Di hadapan saya menara Eiffel, bangunan tertinggi di Paris yang merupakan salah satu struktur terkenal di dunia. Indah pemandangannya, kukuh berdiri megah. Saya terus hanyut dengan keindahan potret romantis itu.

Ads

Alangkah bahagianya jika saya bersama dia, cinta hati saya menghabiskan masa berdua di sana.  Impian yang mungkin bakal tercipta… ketawa sendiri. Ya! Saya belum berpeluang menikmati suasana sebenarnya di sana, hanya potret menjadi tatapan saya setiap hari di pejabat.

Kata kawan saya Sara, “I baru balik dari Paris my dear, best sangat. Inilah destinasi bulan madu paling indah yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidup. Bertuah rasanya, memiliki seorang suami yang romantis, kaya dan tahu kehendak kita,” itu yang dikatanya lima bulan lalu. Masih terngiang-ngiang di telinga saya.

“Percutian Romantis Tak Semestinya Berdua-duaan Di Paris!” Kiffy Razak
Rhianne Jones

Semalam, lain pula kisah romantisnya “Haah… menyesal aku kahwin dengan Rahman. Lepas lima bulan kahwin sudah tunjuk belang. Aku terjumpa gambar-gambar koleksi peribadinya dengan perempuan lain dan yang paling aku geram dia bawa juga perempuan itu ke Paris.

Masalahnya aku ingat ini mungkin ex-girlfriend dulu, rupanya masih kekal menjalinkan hubungan sulit sampai sekarang,” ujar Sara melepaskan kemarahan dari jiwanya. Perang telah tercetus!

Saya terpaku, sekali lagi saya menoleh melihat potret menara Eiffel. Di situlah saksi betapa romantisnya sebuah cinta dan mungkin di situ juga membenam segala impian.

Ya! Sebenarnya di mana sahaja kita mampu meraikan destinasi cinta romantis, asalkan bersama dengan orang yang tersayang dan bagaimana kita menghabiskan masa bersamanya.

Saya tidak lagi bermimpi untuk ke Paris hanya semata-mata untuk menikmati dua cinta di Menara Eiffel tetapi fokus saya kali ini hanya untuk shopping di sana. Itu lebih puas rasanya.

Ads

“Percutian Romantis Tak Semestinya Berdua-duaan Di Paris!” Kiffy Razak

Menikmati keseronokan di segenap ruang, di mana sahaja kita berada. Menyerap aura romantis dari segi pilihan busana dan aksesori. Konsep tidak lagi sekadar bulan madu tetapi percutian shopping. Balik Malaysia kalau bergaduh sekalipun dengan pasangan anda… sekurangnya banyak baju, kasut dan aksesori menjadi pengubat jiwa romantis saya.

Pilihan yang tentu sahaja timeless, bergaya biarpun waktu berubah asalkan saya tahu apa yang diinginkan pada kehendak peribadi.  Itulah jiwa romantis yang saya semaikan pada keinginan diri, bukan sekadar hanya cinta kita perlukan romantis.

Ads

Saya percaya menghargai diri dengan kesan lebih romantis memberi momen-momen yang indah dalam hidup. Romantis bukan sahaja satu perasaan yang ingin dicetuskan oleh pasangan bercinta.

Sebaliknya lebih mendamaikan dengan gema romantis di setiap sudut hati kita atas apa sahaja tujuan yang kita lakukan. Hari-hari anda adalah romantis!

Tidak kira anda masih keseorangan, sudah berpunya atau baru sahaja ditinggalkan kekasih, irama romantis mampu memberi kedamaian pada jiwa, wajah senantiasa terukir selembut sutera dan setiap langkah manis dipandang. Betapa hebatnya kuasa romantis! KR

“Percutian Romantis Tak Semestinya Berdua-duaan Di Paris!” Kiffy Razak

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI