Melihat beberapa posting di sosial media bagaimana petugas hospital terpaksa menjahit sendiri PPE  atau pakaian perlindungan diri sendiri berikutan keperluan sedia ada tidak mencukupi sedangkan mereka terpaksa bergelut dengan tanggungjawab merawat dan menyelamatkan pesakit mendorong pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill tampil dengan memulakan projek amal menjahit pakaian PPE untuk kegunaan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital.

IKLAN

Pereka Fesyen Terkenal Jahit  Pakaian PPE Untuk Frontliners. Usaha Murni Yang Wajar Dicontohi

Menurut Datuk Raduzan ketika dihubungi, setiap hari beliau memperuntukkan sebanyak 50 pasang jubah luar PPE untuk dijahit. Beliau memulakan projek murni tersebut sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. projek ini turut dibantu oleh seorang rakannya yang bertugas sebagai doktor di Hospital Serdang.

Pereka Fesyen Terkenal Jahit  Pakaian PPE Untuk Frontliners. Usaha Murni Yang Wajar Dicontohi

Ditanya mengenai bekalan bahan mentah untuk menjahit PPE berkenaan, tambah Radzuan dia amat berterima kasih dengan rakan yang memberi maklumat mengenai ukuran, material dan maklumat pembekal untuk penyediaan PPE berkenaan.

IKLAN

Memasuki hari ke 12, lebih 200 pasang sudah berjaya disiapkan dan Radzuan berhasrat menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas frontliners yang menghadapi kekurangan bekalan PPE yang dikatakan amat mendesak.

Datuk Radzuan juga amat mengalu-alukan rakan pereka fesyen lain atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepakaran menjahit tampil untuk membantunya menyiapkan PPE ini memandangkan keperluan mendesak PPE di kebanyakan hospital antaranya termasuklah Hospital Sungai Buloh dan Hospital Serdang mencecah sehingga 400 helai sehari kerana ia adalah pakai buang dan tidak boleh dikitar semula.

IKLAN

Pereka Fesyen Terkenal Jahit  Pakaian PPE Untuk Frontliners. Usaha Murni Yang Wajar DicontohiWalaupun berhadapan kekangan mendapatkan material seperti getah memandangkan kedai menjual peralatan menjahit ini ditutup, namun dia akan menggunakan segala sumber yang diperolehinya bagi memastikan PPE dapat diberikan kepada barisan frontliners.

“Saya menggalakkan rakan-rakan pereka fesyen untuk sama-sama membantu frontliners dalam situasi ini kerana keadaan semasa ini memerlukan semua pihak bekerjasama dalam membantu apa jua mengikut kepakaran masing-masing. Gunakan masa sepanjang Perintah Kawalan pergerakan ini untuk menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI