Setiap kali kelibat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul di sidang media khas berkaitan penularan COVID-19, pasti ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja setiap amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri amat ditunggu-tunggu apatah lagi dalam situasi rakyat berhadapan dengan wabak serta bagaimana kerajaan membantu rakyat berhadpan dengan situasi getir.
Selain itu, penampilan Perdana Menteri juga turut mencuri tumpuan kerana Muhyiddin sering tampil dalam gaya bersahaja tanpa sebarang formaliti khusus seperti tidak memakai blazer dan melipat lengan baju kemeja sehingga ke paras siku.
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian
Menurut Perunding Imej Asnawi Yusof, gaya penampilan Perdana Menteri itu memperlihatkan kebijaksanaan memandangkan dalam konsep berpakaian terdapat beberapa perkara yang memberi  kesan psikologi terhadap manusia.
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian
ASNAWI YUSOF
“Ini termasuklah pemilihan warna, padanan corak, aksesori dan juga formaliti. Namun begitu, ia tidak semestinya benar tetapi ia mampu mempengaruhi secara tidak langsung kepada sesiapa yang melihat dan mendengar,” ujar Asnawi memulakan bicara.
“Warna memberikan kesan psikologi kepada orang yang pandang. Mari kita ambil contoh – warna merah terang, kita rasa lebih agresif, lebih garang, atau jika pada wanita, kadang-kadang memberi perasaan lebih menawan atau seksi. Warna biru pula lebih menenangkan seperti mana kita melihat awan biru atau laut biru. Seronok saja rasa. Oleh itu, warna putih ada warna paling tinggi tahap formalitinya dan secara psikologinya, putih ini suci dan bersih. Putih ini juga menandakan kita hadir dalam keadaan ‘tiada agenda tersembunyi’.
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian
“Sebab itu, warna boleh memberikan mesej kepada orang lain. Kita boleh decide sendiri atau sesetengah orang decide ikut mood dia. Rasa marah, lain warnanya. Rasa happy, lain pula warnanya,”tambah Asnawi lagi.
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian
Dalam subjek cara penampilan Perdana Menteri, Asmawi berpandangan gaya penampilan Muhyiddin ketika sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengumuman keadaan semasa COVID-19 pada 13 san 16 Mac lalu membawa maksud tersendiri.
“Pada kedua-dua sidang media tersebut, Muhyiddin memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal serta kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer.
Merujuk kepada ilmu psikologi, Perdana Menteri menampilkan imej jujur ‘tanpa sebarang maklumat tersembunyi’ yang disimpan dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat.
“Jika dilihat penampilan Perdana Menteri, beliau turut mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya rasa lebih dekat dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa.”
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian
Pada satu lagi sidang media ketika Perdana Menteri tampil semasa Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada 27 Mac lalu, beliau memilih mengenakan sut penuh beserta tag nama dan tali leher biru memperlihatkan imej Perdana Menteri serius membentangkan pakej rangsangan ekonomi untuk rakyat.
“Ketika ini beliau menonjolkan diri sebagai seorang individu yang dipercayai, berkarisma dan profesional dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri,” ujar Asnawi yang menegaskan pandangan beliau merupakan dari kaca mata dirinya secara terbuka dan memberi penerangan tentang etika pemakaian Perdana Menteri. Malah, Asnawi bukanlah perunding imej Perdana Menteri.
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian
Selain memuji cara pemakaian Perdana Menteri, Asnawi turut menekankan kepentingan imej melalui public speaking  kerana ia turut memainkan peranan yang besar.
“Imej adalah impression untuk kita sampaikan sebelum kita bercakap. Seseorang yang dijemput naik ke pentas, orang dah mula perhati cara jalan, pakaian, cara senyum, lambaian tangan, cara pandang dan sebagainya.
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian
Oleh itu, antara faktor-faktor yang mudah untuk kita faham adalah:
1. Penampilan individu
2. Perbuatan individu
3. Percakapan individu
Tiga aspek ini sudah cukup memberi faktor besar dalam public speaking. Sebagai ahli politik, sememangnya memegang tanggungjawab besar Oleh itu, mereka perlu melihat ketiga-tiga aspek ini secara menyeluruh.
“Sebagai contoh, pemilihan ayat dan perkataan yang digunakan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya mempunyai laras bahasa yang cukup mudah difahami selain menggunakan terma ayat Bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat.”
Sumber: M Star & Asnawi Yusof
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI