Graduan ‘Master’, KAROLINA BIELAWSKA Dinobat MISS WORLD 2021 & Mahu Jadi Penceramah Motivasi!

Bukan sekadar rupa! Pelajar Ijazah Sarjana berusia 23 tahun dari Poland berjaya merangkul mahkota Miss World ke-70. Pertandingan ratu cantik dunia yang berlangsung di Puerto Rico itu menyaksikan Karolina Bielawska yang memiliki ketinggian 179 sentimeter membawa gelaran Miss World 2021.

Pemilihan Miss World tidak hanya bersandarkan kepada rupa tetapi turut mengambil kira tahap pemikiran, sikap, pendidikan dan personaliti menarik yang dimiliki oleh para peserta. Ternyata, Karolina mempunyai kriteria berkenaan.

Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska

Berkongsi latar belakang Miss World 2021 di media sosial Instagram Miss World, Karolina  menamatkan pengajian Master Degree in Management di Lodz University of Technology dan dia bakal meneruskan pengajian ke peringkat PhD.

Meskipun sibuk dengan tugas sebagai pelajar namun Karolina juga bekerja sebagai model. Malah, ratu cantik ini bercita-cita mahu menjadi Penceramah Motivasi.

Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska / Di samping ibu tersayang
Credit Instagram @karolinabielawska / Di samping ibu tersayang

Jiwa prihatin Karolina terhadap golongan kurang bernasib baik sudah bercambah sebelum dia menjadi Miss World lagi. Dia dilaporkan tertarik menyertai bermacam-macam kerja sukarelawan.

Salah satu projek amal yang dilakukan ialah ‘Zupa Na Pietrynie’ yang memberi bantuan kepada golongan gelandangan. Selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ketaksamaan sosial.

Setiap hari Ahad, Karolina dan para sukarelawan akan mengagihkan pek makanan, minuman, pakaian, topeng muka dan memberi nasihat serta sokongan berbentuk keperluan perubatan kepada lebih 300 orang memerlukan di bandar Lodz, Poland.

Kebanyakan mereka tidak mempunyai akses pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 dan projek ini ternyata berjaya apabila seramai lebih 400 orang di kawasan tersebut akhirnya mendapat kebenaran untuk menerima vaksinasi.

Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska

Bergelar Miss World ke-70, Karolina selepas dimahkotakan gelaran ratu cantik dunia tersebut oleh Miss World ke-69 iaitu Toni-Ann Singh mengalirkan air mata kerana tidak menyangka berjaya menambat hati para juri.

“Saya terkejut dan tidak percaya nama saya diumumkan sebagai pemenang. Saya amat berbesar hati membawa gelaran Miss World ini dan tidak sabar untuk kembali berbakti. Memori di Puerto Rico ini akan sentiasa saya kenang sepanjang hayat.”

Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska
Credit Instagram @karolinabielawska

Seramai 40 peserta semi-final kembali ke Puerto Rico selepas penganjuran pertandingan ratu cantik ini ditunda kerana penularan wabak koronavirus.

Pada tahun ini, tempat kedua Miss World 2021 dimenangi ratu cantik dari United States, Shree Saini dan diikuti ratu cantik Cote d’lvoire, Olivia Yace di tempat ketiga.

IKLAN
Share