Hampir kebanyakan wanita suka mengabadikan perkara-perkara yang disukai, seperti makanan, dengan mengambil gambar untuk dimasukkan ke media sosial. Selain berkongsi momen dengan followers, ada kepuasan tersendiri apabila kita dapat meluahkan komen terhadap subjek yang diambil.

Contohnya dalam satu majlis minum petang anjuran Pandora Malaysia pada 15 Mac lepas, bayangkan setiap tetamu yang hadir asyik mengambil gambar deko di atas meja! Meskipun banyak makanan lazat seperti canapes dan scones sudah terhidang, namun perhatian mereka lebih tertarik pada ‘benda-benda’ cantik yang dipamerkan.

IKLAN

Ingatkan teruja dengan gubahan bunga-bunga segar tu, tapi rupa-rupanya ada terselit aksesori Pandora di celah kekayu dan rerumput hijau! Nona sendiri teruja tengok aneka charm, loket, rantai leher, gelang serta cincin yang berbentuk kupu-kupu, kumbang, lebah dan kelopak bunga yang feminin. Malah ada juga charm basikal dan headphone comel!

Dalam tak sedar, tangan sendiri pun capai handphone untuk ambil gambar. Cantik sangat, rugi rasanya kalau terpadam daripada memori. Tapi tak puaslah tengok saja, mestilah nak cubakan?

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Kesempatan hadir dalam majlis eksklusif ni, Nona sempat menemu bual Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Sri Zarida Noordin yang peramah. Nak tahu juga keunikan di sebalik himpunan terbaharu Pandora Garden ni.

Pandora meluncurkan koleksi terbaharu sempena Spring 2019, Pandora Garden, yang dilihat mampu menginspirasikan wanita yang memakainya. Setiap bentuk mengusung makna empowering, dan ya, kami mahu wanita lebih yakin mengekspresikan kreativiti semula jadi mereka melalui penampilan aksesori,” katanya yang kelihatan anggun berbaju kurung hijau.

Mana satu koleksi favourite Datin Sri Zarida? (slide ke kiri)

IKLAN

Well, yeah… Cantik dan berbaloi memang ayat yang paling disukai wanita. Himpunan Pandora Garden kini sudah berada di pasaran dalam tiga pilihan warna logam iaitu perak sterling, Pandora Rose dan Pandora Shine. Cantik juga bila aksesori berwarna rose gold digandingkan dengan warna perak dan kuning emas, so chic!

Tak sempat pun nak hirup teh, asyik sangat belek koleksi Pandora Garden kat depan mata. Kata Pengurus Besar Pandora, Irene Koh, ramai wanita makin berani nak mix and match aksesori macam yang digayakan model ni. Jadi tak bosanlah macam dulu, kalau pakai silver semua nak silverrrrr…

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

IKLAN

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Sebelum majlis berakhir, sempat juga bertemu wajah-wajah jelitawan dan Instafamous ni. Macam Nona, mereka pun langsung tak berenggang dengan handphone masing-masing… Sibuk ambil gambar Pandora Garden untuk di upload dalam socmed. Perempuan dan benda-benda cantik, memang sukar dipisahkan.

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Patutlah Susah Berenggang Handphone Waktu Makan, Rupanya Leka Tengok Benda Cantik Ni!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI