Kelrina Hof, jurusolek professional yang sudah lama dalam dunia solekan. Seronok bila jari kidal Kelrina bermain-main pada wajah. Tetapi menurutnya, ramai client yang suka sekat kreativiti jurusolek.
Untuk menjadi seorang jurusolek bagus, mereka perlu memiliki kemahiran dalam bidang solekan serta kelebihan untuk menggayakan rambut. Barangkali, itulah yang dilihat dari perspektif kliennya, pakej untuk mendapat solekan yang cantik serta penggayaan rambut dan hijab yang kemas dan rapi. Kelrina,52, yang berasal dari Kluang Johor ini masih aktif dalam dunia solekan dan pada masa sama, menguruskan perniagaan sendiri.
Permulaan kerjaya anda dan berapa tahun berada dalam dunia solekan?
Saya mula berjinak-jinak dalam bidang solekan sejak berusia 12 tahun lagi. Ketika itu saya membantu ibu saudara menghias pengantin setiap kali cuti penggal persekolahan. Bermula dengan tugasan mengeringkan rambut pengantin sehinggalah saya memasuki pusat pengajian tinggi.
Saya masih meneruskan aktiviti menyolek rakan-rakan apabila mereka perlu menghadiri majlis dan mendapat upah. Malah, saya juga mengambil upah menggunting rambut mereka. Sehinggalah saya mula bergerak aktif untuk menata rias untuk majalah dan media massa sejak tahun 2000 sehingga kini.
Bagaimana minat bermula sebagai jurusolek? Ketika saya melihat ibu saudara saya menatarias pengantin, ketika itulah minat saya bermula dan dari situ saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menyertai akademi kecantikan berserta hair coiffure.
Ads
Bagaimana penerimaan keluarga apabila anda memilih untuk menjadi jurusolek? Saya tidak mendapat halangan dari keluarga kerana mereka tahu minat saya. Saya suka berniaga sejak di bangku sekolah lagi. Saya jual kerepek yang dibungkus semula untuk dijual kepada rakan-rakan. Dari situ, saya teruskan pula dengan bidang solekan dan penggayaan rambut.
Apakah cabaran pernah anda hadapi ketika menyolek bakal pengantin? Sukar buat jurusolek seperti saya jika kami diberikan pelbagai syarat sebelum mula membuat solekan. Ia boleh menyekat kreativiti dan hasilnya sudah pasti kurang memberangsangkan.
Pendek kata, setiap jurusolek pasti akan melalui saat mencabar tidak kira dari segi kredibiliti kerja atau emosi yang berpunca dari faktor luaran dan pelanggan itu sendiri. Tetapi itu semua lumrah dan kita akan belajar cara untuk menanganinya.
Nama anda begitu dikenali dan sering menjadi pilihan bakal pengantin. Bagaimana anda mampu terus kekal menjadi jurusolek pilihan bakal pengantin? Saya selalu mengikut peredaran masa, memperbaharui teknik solekan dan yang paling penting mempunyai pengetahuan produk yang tinggi
Ads
Siapakah idola anda dalam kehidupan? Ibu saya sendiri kerana tanpa beliau saya tidak ada ditahap sekarang.
Bagaimana anda mengekalkan kedudukan anda sebagai jurusolek kini? Sentiasa peka dengan alliran semasa. Begitu juga dari segi teknik dan produk.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan anda dalam solekan? Berpegang teguh pada solekan yang tidak keterlaluan. Natural dan tidak nampak fake, terutamanya ketika membuat alis kening dan based foundation adalah sangat penting dalam solekan.
Bagaimana anda melihat kemunculan jurusolek ‘instant’ kini dan adakah anda melihat itu sebagai satu cabaran atau persaingan? Tidak kira apa juga bidang pekerjaan di dunia ini, pasti wujud persaingan untuk menentukan siapa yang terbaik dalam kalangan yang berpotensi. Bagi saya, sekalipun bidang kecantikan mempunyai graf persaingan yang cukup tinggi, saya yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan Allah SWT untuk saya.
Ads
Saya percaya kepada bertawakal dalam berusaha. Kalau kita mendahului kewajipan kepada Allah SWT, berserah diri kepada-Nya dengan semua urusan kita sebelum mulakan usaha, pastinya rezeki itu ada. Apa yang penting adalah usaha.
