikan detik Istiadat Pertabalan Raja Charles III sebagai Pemerintah United Kingdom (UK) yang bakal berlangsung di Westminister Abbey pada Sabtu ini, 6 Mei 2023. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berangkat tiba di London hari ini bagi menghadiri majlis tersebut.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI