Melangkah ke majlis glamor, menggusarkan banyak wanita. Apa yang boleh dipakai dan apa yang harus dihindari. Jangan pernah menilai sesatu yang dipakai orang lain akan tampak cantik di badan anda. Sebaliknya ambil langkah proaktif dengan mengenali diri dan personaliti warna sesuai buat dirimu.
Dalam memilih gaun labuh sempurna buat diri anda, banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dari segi rekaan dan juga siluet. Namun kali ini, penulis tidak mahu membincangkan soal pemilihan berdasarkan siluet. Kita lihat bagaimana untuk memilih gaun labuh berdasarkan warna dan corak.
- Pastikan anda tahu warna apa yang sesuai untuk tona rambut dan juga kulit anda. Untuk mengetahui warna apa yang sesuai, cara paling sesuai adalah dengan mencuba setiap warna yang selama ini anda fikir tidak sesuai dengan anda. Ambil gambar dan bandingkannya, ini lebih sesuai berbanding dengan hanya melihat di cermin.
- Rona hitam klasik tidak akan pernah membuat anda kecewa. Ini adalah salah satu rona wajib ada di dalam gerobok anda. Namun jika anda takut kelihatan terlalu biasa, anda boleh memilih busana rona hitam yang disulam perincian seperti batuan, manik dan juga jemeki berkilau.
- Selaian daripada warna-warna senada. Anda boleh mencuba fabrik bercetak sebagai fabrik untuk gaun anda. Ini menjadikan personaliti anda lebih menyerlah dan tampak berbeza dariada yang lain. Pemilihan corak cetakan pula haruslah sesuai dengan bentuk tubuh anda dan rona yang dipilih tidak terlalu sarat. Mungkin cukup dengan maksimun tiga warna pada cetakan.
- Khusus untuk mereka yang berkulit gelap, jangan pernah takut untuk mengenakan warna-warna garang seperti jingga, biru diraja dan juga kuning. Sebenarnya rona-rona ini kelihatan cukup eksklusif apabila bertentang dengan tona kulitmu yang gelap. Ia bangaikan memberi satu cahaya aura sempurna
Pasti kita pernah lihat, para wanita yang membawa beg tangan yang besar bagaikan beg baju ke majlis. Walaupun beg tersebut beg berjenama seperti Gucci, Chanel mahupun Louis Vuitton sekalipun ia bukan lesen untuk anda mengheretnya ke majlis glamor yang memerlukan anda memakai gaun labuh. Ini adalah tip pemilihan beg untuk anda bawa.
- Saiz clutch yang anda pilih adalah berdasarkan ‘kemeriahan’ rekaan gaun anda. Jika gaun anda sudah banyak perincian dan juga kelihatan ekstravaganza, pilihlah clutch yang minimal dan dalam saiz paling kecil.
- Clutch boleh menjadi aksesori yang sesuai jika anda mengenakan gaun polos tanpa perincian. Apabila gaun sudah polos, maka pilihlah clutch berperincian batuan mewah untuk complement gaya ringkas gaun tersebut.
Berikut adalah 9 tip pemakaian gaun untuk anda yang menghadiri majlis formal dan juga majlis bertema black tie.
- Seeloknya pilih kasut bertumit tinggi yang tidak berplatform tinggi. Rekaan ini menampakkan gaya anda lebih chic, berbanding dengan kasut berplatform yang membuatkan anda kelihatan tidak seimbang. Tidak perlu terlalu mencuba untuk kelihatan tinggi, embrace your petite body.
- Jika anda memilih gaun pendek ini adalah satu peraturan yang harus anda ikuti. Semakin singkat labuh gaun anda maka semakin tinggilah garisan leher yang harus dikenakan.
- Jika gaun yang anda kenakan adalah panjang meleret. Kenakan sepatu tumit tinggi bertali dan juga terbuka dihadapan (open toe). Ini memberikan keselesaan kepada anda memandangkan sepatu anda tidak akan kelihatan dibawah labuh gaun itu.
- Gaun slip adalah antara yang paling senang untuk digayakan kerana rekaanya yang cukup ringkas. Jika anda rasakan gaun slip ini ringkas, anda boleh menyuaipadan item ini bersama dengan jaket berstruktur mahupun jaket bulu mewah. Jangan sesekali memadankannya bersama pashmina mahupun selendang kerana gaya ini tidak memberikan apa-apa kelebihan bahkan anda akan kelihatan selekeh.
5. Jika anda mahu tampil seksi namun takut untuk mengenakan gaya potongan kemban, pilihah gaun yang punya potongan lengan capsleeve yang menutup bahu. Ia memberikan rasa yang lebih tertutup pada bahagian atas dan membuat anda berasa lebih selesa.
6. Pemilihan pakaian dalam yang tepat harus anda pertimbangkan. Jika anda mengenakan gaun dari fabrik satin dan jersi, kenakan seluar dalam yang tidak punya garisan jahitan. Untuk bahagian payudara pula kenakan bra yang tidak punya penyokong besi dan bukan dari fabrik renda.
7. Satu perkara yang anda perlu tahu, apabila anda diundang ke majlis jika temanya adalah black tie. Ini bermakna gaun labuh adalah gaya fesyen yang anda perlu kenakan.
8. Untuk majlis makan malam dan juga black tie jangan pula anda mengenakan kafftan labuh. Bagi penulis, kaftan lebih sesuai digayakan kala liburan dan juga majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan.
9. Pemilihan aksesori yang sesuai perlu dberi perhatian, kebiasaannya apabila sudah menyarungkan gaun. Pastikan aksesori seperti subang, rantai, cincin dan gelang adalah minimal. Sekiranya garisan leher gaun anda tinggi lebih elok jika hanya anting-anting dempak dikenakan. Namun jika anda bergaya dengan gaun kembang, padankannya dengan rantai dempak. Gaya mu pasti glamor!