Nama Nia Ramadhani bukan hanya terkenal di Indonesia bahkan dia juga mempunyai peminat di negara ini selepas lakonannya dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih pada awal tahun 2004 mencetus fenomena di Malaysia.
IKLAN
Menginjak usia 33 tahun pada 16 April lepas, selebriti popular ini bertuah kerana merupakan menantu kepada bilionair Indonesia iaitu Aburizal Bakrie.
Bersempena hari lahir ke-33, Nia diraikan suami dan kenalan rapat dalam sebuah majlis bertemakan Arab. Menjenguk Instagram miliknya, ibu muda ini mengenakan persalinan Timur Tengah rona merah.
Melihat penampilan Nia, pasti ramai peminat membayangkan wataknya sebagai Siska atau Bawang Merah yang cukup sinonim dengan warna merah.
April lalu juga merupakan ulang tahun perkahwinan Nia bersama Anindra Ardiansyah Bakrie atau dikenali sebagai Ardie Bakrie. Tahun ini genap 13 tahun mereka bergelar suami isteri.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.
Sebelum ini, kisah mengenai yuran persekolahan salah seorang anak Nia dan Ardie Bakrie iaitu Mikhayla menjadi bualan warga maya.
Ini selepas personaliti tersebut mendedahkan pada tahun 2019 apabila mereka membelanjakan 500 juta Rupiah atau kira-kira RM142,000 setahun untuk kos persekolahan anaknya di sebuah sekolah terbaik di sana.
IKLAN
Mikhayla dilaporkan bersekolah di British School Jakarta dan khabarnya perbelanjaan untuk memasuki sekolah itu boleh mencapai sehingga ratusan juta Rupiah. Bayaran masuk untuk ke sekolah tersebut sahaja bermula dari 30 juta rupiah dan itu tidak termasuk dengan
perbelanjaan lain.
Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.
Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono.
Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.
Selain bergelar selebriti yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, Nia Ramadhani kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gra Kala Dipaka yang merupakan sebuah syarikat pengurusan kreatif diasaskan pada tahun 2020.
Avokado sering dikaitkan dengan khasiat untuk mencantikkan kulit. Lantaran fungsinya yang meluas dalam industri kosmetik, ramai yang tidak mengetahui bahawa buah berbentuk bujur telur atau pir ini juga sebenarnya kaya dengan vitamin A. Ia sering dikisar untuk dijadikan jus berkhasiat. Tahukah anda,bagi individu yang sukar menaikkan berat badan, pengambilan avokado mampu membantu mengembalikan berat yang ideal?
Pokok avokado tumbuh subur di kawasan bercuaca panas dan lembap. Turut dikenali sebagai Persea americana miller dari keluarga Lauraceae, tumbuhan yang berasal dari kawasan Amerika Tengah ini sudah mula ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Jika dilihat, kulit avokado bertekstur licin atau kasar, manakala isinya berwarna kuning kehijauan dengan biji yang keras ditengahnya.
Sebiji avokado membekalkan khasiat protein, zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, sodium dan potassium. Ia juga mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya adalah lemak (minyak monotepu). Ini menjadikan zat avokado sangat ideal untuk menambah berat badan, khususnya di kalangan kanak-kanak yang kurus dan dewasa.
KHASIAT
Buah avokado berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian sendi seperti leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki. Amalan memakannya setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, iaitu sejenis kolesterol baik untuk menghindarkan seseorang itu daripada serangan sakit jantung. Malah minyak monotepu avokado mempunyai kesan antikolesterol.
Ia juga merupakan salah satu dari buah-buahan yang paling disyorkan untuk ahli bina badan dan ubatan untuk merawat penyakit jantung yang disebabkan kolesterol. Malah tahukah anda bahawa ekstrak avokado juga baik untuk mencegah kanser payudara dan kanser prostat? Sebuah kajian menunjukkan toksin yang ditemui dalam avokado berupaya membunuh sel kanser. Namun begitu, kesahihannya masih lagi dikaji secara saintifik.
Avokado turut mengandungi asid oleic, lemak monotepu untuk merendahkan kolesterol.
Sumber pembekal potassium iaitu mineral penting untuk keseimbangan tekanan darah. Pengambilan yang mencukupi membantu mengelakkan masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau strok.
Secawan avokado mempunyai sekurang-kurangnya 23% kandungan folat untuk kesihatan jantung, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Berbanding bayam atau lobak, makan hirisan avokado sehari meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap karotenoid.
Musim PKP ini banyak betul group-group baru ditubuhkan di Facebook. Majoritinya bertujuan untuk menghilangkan bosan, merapatkan ukhuwah dan berkongsi hobi sesama ahlinya.
Daripada sekadar berkongsi resipi, muncul pula group ‘Masak Apa Tak Jadi’ dan ‘Deko Rumah Dari Mr DIY’. Tak lama kemudian makin kreatif sampai ke tahap menayang harta-benda demi meraih Share dan Likes yang tinggi pula. Seronok bila hantaran itu tular dan jadi gurauan masyarakat.
Kupasan tentang perkongsian tidak berfaedah di group-group FB sebegini telah dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebentar tadi.
