Hampir 5 minit, setiap mata yang menyaksikan temasya perasmian Sukan SEA 2017 terpukau dengan aksi gadis berbaju putih ini ‘terbang’ di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Detak jantungnya dapat dirasakan. Dengan riak wajah yang sedikit gugup, akhirnya dia terpilih menyalakan obor terakhir sebagai simbolik bermulanya acara sukan berprestij itu.
Dia, Dhabitah Sabri, bukan calang-calang orangnya.
Dilahirkan pada 12 Julai 1999 dan berusia 18 tahun, atlet terjun negara dengan ketinggian 152cm ini pernah meraih kedudukan lebih tinggi berbanding rakan sepasukannya, Pandalela Rinong.
Beliau yang selesa dengan gelaran Bitah, berlatih 8 jam sehari, 6 hari seminggu, bersama rakan terjunnya.
Ads
Dan tahukah anda, sehingga kini Dhabitah Sabri kekal sebagai penerjun paling muda Malaysia yang memenangi kategori senior antarabangsa? Ya, beliau pernah memenangi pingat emas dalam acara springboard Kejohanan Renang Asia Tenggara 2012 pada usia 12 tahun. Hebatkan?
Ads
Pengalaman yang dikutip atlet paling muda negara dalam Sukan Olimpik Rio, Nur Dhabitah Sabri, memberi impak bermakna untuk dia terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.
Ads
Prestasi konsisten atlet terjun dari Kuala Lumpur itu sepanjang pembabitan dalam arena sukan terjun telah menyemarakkan lagi semangatnya untuk meraih pingat dalam Sukan SEA 2017.
Mungkin juga disebabkan pencapaian Dhabitah di pentas Olimpik lalu telah melonjakkan pemilihannya untuk menyalakan obor temasya perasmian Sukan SEA 2017 sebentar tadi.
3 Perkara Perlu Tahu Tentang Dhabitah
Dia bermula sebagai perenang pada umur 7 tahun, namun kemudiannya bapa beliau menyedari bahawa beliau mempunyai ciri-ciri penerjun.
Dia sering tersenyum kerana ia membantunya untuk bertenang dan melupakan rasa gemuruh.
Selepas bersara daripada sukan terjun, dia ingin menjadi penyampai hiburan TV. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya selepas membuat penerjunan di Australia tempoh hari Mira Filzah semakin selesa serta sedang gigih membuat latihan bagi penerjunan solonya. Mira turut berkongsi di laman Instagramnya; “Enjoying every minute! Training day 2! Moreeeeee trainings to come!,” kata Mira.
Melihat susuk tubuh genitnya serta sifat feminin Mira bagai tidak percaya pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini berani melakukan penerjunan udara lebih-lebih lagi secara solo. Bukan calang-calang wanita yang berani membuat penerjunan dari udara ini. Salute! Mira Filzah.
Sebelum ini Mira telah dilantik sebagai duta MyPA (Malaysian Parachute Association). Majlis menandatangani perlantikan Mira turut dikongsi oleh MyPA di laman Instagramnya.
“Alhamdulillah. Hari ini secara rasminya Mira Filzah menjadi duta MyPA.
Pelantikan beliau menjadi simbol dan contoh terbaik kepada belia dan wanita di negara ini dalam melibatkan diri dalam sukan ini. Ianya juga menjadi pemangkin kepada MyPA dalam membawa dan memberikan hanya yang terbaik untuk pembangunan sukan payung terjun tanah air.
Penglibatan beliau juga menjadi tanda sesuatu yang besar dan positif bakal berlaku untuk perkembangan dan kemajuan sukan payung terjun di Malaysia.
Hari ini tercipta satu lagi sejarah buat MyPA dan peminat payung terjun di Malaysia.
Perjuangan ini bukan mudah namun penghargaan kepada semua sokongan dan kritikan yang diberikan sehingga membawa MyPA mencapai satu lagi tahap yang membanggakan. Ini demi generasi akan datang,”.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namanya seringkali meniti di bibir ramai selebriti tanah air. Dia di antara jurusolek artis yang menjadi ‘orang kuat’ dalam menghasilkan solekan yang indah di wajah-wajah persona negara. Hasil karyanya diminati dan personalitinya disenangi orang-orang sekeliling. Sheila Mohamad bukanlah nama asing lagi dalam industri solekan. Perintis muda yang baharu ingin menceburi bidang ini turut mengangkat Sheila Mohamad sebagai ‘guru’ bidang solekan.
Tidak pernah sunyi laman Instagram daripada post yang menunjukkan hasil karyanya, Sheila Mohamad bangga kerana apa yang dilakukannya ini mendapat perhatian. Usaha dan kegigihannya selama ini juga diabadikan dalam sebuah pertandingan pencarian makeup artis, Malaysian Makeup Artis Awards (MMA) yang diadakan dengan gah sekali pada Ogos lalu.
Bagaimana bermulanya kerjaya sebagai jurusolek?
Saya sudah mula sebagai jurusolek sejak tahun 1995 dan ini adalah tahun ke 26 saya bergelar jurusolek artis. Waktu itu, saya masih di tanah kelahiran saya iaitu Alor Setar Kedah. Apabila tinggal bersama keluarga dan adik beradik perempuan, saya jadi seronok melihat mereka bersolek. Calit sana, calit sini.
Lebih seronok lagi apabila saya melihat orang bersolek sakan untuk menghadiri majlis-majlis yang diadakan. Mungkin menjadi lumrah setiap insan, suka melihat kecantikan dan kesempurnaan. Sejak itu, saya mula menanam minat dan berusaha ke arah minat ini.
Bagaimana penerimaan keluarga apabila anda memilih untuk menjadi jurusolek?
Alhamdulillah, keluarga saya tidak pernah membantah. Mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak asalkan apa yang saya lakukan ini dilaksanakan dengan sepenuh hati. Minat itu sangat mendalam, tidak mungkin saya akan sia-siakan kepercayaan yang keluarga berikan kepada saya selama ini.
Apakah cabaran anda sebagai jurusolek?
Setiap kerjaya ada cabarannya tersendiri. Walaupun saya sudah lama di dalma industri, tipulah jika saya boleh bersenang-lenang dan terus hidup dalam kepompong ‘aku otai’. Persaingannya sangat sengit tambah-tambah lagi bidang solekan kini melahirkan ramai jurusolek-jurusolek baru melalui sosial media khususnya.
Untuk bersaing dengan mereka, saya juga perlu banyak belajar. Teknik-teknik yang mereka gunakan melalui peredaran zaman dan mengikut permintaan ramai. Jadi, saya tidak boleh duduk diam dan terus belajar, waima daripada jurusolek baru sekalipun.
Siapakah idola anda dalam kehidupan?
Saya meletakkan bapa saya sebagai idola dalam kehidupan. Selain itu, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad adalah idola yang sangat saya hormati.
Bagaimana anda mengekalkan kedudukan anda sebagai jurusolek kini?
Tidak susah sebenarnya untuk kekal relevan dalam industri. Just be professional, never stop learning and be creative. Sebagai jurusolek, kita bagai mempunyai hubungan erat dengan selebriti dan pelanggan yang memberi kepercayaan kepada kita untuk mencantikkan mereka. Jadi, dalam apa juga keadaan kita perlu sentiasa bersedia.
Sebagai contoh, apabila saya menerima job dan konsep diberikan pada hari penggambaran, saya perlu bersedia dengan peralatan yang ada. Kita perlu bijak menyampaikan apa yang diingin pelanggan walaupun peralatan tidak mencukupi.
Dan sebagai jurusolek ‘lama’, jangan pernah ego untuk belajar Teknik-teknik baru dalam solekan daripada orang lain. Lain orang, lain kelebihan mereka. Jangan segan untuk belajar, jangan sombong untuk bertanya. Kita cuba kekalkan kedudukan kita sebagai jurusolek artis.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan anda dalam solekan?
Semakin lama kita menyolek orang, kita sebenarnya mengasah skil yang kita ada. Jujurnya saya merasakan skil, teknik dan pengalaman saya adalah perkara yang membuatkan orang mengenali siapa Sheila Mohamad. Teknik dan skil ini boleh dipelajari tetapi untuk lebih menajamkan keupayaan dan kelebihan itu, kita perlu sentiasa praktis.
Dari segi pengalaman pula, mungkin saya sudah lama dalam industri ini membuatkan saya sudah faham apa yang dikehendaki seseorang. Apabila bertemu pelanggan, saya sudah mengenali karaktor mereka dan sesuaikan dengan solekan yang betul. Kita tak boleh syok sendiri. Apa yang cantik di mata kita, mungkin tidak sesuai dengan personaliti mereka jadi kita perlu memahami pelanggan itu.
Bagaimana anda melihat kemunculan jurusolek ‘instant’ kini dan adakah anda melihat itu sebagai satu cabaran atau persaingan?
Ia sangat bagus! Dek kerana kebanjiran jurusolek ini membuatkan saya mengadakan pertandingan MMA bersama teman seperjuangan, Deq Sha. Mereka mempunyai bakat yang sangat besar dan kreativiti mereka benar-benar mengikut arus zaman. Apa yang mereka miliki itu adalah satu cabaran yang perlu kita sahut kerana dari situlah persaingan jurusolek lama dan baru akan mengembangkan lagi skil dan dunia solekan kini.
