Patuhi 7 AMALAN CANTIK Ini Supaya Kulit Wajah Bebas Jerawat & Sihat! No 5 Tu Memang Ramai Yang Buat

Wanita mana yang tak mahu sentiasa nampak cantik menawan, kan? Tapi, disebabkan pelbagai faktor termasuk udara yang tercemar serta tabiat makan tak sihat membuatkan golongan wanita lebih mudah ‘diancam’ masalah kulit.

Dalam tak sedar, kelakuan dan tindakan kita selama ini menjejaskan kesihatan kulit sedikit demi sedikit. Semak amalan yang mesti dielakkan ini supaya anda tidak terus melakukan ‘dosa besar’ kepada kulit.

Berikut 7 kebiasaan buruk yang merangsang pertumbuhan jerawat!

Buang solekan sebelum tidur

1) Solekan Tidur

Tidur dengan solekan masih menempel pada wajah adalah kebiasaan yang sangat buruk untuk kulit. Sisa minyak, solekan dan kotoran akan menyumbat pori-pori. Waktu malam sepatutnya menjadi masa paling penting untuk regenerasi kulit. Jika kulit tertutup, maka regenerasi tidak akan sempurna. Sekali gus menjadikan kulit jadi bermasalah seperti jerawat, ruam merah dan tona kulit menjadi kusam.

2) Kasar Cuci Wajah

Membersihkan wajah tidak sama seperti membersihkan tubuh. Kulit wajah lebih sensitif dan halus, sehingga sedikit sentuhan saja sudah cukup. Hindari menggosok wajah terlalu keras terutamanya ketika melakukan peeling. Wajah yang digosok secara kasar akan mudah mengalami iritasi.

Pakai krim pelindung matahari bila berada di bawah panas terik

3) Perlindungan Sinar Matahari

Pastikan anda melindungi kulit dengan produk yang mengandungi SPF dan PA + untuk menghindari pengaruh buruk sinar kesan UVA dan UVB. Dengan melakukan kebiasaan ini kulit akan jadi lebih sihat dan cantik. Mulakannya dari sekarang!

4) Kerap Bersih Wajah

Memang sangat penting jika memiliki kulit wajah yang selalu bersih. Namun, bila terlalu sering mencuci wajah anda hanya akan menyebabkan jerawat semakin parah. Sebaik-baiknya, bersihkan wajah anda dua kali dalam sehari iaitu pada pagi hari dan sebelah malam sebelum kita tidur.

5) Pegang dan Picit Jerawat

Jangan! Dengan memegang dan memicit jerawat hanya akan mengakibatkan jangkitan semakin melarat. Lebih baik sapukan jerawat dan biarkan mengering sendiri.

Syampu secara berkala ikut keadaan rambut

6) Malas Cuci Rambut

Bila kulit kepala berminyak, itu tandanya anda perlu mencucinya dengan segera. Jangan sesekali mengabaikan rambut berminyak kerana peluh dan minyak berlebihan di bahagian rambut akan mudah ‘menyerang’ ke wajah yang seterusnya menyebabkan jerawat.

7) Hindari Makanan Berlemak

Makanan berlemak dipercayai menjadi salah satu penyebab jerawat lebih parah. Sebaik-baiknya hindari makanan berlemak tinggi dan makanan ringan. Atau, tinggalkan terus makanan yang tak berkhasiat.

 

IKLAN
Share