Penampilan Khas Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Google Sempena Tarikh Penganugerahan Biduanita Pertama Negara

Siapa yang kenal dengan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang sering mengalunkan lagu-lagu merdu dalam filem lagenda arahan Seniman Tan Sri P. Ramlee. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh 26 November merupakan detik bersejarah buat isteri kepada Tan Sri P. Ramlee apabila mendapat pengiktirafan bergelar Biduanita Pertama Negara.

Foto: Instagram @rozitarohaizad

Demi memperingati detik bersejarah itu, enjin carian Google telah menampilkan doodle khas buat Puan Sri Saloma. Doodle yang menampilkan lukisan karikatur seniwati sepanjang zaman ini lengkap dengan penataan gaya ikonik penyanyi lagu Bila Larut Malam ini. Karikatur tersebut cantik bersanggul, sedang memegang mikrofon, di kelilingi nota lagu dan bintang selaras dengan statusnya sebagai biduanita negara.

Seniwati Puan Sri Saloma telah meninggal dunia di usia 48 tahun pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Tidak hanya popular sebagai penyanyi, wanita yang mempunyai nama sebenar Salmah Ismail itu turut berkecimpung dalam dunia lakonan. Antara filem yang mendapat khidmat beliau, Seniman Bujang Lapok, Madu Tiga dan Ahmad Albab.

IKLAN
Share