Penyanyi kelahiran Ireland dan popular dengan lagu Nothing Compares 2U, Sinead O’Connor mengambil keputusan untuk meninggalkan agama kristian dan memeluk Islam. Berita gembira itu dikongsi oleh beliau di laman Twitter miliknya dan menukar namanya kepada Shuhada serta tampil berhijab. Malahan, menjadi seorang muslimah membuatkan dirinya begitu bangga dan turut berkongsi sebuah video cubaannya melaungkan azan buat pertama kali.
“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi untuk perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam. Ia menjadikan semua kitab suci lain tidak bermakna. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada”, tulisnya di Twitter
Ads
Ads
Video cubaan Shuhada melaungkan azan yang dimuatnaik dalam laman youtube turut mendapat perhatian netizen. Mengakui ada beberapa lagi sebutan yang salah, Shuhada akan terus berlatih dan membaikinya.
Ads
“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” kata wanita yang kini berusia 51 tahun itu.
Alhamdulillah, bertambah seorang lagi keluarga Islam kita. Semoga Shuhada akan kekal istiqamah untuk terus memeluk Islam dan melakukan kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan wanita berasal dari Syria ini sememangnya mencetus inspirasi. Maya Ghazal yang dilahirkan di Damascus dilapor terpaksa berhijrah ke Birmingham, England ketika negaranya dilanda konflik. Meskipun berdepan kesukaran hidup di negara asing namun ia tidak menghalang wanita hebat ini untuk mencipta sejarah bergelar wanita Syria pertama bergelar juruterbang di sana!
Genap meniti usia 27 tahun pada 5 April lalu, Maya wajar dijadikan ikon wanita Islam dunia kerana bijak dan nekad mengejar impian. Dia tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik malah karisma yang dimilikinya meraih perhatian pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Bersandarkan pencapaian yang diperoleh, UNHCR melantik Maya Ghazal sebagai UNHCR Goodwill Ambassador.
Memetik kenyataan UNHCR, Maya dan keluarga berpindah ke England pada 2015. Sejak itu, dia berusaha mempelajari Bahasa Inggeris dan berjaya menamatkan persekolahan. Seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Penerbangan dan Pengajian Juruterbang di Brunel University of London.
Menariknya pada tahun 2020, Maya melakar sejarah menjadi wanita pelarian Syria pertama yang berjaya bergelar juruterbang sewaktu berumur 21 tahun. Malah, dia komited menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk membela nasib pelarian sepertinya hingga sekarang.
Lebih manis, dia pernah dianugerahkan Most Creative People in Business Award 2023 dari Fast Company Middle East.
Maya Ghazal sebelum ini menerusi media sosial miliknya turut mendedahkan dia seorang yang sangat mementingkan pelajaran. “Sepanjang 15 tahun berada di Syria, pendidikan ialah satu kewajipan dan sangat penting. Walau negara sedang bergolak, hanya beberapa hari saja saya tak hadir ke sekolah biarpun sedar betapa ‘bahayanya’ untuk pergi sekolah.
Saya tak pernah terfikir penghijrahan ke UK membuatkan saya ketinggalan dalam pendidikan kerana pernah ditolak untuk mengikuti persekolahan disebabkan kerakyatan meskipun cemerlang dalam akademik.
Bagaimana pun, saya berjaya meyakinkan guru-guru dan mendapat tempat di dalam kelas kerana cemerlang dalam pelajaran. Sejak itu, saya kembali mendapat keyakinan semula dan menyedari keupayaan diri di samping percaya saya mampu meraih apa yang saya impikan.
Pendidikan ialah satu ‘alat’ yang saya percaya boleh mengubah dunia! Tanpa pendidikan, saya tak mungkin dapat menjadi juruterbang atau jurutera.”
Ujar Maya lagi, dia berterima kasih kepada agensi United Nations yang memberi ruang untuk ‘bersinar’ di pentas dunia. “Ramai pelarian muda yang berjuang mendapatkan pendidikan tapi UN Refugees Agency saban hari membantu mereka mendapatkan peluang tersebut.
Dengan memberikan peluang pendidikan dan galakan kepada remaja perempuan sepertinya, ia sekaligus memberi sinar harapan buat mereka untuk menggapai impian.”
Maya Ghazal mendirikan rumah tangga dengan jejaka bernama Daniel Smith pada Jun 2025.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok melihat kebahagiaan dan keakraban Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku bersama anak-anaknya yang kini berusia belasan tahun iaitu Megat Muhammad Raziq (18), Megat Luqman Haqim (17) dan Puteri Mia Maizura (15).
“Tiada rahsia antara saya dan anak-anak. Merekalah best friends forever saya. Hubungan kami bagaikan isi dengan kuku. Ke mana saja pasti kami akan tetap bersama.
Anak-anak memang rapat dengan saya. Selain itu, saya juga tak pernah membezakan kasih sayang terhadap mereka yang diberikan sama rata serta adil. Mereka adalah amanah Allah SWT buat saya.”
Walaupun anak-anak tinggal di asrama tapi setiap hujung minggu saya ‘wajib’ pergi melawat mereka. Saya masak sendiri apa yang mereka suka makan dan bawa sekali masa melawat.
Kalau semua berkelapangan selalunya aktiviti yang kami lakukan bersama seperti tengok wayang, atau memasak dan kemas rumah bersama. Segala kerja rumah kami akan buat sama-sama sebab saya tak ada orang gaji.”
Sejak bercerai pada tahun 2010, Kak Engku nampak sangat tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal. Barangkali sikapnya yang sangat ramah dan kelakar, menutup kisah dukanya itu. Agaknya apalah rahsia Kak Engku sehingga dia nampak sangat tabah?
