Pernah Buat Pembedahan Dalam Gelap, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Detik Hiba Bertugas Di Palestin!

Kemelut yang melanda Palestin kebelakangan ini meraih perhatian masyarakat dunia. Pelbagai perasaan bercampur-baur saat melihat realiti hidup yang dilalui penduduk di bumi Anbiya tersebut ketika ini.

Tak dinafikan bermacam-macam usaha telah dilakukan banyak pihak demi menyalurkan sumbangan berupa perubatan, makanan dan keperluan asas lain namun inisiatif tersebut tergendala disebabkan pintu sempadan Palestin yang disekat sampai sekarang.

Sebagai individu yang pernah berkhidmat secara sukarela di Palestin, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang juga angkasawan negara dan usahawan menerusi media sosial miliknya meluahkan rasa simpati dengan insiden yang menimpa negara itu.

Penglibatannya selaku petugas perubatan ketika mengikuti bantuan kemanusiaan di Palestin sekitar tahun 2010 itu dikongsikan kepada umum.

Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar

“I was at Gaza twice during the war. Working at Al-Shifa Hospital for humanitarian aid seeing with my very own eyes the sufferings.

I remembered performing surgeries in the dark with no electricity. Medicine was never enough, houses in rubbles, Syahid was a norm which I envy.

Ya Rabb, lindungilah mereka. Berikan kekuatan luar biasa. Sebagaimana janjimu. Just a matter of time.”

Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar

Ternyata perkongsian itu mendapat banyak reaksi daripada followers Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang terharu dengan pengorbanan yang dibuat kira-kira 13 tahun lepas.

Daripada gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan keadaan rumah dan bangunan di sana musnah akibat kerakusan rejim laknatullah.

Dalam pada itu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi momen bahagia isteri tercinta iaitu Datin Dr Halina dan anak perempuan mereka bertemu sekumpulan kanak-kanak perempuan Palestin.

Semoga lebih ramai public figure, rakan artis dan influencer menggunakan pengaruh yang mereka miliki untuk menyuarakan sokongan terhadap penduduk di sana.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/ya-allah-i-love-this-man-ucapan-dr-halina-sempena-13-tahun-usia-perkahwinan-cuit-perasaan/

 

IKLAN
Share