Patut Lah Rezeki Melimpah Ruah, DATIN PADUKA EINA AZMAN Mahu Bantu 2 Beradik Ekzema Sehingga Sembuh!

Ibu bapa mana yang tidak sedih melihat anak meraung kesakitan. Seperti pelakon cantik Datin Paduka Eina Azman dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, mereka tidak betah melihat dua beradik yang menghidap penyakit kulit, Ekzema kerana membayangkan bagaimana pula kalau anak kembar mereka yang terpaksa merasai kesakitan itu.

“Saya terdetik nak tolong keluarga Kak Nurul sebab memikirkan anak kecil saya Aubrey dan Karl . Kalau mereka sakit sikit pun saya dah rasa down

dan sedih. Begitu juga lah yang dirasakan Kak Nurul. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Saya dan suami berasa amat sedih apabila melihat anak-anak Kak Nurul tadi menangis kerana menahan sakit”, jelas Datin Paduka Eina yang memang terkenal dengan sifat penyayang dan kelembutannya.

Malah, Datin Paduka Eina juga mendapat persetujuan daripada Nurul Ain Abdullah ibu kepada Lela Safiya Azmi, 2 tahun dan Muhammad Nayl Safiy enam bulan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

“Saya dan suami berkesempatan membawa mereka sekeluarga berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doktor mengesahkan Mohammad dan Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Ibu mereka juga mempunyai masalah ekzema sejak di usia remaja lagi. ”  tambahnya lagi.

Niat murni Datin Paduka Eina dan suami juga mendapat pujian daripada netizen kerana berasa kagum dengan kesungguhan mereka untuk membantu penyakit yang dihidapi keluarga itu sehingga semuanya sembuh.

” Saya akan minta doktor untuk merawat dua anak kecil itu termasuk ibu mereka sehingga sembuh. Insyallah di beri rezeki yang lebih saya dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Kak Nurul sehingga pulih. Insyallah”, jelasnya lagi.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562085617913 Nurul Ain Abdullah.

IKLAN
Share