Nasihat anda kepada bakal jurusolek yang ingin menceburi bidang ini? Selalu buat research tentang teknik dan produk. Sering bertanya dengan orang lebih berpengalaman dan solek pelbagai jenis kulit. Kita tidak akan dapat banyak pengalaman hanya dengan merias muka sendiri. Solekan orang yang berbeza memberi kita lebih pengalaman dari segi jenis kulit dan bagaimana mengatasi kekurangan mereka.
Nasihat kepada bakal pengantin bagaimana ingin memilih jurusolek untuk hari perkahwinan. Biarlah solekan itu sederhana segar dan memberi seri diwajah anda serta kekal diterima sampai bila-bila. Tidak perlu ikut trend. Sebagai ratu sehari makeup tidak perlu tebal seperti topeng. Solekan akan terserlah dengan teknik solekan yang tepat. Less is more, jadi kuncinya buat research dan pilihlah jurusolek yang betul-betul berpengalaman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpikat dengan aura dan raut wajah penuh kelembutan milik adinda Ke bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin A’ishah Putri ini. Anggun berhijab dan senyuman yang lekang terukir di bibir, keperibadian YAM Tengku Amalin A’ishah Putri sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai kaum wanita.
26 Jun lalu, YAM Tengku Amalin menyambut ulang tahun keputeraan ke-38. Tengku Amalin diputerikan di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan pada hari Selasa, tanggal 26 Jun 1984.
Beliau merupakan cahaya mata bongsu dan satu-satunya puteri kepada KDYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan ketika itu, KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan DYMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid.
YAM Tengku Amalin juga satu-satunya anakanda yang diputerikan ketika KDYMM Tuanku Ismail Petra ditabal sebagai Sultan Kelantan. Beliau dikurniakan tiga orang kekanda iaitu KDYMM Sultan Muhammad V, Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Ketibaan bulan Jun saban tahun memberi sejuta makna buat YAM Tengku Amalin kerana selain menyambut hari ulang tahun keputeraan, bulan ini juga genap lapan tahun beliau melayari bahtera perkahwinan di samping suami tercinta iaitu YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Haji Mohamed Bolkiah.
Mengimbas kembali detik penyatuan jiwa di antara Tengku Amalin dan Pengiran Muda Abdul Qawi, pasangan diraja Kelantan Darul Naim dan Brunei Darussalam ini selamat diijab kabulkan pada sebelah malam, hari Khamis 27 Jun 2013 di Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dikurniakan tiga orang puteri. Puteri sulung, YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafa’ah Bolkiah Puteri diputerikan pada 13 April 2014 di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Sementara puteri kedua iaitu YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri pula pada Jun 2016. Manakala puteri ketiga, YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Puteri diputerikan di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Februari 2020.
Bersyukur dengan kurniaan keluarga bahagia, Tengku Amalin dilaporkan pernah berkhidmat dalam bidang perundangan selama beberapa tahun. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah bertugas sebagai Majistret di salah sebuah mahkamah di Kota Bharu sekitar pertengahan tahun 2006 hingga 2009.
YAM Tengku Amalin dikhabarkan berpindah ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan jawatan sebagai Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah dan memegang jawatan Timbalan Pendaftar sebelum kembali menyambung pengajian peringkat Master dalam bidang undang-undang di Universiti Melbourne, Australia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam berlangsungnya pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2022 di mana menyaksikan pengacara, Lesley Cheam, 26 tahun dinobatkan pemenang Miss Universe Malaysia 2022 sekali gus mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2022 di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat, pada 14 Januari tahun depan.
Lesley atau nama sebenarnya Lesley Cheam Wei Yeng yang berasal dari Selangor menewaskan 12 peserta lain selepas juri sebulat suara memberikan kemenangan kepadanya dalam acara yang berlangsung di sebuah hotel di Bukit Kiara, di sini, malam tadi.
Kredit foto: Instagram (@missusupdates)
Lesley dimahkotakan pemenang Miss Universe 2020, Francisca Luhong James. Pada tahun lalu, edisi 2021 tidak diadakan disebabkan kekangan pandemik Covid-19. Tempat kedua dimenangi Ajunee Kaur, 20, seorang siswazah undang-undang dari Kuala Lumpur, manakala tempat ketiga milik Wan Ying, 25, dari Pahang.
Jadi siapakah gadis jelita ini? Ini dia beberapa fakta menarik tentang Leslie yang pasti anda ingin tahu.