“Hidup mesti diteruskan walau bergelar ibu tunggal. Apa yang saya amalkan selama ini ialah kuatkan mental dan fizikal. Selain itu, emosi juga perlu dikawal dengan baik. Dengan anak-anak saya bersikap terbuka apatah lagi mereka kini dalam usia remaja.
Seterusnya, pedulikan apa orang kata sebab hanya diri kita saja tahu apa yang terbaik. Barulah kita boleh menjalani life seorang ibu tunggal dengan sempurna. Sebab kitalah yang akan menggalas tugas seorang ayah, ibu, bibik, driver dan guru bila di rumah.
Kekuatan itu hadir setiap kali anak-anak memberi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran ataupun sukan sekaligus menggembirakan hati saya. Anak bongsu saya, Puteri Mia Maizura dan ada sikit-sikit nak ikut jejak saya dan sekarang belajar di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
Pesanan Mama buat anak-anak tersayang, hormatilah ibu bapa walau apa pun terjadi. Jangan meminta-minta kalau tidak diberi. Meskipun tidak hadir dengan tanggungjawabnya dan tiada pihak lain datang membantu selalulah bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki ada di mana-mana.
Usaha untuk menjadi hebat dan terbaik. Mama sentiasa berada dalam diri anak-anak. Mama tiada harta nak ditinggalkan, hanya ilmu yang dapat Mama berikan.”
RAHSIA AWET MUDA
“Sebenarnya saya tak ada amalkan apa-apa petua pun. Biasa saja, nak inject pun tak mampu… Selalunya, lepas balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Itu pun saya pakai basic saja sebelum tidur.
Tak lupa minum air suam dan suplemen. Bila dah berusia ni kena cukup tidur, makan pun saya control sebab berat saya jenis cepat naik. Saya memang jarang makan malam.”
Kredit Foto & Video: Instagram Raja Azura
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Detik kehilangan arwah bapa menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup wanita berusia 30-an ini. Miesya Yunus atau mesra digelar sebagai Miesya, seorang yang pandai berdikari.
Walaupun dilahirkan sebagai anak bongsu namun Miesya tegas dengan diri sendiri serta tidak bergantung harap kepada keluarga. Kini Miesya mampu menarik nafas lega setelah segala susah payahnya selama ini terbayar apabila berjaya memiliki empayar perniagaan sendiri iaitu Miesya Yunus Holding Sdn Bhd.
Miesya juga bergelar perunding imej dan penjenamaan korporat, jurucakap profesional, tenaga pengajar dan aktivis NGO sekaligus dia telah berjaya menunaikan janjinya terhadap arwah bapa.
BERKAT DOA
“Alhamdulillah, kejayaan saya hari ini semestinya dengan izin Allah SWT. Kedua, berkat doa dan redha ibu saya. Selepas arwah bapa meninggal saya berjanji pada diri sendiri mahu berjaya yang luar biasa agar dapat menjaga ibu seperti mana arwah abah yang ‘pergi’ ketika umur saya 18 tahun.
Sepanjang hayatnya, arwah abah sangat memuliakan ibu dan nenek. Saya anggap arwah abah hero keluarga selain mentor dan sahabat baik saya. Kami memang suka berbual macam-macam isu bersama,” kongsi Miesya yang memiliki darah campuran Melayu, Jawa, Arab dan Pakistan.
Bagi Miesya setiap perkara yang dilakukan haruslah bermula dengan niat yang ikhlas sebagai ibadah kepada Allah SWT. Hati akan menjadi lebih tenang, minda juga akan lebih mudah untuk bekerja serta mengawal perjalanan hidup.
CABARAN
“Apa yang boleh saya katakan, perjalanan hidup saya tak semudah orang lain. Keindahan hari ini hadir selepas saya melalui pelbagai cabaran. Untuk memiliki sesuatu yang berharga memerlukan pengorbanan dan keikhlasan.
Dia boleh bagi kita kejayaan Dia juga boleh ambil semula apa jua milik kita sekelip mata. Jangan susah hati jika diuji kerana ujian Allah datang untuk insan-insan yang terpilih. Sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT. A positive vibes will attract a positive energy!” ungkap Miesya.
Perjalanan hidupnya yang cukup mencabar menjadi salah satu faktor Miesya aktif sebagai aktivis sosial sehingga membentuk siapa dirinya hari ini. Bergelar anak yatim juga membuatkan Miesya sedar bahawa ramai lagi yang senasib sepertinya mampu berjaya.
“Melalui platform sukarelawan saya mampu membentuk kepimpinan diri yang kuat. Selain itu, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang sedikit ini semoga ia menjadi infak buat mereka yang memerlukan,” bicara Miesya.
IMPIAN
“Saya mengimpikan untuk membina syarikat yang auto run supaya pada usia 45 tahun saya boleh memberikan perhatian sepenuhnya terhadap diri serta keluarga. Ketika ini juga saya berharap dapat mendalami ilmu Al-Quran setelah empayar perniagaan kukuh dan memberi manafaat kepada ummah.
Impian saya seterusnya ialah untuk membina ‘istana’ indah serta surau buat ibu. Saya juga berharap Miesya Holding Sdn Bhd menjadi hub one stop centre demi pembangunan insaniah,” kongsi Miesya.
NASIHAT BUAT WANITA
“Wanita tanpa ilmu dan iman yang kuat adalah wanita yang rugi. Kita tidak akan mampu berjaya jika tiada ilmu. Dan, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran kalau pegangan agama rapuh.
Semoga seluruh wanita mampu menjadi srikandi hebat yang berjuang untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Jangan pernah berputus asa pada rahmat Allah SWT yang sangat luas. Apa yang kita ungkapkan, rasa dan fikir akan mejadi doa harian kita,” akhiri Miesya.
Kredit : Instagram Miesya Yunus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!