Hadir ke acara berprestij dengan gaun polos bersiluet dramatik mampu membuatkan setiap mata tertumpu padamu. Biarpun ringkas, tampilan mekap dan dandanan yang betul amat penting kerana ia menyempurnakan gaya. Lebih lengkap jika dihiasi perhiasan berlian, kerlipannya tambah memukau!
Nona tertarik melihat tiga gaya public figures ini ke acara karpet merah; aktres Viola Davis yang dinobatkan Aktres Filem Terbaik dalam NAACP Image Awards 2023, Mindy Kaling ketika menyerikan acara Producer’s Guild Awards 2023 serta model Kaia Gerber tatkala menghadiri parti W Magazine.
IKLAN
Berlian ni nampak saja kecil-kecil cili padi, tapi nilainya cukup tinggi. Khasnya buatan rumah perhiasan kemas berlian terkemuka dunia, De Beers Jewellers.
Nampak mewah dan ada kelas tersendiri! Jom tinjau barangan kemas berlian De Beers yang dipakai…
Kaia Jordan Gerber merupakan anak kesayangan model Cindy Crawford
Gelang tangan De Beers Classic Eternity daripada emas putih dengan tatahan berlian round brilliant. Harga RM427,327
Cincin De Beers Allegria Band daripada platinum dengan tatahan berlian round brilliant. Harga RM113,384
Selain berlakon, Mindy Kaling juga merupakan seorang penulis dan penerbit
Rantai De Beers Idalia High Jewellery daripada platinum dan berlian. Harga RM2,586,758
Cincin De Beers Volute High Jewellery daripada platinum dan berlian berbentuk pear serta berlian pave. Harga RM848,958
IKLAN
Cincin koktel De Beers Enchanted Lotus High Jewellery daripada emas putih dan tatahan berlian. Harga RM223,919
Aktres kesayangan Hollywood, Viola Davis
Subang ear cuff dan stud De Beers Frozen Capture daripada emas putih, kristal dan tatahan berlian. Harga RM404,537
IKLAN
Gelang De Beers Frozen Capture daripada emas putih, kristal dan tatahan berlian. Harga tidak dinyatakan
Cincin De Beers Arpeggia tiga barisan daripada emas putih dan tatahan berlian. Harga RM80,337
TIP PAMER KEINDAHAN BERLIAN
Pakai perhiasan berlian di anggota tubuh yang paling mudah dilihat. Kalung berlian mampu menarik perhatian ke bahagian leher sehingga terlihat lebih feminin, anggun dan mewah. Sementara subang berlian yang menjuntai dapat membingkai wajah atau solekan dengan baik. Bagi pemakai hijab, kenakan cincin berlian yang sedikit besar.
Mungkin ramai yang tidak menyedari tentang pameran Ikon Fesyen Retro Saloma yang diadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Rugi sebenarnya kalau anda tidak mengambil kesempatan ini kerana tidak tahu bila lagi pameran sebegini akan diadakan lagi.
Sebanyak 65 helai busana dalam bermacam rekaan dipersembahkan kepada umum. Bakal berkahir pada 31 Oktober 2017 nanti, kecantikan dan juga keunikan busana-busana yang dipersembahkan ini pasti menjadi satu memori indah buat anda.
Bayangkanlah baju-baju yang dipakai oleh Puan Sri Datin Amar Saloma ini ada yang sudah berusia lebih 40 tahun dan dahulunya busana-busana ini hanya kita lihat dalam warna hitam dan putih menerusi sesetengah filem lakonan biduanita pertama negara ini.
Penampilan Puan Sri Datin Amar Saloma yang cukup anggun dan tersendiri ini menjadikan dia seorang bintang yang bersinar bahkan menarik perhatian penggiat seni Hollywood. Marlon Brando sendiri memberikan satu kata-kata yang berbunyi, “Without doubt, she is the Marilyn Monroe of the East.”
Gaun Labuh Dari Fabrik Songket Yang Cukup Menawan
Kedua-dua Busana Ini Dipakai Di Dalam Filem Ahmad Albab Pada Tahun 1968
Dua Busana Ini Masih Relevan Dengan Stail Masa Kini. Cantik Bukan?
Rekaan Kebaya Yang Menjadi Ikutan Ramai Ketika Itu
Memiliki karakter yang ceria, easy going dan happy go lucky membuatkan pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade cukup terkenal di laman Instagram. Malah,wajah cantik anak bongsu daripada empat beradik ini sering dijadikan kanvas jurusolek terkenal tempatan dalam menterjemahkan hasil karya mereka. Lebih mesra disapa Ezzanie, gadis yang juga merupakan pelajar di KDU University College aktif dalam bidang perniagaan. Walaupun usia masih hijau, Ezzanie bijak dalam mengatur rentak untuk mencanai bisnes produk jenamanya.
KONGSIKAN SEDIKIT TENTANG PERNIAGAAN ANDA?
Saya mempunyai produk jenama sendiri dimana saya mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah iaitu serum. Saya mula menceburkan diri dalam bisnes ini secara sambilan selepas saya tamat sekolah. Ia dilakukan secara online dan sudah beroperasi selama 2 tahun. Alhamdulillah sambutan yang saya terima hingga ke hari ini cukup memberangsangkan.
ANDA JUGA MERUPAKAN SEORANG MODEL. BAGAIMANA ANDA MEMBAWA IMEJ INI KE PENTAS GLAMOR?
Saya seorang model sambilan yang sentiasa menggayakan imej ringkas dan bersahaja. Ia mampu membuatkan saya yakin dengan diri saya. Selain itu, saya merasakan dunia peragaan dapat memberi pengalaman yang luar biasa. Saya dapat pengalaman bekerja dengan ramai pihak yang cukup berilmu dan bertemu dengan ramai model-model yang sudah mempunyai nama.
APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI LAMBAKAN INSTAFAMOUS /INFLUENCER MASA KINI DAN PENGALAMAN PAHIT MANIS ANDA?
Pada pendapat saya, selagi instafamous/influencer itu pandai membawa diri, menjaga imej, serta kelakuan, kewujudan mereka ini adalah sesuatu perkara yang baik. Saya sendiri tidak pernah berdepan dengan masalah kecaman atau kutukan dari mana-mana pihak. Malah, mendapat komen-komen yang positif. Namun sekiranya ada kritikan-kritikan negatif, saya tidak mempedulikannya sama sekali dan menganggap ia sebagai perkara yang tidak penting.
MAKNA FESYEN BAGI ANDA DAN FESYEN YANG ANDA GEMARI?
Fesyen terdiri daripada pelbagai jenis kategori dan tidak semestinya hanya dilihat pada pakaian semata-mata, malah termasuk dari segi dandanan rambut, kasut, beg dan lain-lain. kita harus mengenakan fesyen mengikut tema yang sesuai dengan keadaan dan tempat. Fesyen juga boleh boleh mengambarkan siapakah diri kita sebenarnya. Bagi saya, saya tidak memilih untuk berfesyen asalkan bersesuaian dengan diri, selesa dan saya menitikberatkan pada kesesuaian tempat. Fesyen yang saya sering gayakan setiap hari adalah ‘smart casual’ dan ‘simple’ untuk ke universiti manakala saya akan memilih pakaian yang lebih trendy pada hujung minggu.
BERIKAN TIP PENJAGAAN WAJAH ANDA
Saya mengamalkan penjagaan kulit muka secara traditional yang saya pelajari daripada ibu saya. Contohnya, menggunakan bahan yang ada di dapur untuk dijadikan pencuci muka dan masker. saya menggunakan oats sebagai pencuci muka. Selain itu, saya menggunakan, kunyit, madu, limau dan yogurt sebagai masker dan biarkan selama 15minit. Paling penting, minum air dan tidur secukupnya.
Setiap wanita pasti mempunyai seluar jeans sebagai koleksi peribadai. Namun adakah anda tahu potongan atau jenis jeans paling tepat buat bentuk tubuh anda? Memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan amat penting agar anda terlihat lebih menawan. Jom Nona kongsikan beberapa tip terbaik untuk memilih jeans paling sesuai dengan bentuk tubuh anda!
LOW-RISE JEANS
Jeans berpotongan rendah hanya sesuai untuk badan kurus sahaja. Pilihan kedudukan poket yang sedikit ke bawah daripada biasa memberi ilusi pemakai sedikit berisi. Tetapi, bagi anda berbadan berisi boleh menampakkan perut anda menggeleber seperti mufin. Jadi, anda harus pilih jeans yang terletak betul-betul pada paras pinggang.
ULTRA LOW-RISE JEANS
Berpotongan sangat rendah, hanya sesuai untuk wanita berbadan langsing sahaja. Pastikan pinggang jeans tidak berada lebih bawah daripada tulang pinggul anda. Bagi kamu yang bukan bersaiz badan seperti model pasti rekaan jeans ini menampakkan sebahagian punggung atau seluar dalam. Jika anda pilih jeans ini perlu berhati-hati, awasi cara duduk andaagar tidak kelihatan seluar dalam anda.
BOOT-CUT JEANS
Inilah jeans paling diminati sepanjang masa. Potongan klasik sesuai untuk wanita bertubuh berisi. Potongan kembang pada bahagian betis dapat mengalihkan tumpuan bahagian pinggang,pinggul dan paha, malah membuatkan bahagian paha kecil dan bahagian kaki kelihatan runcing. Ia juga memberi anda ilusi lebih tinggi.
STONEWASHED JEANS
Warna purda pada bahagian paha dan punggung dapat memberikan stail seksi pada anda. Penambahan sedikit kesan koyak (destroyed) lebih ranggi. Stail ini sangat sesuai bagi yang berjiwa muda dan inilah jenas yang sedang hangat diperkatakan.
DARK JEANS
Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Seperti yang kita tahu, warna gelap memberi kesan kecil dan kurus kepada pemakai. Warna jeans yang cerah pula akan memberi kesan lebih besar. Antara warna yang menjadi pilihan ialah biru gelap dan hitam, sesuai ke mana sahaja, siang atau malam.
STRAIGHT JEANS
Potongan lurus jeans ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Boleh mengecilkan pinggul dan memberi keseimbangan kepada potongan kaki anda. Pastinya sangat menarik dengan padanan kasut bertumit rata! Bentuk AV seam pada bahagian belakang jeans juga memberi kesan kurus.
DISTRESSED JEANS
Jeans ini menarik dipakai semasa bersantai, sesuai sekali untuk semua bentuk badan. Kedutan pada bahagian seluar jeans juga memberi impak seksi dan cukup trendy untuk dicuba.
CROPPED JEANS
Pendek dan seksi. Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Tetapi bagi yang berkaki pendek, kamu dinasihat supaya lupakan sahaja hajat untuk mencubanya kerana anda akan kelihatan lebih pendek! Jangan sesekali memakai yang berpoket di belakang kerana nampak lebih besar dan kembang.
SKINNY JEANS
Pastinya sesuai untuk kamu yang berbadan kurus serta berkaki panjang. Anda pasti nampak lebih langsing. Potongan ini juga sesuai untuk anda yang rendah dan kecil molek. Paling senang untuk disesuaikan dengan semua jenis baju. Menarik untuk dicuba!