Perkhabaran gembira Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei ini bukan hanya mendapat perhatian rakyat negara Brunei bahkan rakyat Malaysia juga teruja mengetahui kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen ini akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Difahamkan, Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah mula diadakan pada 16 Januari nanti.
Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang kini berusia 36 tahun merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam. Beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan iaitu Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Memetik pengumuman di Instagram rasmi Brunei Royal Family, majlis istiadat itu akan berlangsung mulai 16 Januari hingga 25 Januari 2022.
Ads
“Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara memaklumkan, bahawa insyaaAllah dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Istiadat Perkahwinan Diraja bagi paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Majlis-majlis bagi Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang akan diadakan pada Ahad, 13 Jamadilakhir 1443 bersamaan 16 Januari 2022, diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga, yang akan diadakan pada Isnin, 14 Jamadilakhir 1443 bersamaan 17 Januari 2022.
Sementara itu, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja akan diadakan, pada Selasa, 15 Jamadilakhir 1443 bersamaan 18 Januari 2022.
Ads
Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja akan diadakan, pada Rabu malam Khamis, 17 Jamadilakhir 1443 bersamaan 19 Januari 2022. Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja akan diadakan, pada Khamis, 17 Jamadilakhir 1443 bersamaan 20 Januari 2022.
Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan diadakan, pada Ahad, 20 Jamadilakhir 1443 bersamaan 23 Januari 2022.
Ads
Majlis Persantapan Diraja akan diadakan, pada Isnin malam Selasa, 22 Jamadilakhir 1443 bersamaan 24 Januari 2022 juga Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan, pada Selasa, 22 Jamadilakhir 1443 bersamaan 25 Januari 2022.”
Semoga perkahwinan diraja Brunei ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sampai hati melihat keadaan anak-anak kecil dan pelajar sekolah terbaring lesu, muntah-muntah dan sesak nafas akibat terhidu bahan kimia yang dilepaskan di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Perkarangan sekolah yang kebiasaannya hanya sibuk menjelang waktu pergi dan balik… kini dibanjiri dengan kehadiran ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka di sekolah selepas pihak berkuasa mengumumkan penutupan beberapa buah sekolah di sekitar kawasan terlibat hari ini (13 Mac).
Sebanyak 13 buah sekolah ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, antara sekolah yang diarah berbuat demikian adalah sekolah yang terletak berdekatan Pasir Gudang.
Ini termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.
Sehingga tengah hari tadi, lima lagi sekolah diarah ditutup iaitu di SK Nusa Damai, SK Taman Scientex, SK Taman Rinting, SMK Nusa Damai dan SMK Taman Scientex.
Kredit: KosmoKredit: Utusan
Penduduk di Pasir Gudang sudah mengalami insiden ini sejak Khamis lalu dan ia masih ‘menghantui’ mereka sampai ke hari ini. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kesihatan tetapi juga mengehadkan aktiviti harian penduduk setempat. Antara gejala yang dialami mereka yang terhidu bahan kimia ini seperti sakit dada, muntah-muntah dan pedih mata, pening dan pengsan. Sebagai langkah pencegahan, orang ramai diminta kerap mandi dan tidak mengunjungi kawasan larangan.
Kepada ibu bapa yang tinggal berhampiran Pasir Gudang atau saudara-mara yang berada di sana, diingatkan agar sentiasa berwaspada dan memakai topeng penutup mulut bagi mengelak terhidu gas kimia berbahaya tersebut. Tiada insiden kehilangan jiwa dalam kes ini namun masyarakat tetap mengharapkan agar ia dapat diselesaikan dengan segera.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama pakaian terkenal, Sabella menghadiahkan baju kurung kepada guru di seluruh negara mencecah RM1.2 juta sempena sambutan Hari Guru yang diraikan hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya memberikan 20,000 helai baju kurung menerusi kempen #SabellaSrikandi bagi menghargai jasa guru.
“Kempen ini dibuat memang untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara. Jadi, bersempena sambutan Hari Guru tahun ini, Sabella melancarkan kempen #SabellaSrikandi .
Bagi kami, guru juga adalah wira yang perlu dikenang jasa mereka. Alhamdulillah, menerusi kempen ini kami berjaya mengedarkan 20,000 helai baju melalui platform website sabella dan juga kami telah terjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Nilai yang dibelanjakan mencecah RM1.2 juta.
“Kempen yang dijayakan ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada guru yang mana ramai antara mereka pelanggan setia kami,” katanya.
Menurutnya, hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan mereka selain merancang untuk meneruskan tradisi sama pada kempen lain.
“Mungkin hadiah ini tidak sebarapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita. Cuma, apa diharapkan hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan lagi hari mereka.
Pada sesi itu, selebriti terkenal Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terbabit.
“Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka ketika kami turun padang menyampaikan hadiah ini. Insya-Allah, kempen sebegini akan diteruskan. Doakan kami supaya sentiasa berikan rezeki agar dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semangat patriotik yang tersemat dalam diri pengasas Eskayvie ini telah mencetuskan hasratnya untuk membantu negara menyumbang Tabung Harapan Malaysia. Demi tanah air tercinta, Eskayvie telah melancarkan kempen Tabung Harapan Malaysia pada 4 Jun 2018 lalu. Istimewanya sumbangan terkumpul berjumlah RM30,000 ini datangnya daripada para pengguna produk Eskayvie yang sayangkan Malaysia dan mengimpikan negara tercinta terus pesat membangun dengan penuh harmoni untuk dinikmati rakyatnya.
Melalui Yayasan Eskayvie pula, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan dengan menyelami kehidupan anak-anak yatim, warga tua, warga kurang upaya serta fakir miskin. Syarikat hak milik penuh Bumiputera ini bukan sahaja membekalkan produk kesihatan dan kecantikan semenjak 2009, malah telah membantu puluhan ribu pesakit yang menghidapi masalah Diabetes di seluruh dunia.
Sebagai sebuah syarikat yang membawa visi mementingkan pembangunan ekonomi dan kesihatan Ummah, Eskayvie bukan sahaja berjaya menyuntik semangat perpaduan yang utuh terjalin di antara HQ, Stokis dan Agennya. Malah ia memberi satu dimensi baru melalui penglibatan setiap individu melalui program-program ‘Kembalikan Semula Kebaikan’ kepada masyarakat yang memerlukan.
Pada 7 Julai lalu, Eskayvie telah mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Eskayvie bersempena Hari Raya. Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan disertai oleh Agen serta Stokis selaku nadi utama syarikat. Sambil menikmati hidangan enak cita rasa Melayu, Kelantan dan Siam sebagai hidangan utama majlis ini, tetamu dihiburkan dengan gelagat para peserta yang ‘sporting’ menyertai pertandingan mengikat samping dan pakaian keluarga sedondon.
Eskayvie juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua terutama para pengguna produk Eskayvie yang sebenarnya telah memberi impak besar kepada masyarakat yang memerlukan. Andalah sebenarnya Hero Negara kita yang tercinta ini. Semoga Eskayvie terus maju ke hadapan dengan memacu peningkatan ekonomi dan kesihatan sejagat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.