Patutlah Dah Umur 51 Azizah Ariffin Nampak Muda, Rupanya Aktif Riadah & Jaga Makan

Peningkatan usia sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan semua orang. Tetapi, kagum dengan wanita yang sudah meningkat usia tetap nampak kekal awet muda, salah seorangnya adalah pembaca berita Azizah Ariffin. Menyambut ulang tahun kelahiran yang 51 tahun pada Jun lalu wanita yang mudah tersenyum ini benar-benar nampak muda.

Foto: Instagram @azizahariffin
Foto: Instagram @azizahariffin

Jika dilihat perkongsian wanita yang membaca berita di TV AlHijrah sekarang, tidak mustahil wanita ini berjaya mengekalkan kejelitaannya kerana aktif bersukan

. Lihat sahaja foto-foto yang dikongsi oleh wanita ini di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @azizahariffin
Foto: Instagram @azizahariffin
Foto: Instagram @azizahariffin
Foto: Instagram @azizahariffin

Rupanya Azizah Ariffin ini seorang yang mengamalkan gaya hiodup sihat, patutlah nampak muda. Menurut Azizah kesihatan jantung merupakan faktor utama untuk kekal sihat. Tip penjagaan kesihatan jantung olehnya;

Foto: Instagram @azizahariffin
Foto: Instagram @azizahariffin

1. Keep it clean. Hentikan tabiat merokok dan jauhi dari perokok. Nikotin dalam rokok tu boleh mengecutkan salur darah dan mengurangkan pengaliran oksigen ke jantung dan seluruh badan. Ia juga punca terhasilnya banyak radikal bebas yang jadi punca banyak penyakit termasuklah sakit jantung

2. Keep it healthy. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pinggan sihat, suku suku separuh. Kurangkan garam, gula, makanan tinggi transfat sebaliknya jangan lupa masukkan lemak sihat seperti minyak zaitun Olivie & OPU dalam diet seharian anda. Sebab apa ya kena ambil minyak zaitun ni, sebab minyak zaitun kaya dengan omega 3 & 6. Badan kita tak dapat hasilkan Omega 3 & 6 ni jadi kita perlu ambil dari sumber makanan. Peranan Omega 3 & 6 ni ia membaik pulih sel membrane kita, termasuklah sel di kawasan jantung.

3. Kekal aktif. Senaman senaman senaman. Hanya 30 minit dan 3 kali seminggu. Jangan malas bergerak tau. Senaman dapat menguatkan otot jantung kita, mengendurkan pembuluh darah, menurunkan paras gula dalam darah dan menaikkan paras kolestrol baik HDL kita.

Foto: Instagram @azizahariffin
Foto: Instagram @azizahariffin

Azizah juga berkongsi tentang cara pemakanan yang betul. Mungkin ini adalah petua cantik dan awet muda yang diamalkan olehnya. Kongsinya, “Saya amalkan 1 sudu minyak zaitun Olivie plus dan 1 sudu teh OPU di waktu malam untuk kesihatan jantung yang sihat. Sama-sama kita menuju kehidupan aafiyat dengan jantung yang sihat,” kongsi wanita cantik ini.

IKLAN
Share