Nasihat anda kepada bakal jurusolek yang ingin menceburi bidang ini?
Nasihat saya, walaupun jauh mana kita berada sebagai jurusolek, kita tetap perlu terus belajar dan mencari ilmu supaya skil yang ada tidak hanya setakat itu sahaja. Paling penting, belajar merendah diri dan buangkan sikap ego dan sombong agar disenangi orang sekeliling. Sekalipun kita ada bakat namun andai personaliti kita negatif, ia tidak akan ke mana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran anak-anak dalam rumah tangga bukan sahaja sebagai penyeri dalam hubungan suami isteri malah merupakan tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT. Membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan mendidik mereka bukan suatu tanggungjawab yang mudah untuk dipikul.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Kagum melihat bagaimana Bonda Rozita mendidik anak-anaknya sehingga berjaya. Dan paling penting semua anak-anaknya mendengar kata-katanya. Teringat ketika menemu bual anak sulung Bonda Rozita, Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yati Sendayu Tinggi dulu. Kata Yatie “Semua menantu Bonda Rozita adalah pilihannya,”.
Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi
Bonda Rozita ada menulis tentang anak-anaknya yang menarik untuk dikongsi bersama. Coret Bonda Rozita, “Pengalaman universti termahal nilai ilmunya saya nak share, umur 40 saya minta Allah kasi saya ilmu bermanfaat dan berkat apa saya buat.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Saya tak pernah doa minta murah rezeki pun, saya tak tipu! Jauh sekali doa nak jadi kaya-raya. Tak pernah! Saya hanya doa nak rumah dan makan pakai cukup. Jangan orang hina saya dan anak-anak. Miskin orang cakap ‘nak mengendeng dan meminta-minta, bila kaya orang kutuk juga ‘jahat berlagak’.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Saya sangat jaga maruah, tak kan meminta-minta dan tipu orang. Saya benci sikap tu. Saya selalu perbaiki azam nak jadi orang terbaik di sisi agama dan dunia.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Perkongsian saya tentang anak. Rezeki anak-anak ni rahsia besar Allah, bukan urusan ibu bapa. Tanggungjawab kita didik adab dan agama saja. Bila besar mereka jadi lain! Jangan bangga tuah rezeki anak-anak kita atau hina anak yang miskin.
Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi
Anak masa kecik dia sangat baik, belum tentu bila besar dia anak terbaik untuk kita. Mungkin dia berubah sebab lelaki atau isteri atau kawan dia. Kita kena lepaskan dia dengan dunia dia (jangan berharap pada dunia, ikhlaskan dia, Allah sebaik-baik pegangan hati).
Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi
Anak kita masa kecil sangat hodoh hitam buruk, kita tetap sayang! Besar dia jadi anak paling cantik, paling putih dan paling bijak walau tak masuk universiti (tak ada yang mustahil jika Allah nak ubah). Yatie dulu, hitam buruk sangat masa kecik, lepas umur 17 tahun dia berubah jadi lain (rahsia Allah).
Foto: Instagram @bondarozitaibrahim
Kri (Dato’ Sri Aliff Syukri) pulak ambik SPM study hard konon tapi 15 minit je belajarnya. Matematik dia jahanam masuk kubur 7 meter ke dalam. Dia tak pernah lulus E.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Zaman saya dulu tak ada pendedahan tentang disleksia. Kri, IQ dia terbalik, dia pandai membaca darjah 6 (bab ni dia tak kan mengaku). Otak dia seni, hanya dia anak yang tocang rambut saya, cabut bulu kaki, masakkan saya, juga anak paling menyakitkan hati saya! Pakej. Masa kecil sangat degil, selalu kena rotan ada je masalah dia buat.
Foto: Facebook Rozita IbrahimFoto: Facebook Rozita Ibrahim
Dah besar pun saya pernah marah sangat sampai tak nak pandang dia selama 4 tahun. Dia sentiasa usaha kejar dan minta maaf dengan saya dan ‘saya lari’. Last saya lihat dialah anak yang sangat ikhlas, bersungguh-sungguh nak saya sebagai ‘Maknya’. Saya buang dia ke laut najis pun dia nak saya jugak. Maksudnya Allah tunjukan pada saya, dia lebih mulia dari saya yang solat dan rajin dengan al-Quran.
Foto: Facebook Rozita IbrahimFoto: Facebook Rozita Ibrahim
Hati manusia urusan manusia dengan Allah, kita tak boleh nilai, hukum siapa manusia tu,” tulis Bonda Rozita panjang lebar di laman media sosialnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.