Padu sungguh penerangan di bawah. Mohon kita semua pun tinggalkan amalan normalisasi dosa secara halus, takut-takut niat nak berhibur jadi asbab bertambah dosa pula.
SOALAN:
Baru-baru ini ada viral berkenaan sebuah group di Facebook bernama ‘Riyak Apa Hari Ini’. Dalam group tersebut, hampir setiap hari akan post tentang barang kemas yang mereka ada, barang-barang yang mereka miliki. Ditambah pula adanya perbualan dan post yang tidak sepatutnya.
Para wanita ada yang mendedahkan aurat mereka. Adakah perkara sebegini dibenarkan dalam Islam? Tidakkah perkara ini adalah salah satu normalisasi dosa. Ini baru satu timbul, mungkin akan datang akan ada pula group ‘Dosa Apa Hari Ini’ atau sebagainya. Mohon pencerahan.
JAWAPAN:
Kewujudan group ‘Riyak Apa Hari Ini’ atau yang seumpama dengannya adalah salah satu perbuatan yang dianggap sebagai normalisasi dosa. Walaupun dengan niat bergurau, ianya bukan satu cara untuk menghalalkannya.
Hantaran-hantaran yang mendedahkan aurat dan perbualan antara lelaki dengan wanita yang tidak sepatutnya adalah perkara yang dilarang sama sekali. Islam mengajarkan umatnya untuk tidak terlibat dalam perlakuan dosa apatah lagi menzahirkannya.
Jika ingin bergurau sekalipun bukan dengan cara menzahirkan dosa, maksiat dan mempromosikan terma-terma negatif seperti perkataan Riyak. Perkara sebegini perlu dibendung dan dielakkan agar tidak lagi timbul normalisasi dosa yang lain.
Wallahu’alam.
SYIRIK KECIL
Kesemua larangan yang dilarang oleh Allah SWT dianggap sebagai maksiat dan dosa jika dilakukan. Bahkan dosa dan maksiat adalah penyebab turunnya azab Allah SWT.
Allah SWT berfirman; Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [1]
Bahkan dosa dan maksiat adalah penyebab kehidupan menjadi sempit. Maksudnya; Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. [2]
Justeru dosa dan maksiat sama ada yang zahir mahupun yang batin bukanlah perkara yang boleh diremehkan. Bahkan tidak boleh dipandang enteng. Termasuk juga dosa adalah sikap riyak, ujub, sum’ah (suka supaya orang lain melihat apa yang dilakukan olehnya), dan yang seumpama dengannya.
Kesemua ini adalah dosa yang tersembunyi dan halus yang tidak disedari oleh manusia. Antara contoh, Nabi SAW menyifatkan sifat ujub iaitu berbangga dengan diri sebagai satu sifat yang boleh membinasakan.
Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang membinasakan. Kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan seseorang yang bangga dengan diri sendiri yang mana ia sebahagian dari kesombongan. [3]
Apabila disebut tentang riyak, Nabi SAW bersabda;
Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah? Nabi saw bersabda : Itulah Riya’! Allah SWT akan berfirman pada hari kiamat kelak : pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah ganjaran itu di sisi mereka? (dengan sebab amalan kamu).”[4]
Jelas seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas, kesemua ini adalah dosa tersembunyi dan halus yang boleh membawa si pelaku kepada kebinasaan. Apatah lagi, jika ianya diwar-warkan dan disebarkan tanpa ada rasa malu.
Nabi SAW memberi peringatan tentang kecaman Allah terhadap orang yang suka memperagakan maksiat, Baginda bersabda:
“Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.”[5]
Ibn Hajar Al-Asqalani memperincikan maksud mujahirin. Beliau berkata :
“Al-Mujahir adalah orang yang menzahirkan maksiat yang dilakukannya dan mendedahkan apa yang telah Allah sembunyikan serta menceritakan tentang maksiat yang dilakukannya itu.” [6]
Justeru, hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa perbuatan mendedahkan dan menzahirkan maksiat adalah perbuatan yang dianggap boleh menjauhkan seseorang daripada rahmat Allah.
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, kewujudan group ‘Riyak Apa Hari Ini’ atau yang seumpama dengannya adalah salah satu perbuatan yang dianggap sebagai normalisasi dosa. Walaupun dengan niat bergurau, ianya bukan satu cara untuk menghalalkannya. Satu kaedah fiqh ada menyebut bahawa tujuan tidak membenarkan cara.
[3] Riwayat Al-Tabarani no 5452, Al-Mu’jam Al-Awsat, Tahkik : Dr Tariq Iwadullah, Abdul Muhsin Bin Ibrahim Al-Husaini, cetakan Dar Al-Haramain, Kaherah,j.5 h.328.
Ini realiti ibu bapa moden yang sentiasa bertemankan telefon pintar di tangan. Tak mahu mengaku tapi terang-terangan tak boleh hidup tanpa media sosial dan Whatsapp setiap hari.
Tatkala membaca perkongsian saudara Ahmad Hisyam Sabrani ini, rasa macam penampar singgah ke pipi. Kita usap pipi yang pedih tapi kemudian kita akan tunduk mengaku, ‘Iya, betul juga.’
Semoga menjadi iktibar buat pembaca Nona! Norzalina Mohd Alias
============================
Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan iPad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau…
Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...