
Ayana Jihye Moon merupakan salah seorang pempengaruh media sosial terkenal bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara jiran, Indonesia. Figura ini tidak hanya dikagumi kerana mempunyai rupa paras cantik, tetapi juga kerana statusnya sebagai seorang Mualaf Korea yang tabah dan menginspirasi ramai.
Penghijrahan Ayana Jihye Moon


Berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon pernah melanjutkan pengajian di Malaysia dan mempelajari lebih mendalam mengenai Islam. Dia dilahirkan pada 28 Disember 1995 dan telah menarik perhatian masyarakat di Malaysia dan Indonesia ekoran perjalanan hidupnya setelah memeluk Islam.
Ayana dikhabarkan tertarik dengan Islam sejak berusia tujuh tahun dan kemudian memutuskan untuk melafaz syahadah sewaktu berumur 16 tahun ketika masih menetap di Korea Selatan bersama keluarga. Bagaimanapun, penghijrahan Ayana mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua ibu bapa.
Cabaran Awal Sebagai Ayana Jihye Moon Sebagai Mualaf
Menerusi perkongsian di media sosial, Ayana Jihye Moon membuat pendedahan realiti sebenar yang dialami sewaktu mula mendalami ajaran Islam.
“Banyak orang yang bertanya dari mana saya belajar tentang Islam, terutama ketika saya berada di Korea. Itu adalah pertanyaan yang sulit karena memang tidak ada tempat untuk belajar Islam di sana (padahal itu sudah lebih dari 13 tahun lalu).



Dan juga sangat sulit untuk mempraktikkan ajaran Islam di Korea. Beda dengan di Malaysia dan Indonesia, di mana Islam sudah menjadi bagian dari kehidupan sehari-hari.
Bahkan untuk sekadar bertanya tentang Islam saja sulit karena saya benar-benar tidak tahu harus belajar apa atau bertanya kepada siapa,” ujar Ayana.
Perjalanan Islam Ayana
Menurut Ayana Jihye Moon, Islam dan Korea mempunyai pertukaran sejarah walaupun kecil. Dia percaya bahawa sifat kesejagatan Islam mampu meresap dalam kalangan masyarakat Korea dan dijadikan panduan untuk menangani pelbagai isu kehidupan.
“Saya berharap kajian ini akan membolehkan semua orang memahami pelbagai aspek Islam,” katanya lagi.
Ayana memilih berdikari di Malaysia pada tahun 2017 kerana mempunyai kenalan di sini. Setahun kemudian, pada tahun 2018, dia berhijrah ke Indonesia dan seterusnya menjadi model.
Bersandarkan bakat dan rupa paras cantik, Ayana Jihye Moon turut bergelar personaliti YouTube dan menjadi duta bagi produk kecantikan di Indonesia. Dia juga merupakan seorang penulis dan usahawan yang berjaya.


View this post on Instagram
Inspirasi & Pengalaman Hijrah
“Pengalaman hidup saya di Malaysia dan Indonesia benar-benar memperluas perspektif saya sebagai seorang Mualaf Korea. Kalau kamu ingin Islam benar-benar menjadi bagian dari hidupmu, maka kamu pun harus menjalani ajaran Islam.
Setiap kali saya berusaha mempelajari ilmu baru, selalu ada tentangan baru juga yang menyertainya. Tapi, saya bangga dan bahagia dengan perjalanan hijrah saya ini, seperti Rasulullah SAW,” ujar Ayana penuh semangat.
Tidak hairanlah Ayana Jihye Moon menarik perhatian ramai masyarakat kerana personalitinya yang santai, mesra dan ‘murah’ dengan senyuman. Malah, pada awal tahun lalu, Ayana menyalurkan bantuan biasiswa lebih RM100,000 kepada International Islamic University Malaysia (IIUM) Endowment Fund sebagai usaha murni membantu pelajar yang memerlukan.
Semoga usaha dakwah dan kebaikan yang dilakukan Ayana Jihye Moon mendapat keberkatan Allah SWT serta memberi manfaat kepada ramai orang di seluruh dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!

