1. Leslie berketinggian 166 cm bersamaan 5’5″. Semasa dia masih kecil, Leslie gemar dan mula bermain bola keranjang.
2. Pada Oktober 2016, Leslie mula berjinak-jinak menjadi hos dan pengacara.
3. Pada 2019, Leslie menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Nottingham Malaysia di Semenyih, Selangor dalam bidang farmaseutikal dan sains kesihatan.
4. Dari Ogos 2020 hingga Jun 2021, Leslie bertugas sebagai ketua jualan & pemasaran Ipink. Pada September 2021, Leslie menyerti Elken Malaysia di Subang Jaya, Daerah Petaling, Selangor sebagai pengurus pemasaran.
5. Seorang yang suka mengembara. Antara negara-negara yang pernah dilawatinya adalah Thailand, Cambodia, China, England, Jerman dan Austria.
Biarpun ada kekurangan tetapi gadis ini dikurniakan satu kelebihan yang cukup luar biasa. Matanya buta namun hatinya ‘celik’ Al-Quran. MasyaAllah!
Aisya Humairah Mohd Sharizal, anak kepada pasangan jurutera dan suri rumah ini baru berusia 13 tahun. Biarpun cacat penglihatan, dia seorang yang sangat cintakan Al-Quran.
Meskipun hidup dalam ‘dunia gelap’ ia bukan penghalang bagi Aisya Humairah untuk sentiasa mendalami kalamullah.
Malah, anak kedua daripada empat adik beradik yang berasal dari Kedah ini boleh membaca dengan baik menggunakan Al-Quran braille.
Memetik perkongsian Sinarplus, baru-baru ini Aisya Humairah menyertai Majlis Khatam Al-Quran 2.0 anjuran Sinar Islam Plus. Sejak di bangku sekolah rendah lagi Aisya Humairah aktif menyertai pertandingan tilawah Al-Quran.
Katanya, dia telah banyak kali terpilih untuk menyertai pertandingan tilawah Al-Quran dan berjaya ke peringkat kebangsaan.
“Antara pencapaian terbaik saya, memperoleh tempat kedua semasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kategori masalah penglihatan tahun 2021,” ujarnya.
LAHIR SEBAGAI BAYI NORMAL
Aisha Humairah dilahirkan sebagai bayi normal pada 17 Disember 2010. Namun, Aisya Humairah disahkan menghidap kanser mata ketika usianya setahun dua bulan.
Dia terpaksa menjalani rawatan kimoterapi bagi mengelak tumor merebak ke otak. Pada usia tiga tahun, mata kirinya pula terpaksa dibuang.
Setahun kemudian, Aisha Humairah hilang mata sebelah kanan sekaligus menjadikannya orang kurang upaya kategori cacat penglihatan sepenuhnya.
CANCER SURVIVOR
Biarpun perjalanan hidupnya tak seindah kanak-kanak lain seusia, Aisya Humairah yang merupakan cancer survivor tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kerohanian.
Seawal usianya lima tahun, Aisya Humairah dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar Al-Quran dengan beberapa orang guru mengaji.
Dia mula mengenal huruf melalui buku Iqra braille sebelum mengaji secara berperingkat menggunakan Al-Quran braille yang dibeli ibunya secara second hand.
“Peringkat awal mengaji, saya berdepan kesukaran untuk menghafal,” imbaunya.
Aisya Humairah menjadikan guru taranumnya, Ustazah Norsyafirah Jusoh sebagai sumber inspirasai. Ustazah Norsyafirah ialah Johan Qariah dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan al-Quran 2023 peringkat negeri Perlis.
Aisya Humairah punya kenangan manis ketika menyertai Pertandingan Tilawah al Quran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia pada 2020. Dia merupakan peserta termuda mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
IMPIAN BERGELAR ATLET PARALIMPIK
Seperti insan lain, Aisya Humairah juga berimpian untuk menjadi seorang yang dapat memberi inspirasi. Dia bercita-cita ingin bergelar atlet renang paralimpik suatu hari nanti.
“Ketika hujung minggu saya akan pergi kelas berenang kerana saya mempunyai impian mahu menjadi atlet renang paralimpik, jadi saya perlu berlatih bermula dari sekarang.”
Pesan Aisya Humairah, jangan berputus asa ketika belajar mengaji walaupun orang lain sudah berada di peringkat yang lebih baik. Belajar mengaji memerlukan kerajian. Teruslah berusaha dan jangan putus asa.
Sumber & Foto: Sinarplus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar baru-baru berkongsi detik manis penuh bermakna apabila anak sulungnya berjaya meraih anugerah kecemerlangan di sekolah.Ibu mana yang tidak gembira...