
13 tahun yang penuh warna-warni bagi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos sepanjang perkahwinan mereka. Tanggal 10 Oktober 2010 pastinya menjadi detik terindah buat pasangan ini apabila mereka disatukan sebagai suami isteri.
Menyambut ulang tahun perkahwinan baru-baru ini, Datin Dr Halina meluahkan rasa syukur dan terharu atas segala kurniaan Allah SWT.
Bersempena meraikan kasih sayang yang terjalin lebih sedekad, isteri angkasawan pertama negara berkenaan berkongsi video yang memaparkan momen indah dirinya dan suami tercinta di media sosial.



“Blessed 13 years. Alhamdulillah. Emo sedikit hari ni. Sejak kenal sampai sekarang, we have been through a lot, happy, marah, gemuk, kurus, jealous, bad mood tak tentu hala. Asal-asalnya sebab sayang. Walau apa pun perasaan yang ada, I will always remind myself perasaan I yang pertama I rasa bila I tengok my husband. That is sayang.
Ya Rabb, alhamdulillah for this life, this marriage. Ya Allah.. I love this man, Ya Allah. He has been a good husband and father to our family Ya Allah. I pray for his health, wealth and strong iman Ya Rahman, Ya Raheem. I wanna be with him in your Jannah, Ya Allah.”
Tarikh 10 Oktober juga menjadi lakaran sejarah buat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar apabila dia berlepas ke angkasa.



Sebagai isteri dan wanita yang bertahta di hati angkasawan ini, mana mungkin Datin Dr Halina melupakan tarikh tersebut. Malah dia turut menitipkan ucapan bersempena ulang tahun ke-16 Dato’ Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa.
Dalam pada itu, ibu kepada tujuh anak ini turut berseloroh tidak mempunyai banyak koleksi gambar berdua dengan suami sejak kehadiran anak-anak.
“After almost 1 hour of scrolling my photo album, I have come to one conclusion. Lagi ramai anak kita orang, lagi kurang gambar berdua. Must take more photos of us two in the future.”






Psangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta sepasang anak kembar iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia yang lahir pada November 2020.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga selamat menimang cahaya mata ketujuh pada 12 Julai lepas yang diberi nama Sheikh Muhammad.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/anak-sulung-genap-12-tahun-sheikh-muszaphar-imbau-momen-bawa-anak-berenang-umur-4-bulan/
“Palestin Sedang Menang” Dakwah Ebit Lew, Cik Man & Norhafizah Musa Sebar Positive Vibe!

Cara penyampaian dakwah zaman ini semakin dinamik sejak ramai asatizah muda menjadi idola masyarakat. Antaranya Ustaz Ebit Lew, PU Azman dan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Meninjau pandangan tiga penceramah ini tentang isu kemanusiaan di Palestin, masing-masing kelihatan sangat prihatin berbahagi dakwah yang sangat menarik.
Penjelasan mereka juga banyak menjawab tanda tanya masyarakat, sekaligus menyebar positive vibe terhadap krisis yang sedang berlaku di sana.
PU AZMAN

Berusia 40 tahun, nama penceramah bebas Azman Syah Alias atau Cik Man terus berkembang selepas dinobatkan juara program Pencetus Ummah musim kedua.
“Kenapa Allah tak menangkan Palestin?”
Palestin sedang menang. Menang dengan semangat jihad yang tumbuh dari iman.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
Kita lihat mereka berkejaran dalam gempita b0m. Tapi hakikatnya, mereka sedang kejar syahid.
Kalau kita kesian dengan Palestin, kita patut lebih kesian pada diri kita kalau tak sudi berdoa untuk mereka.
Padahal benda itu sangat mudah untuk dilakukan. Kita tak galas tugas seberat Umar al Khattab yang membuka Baitul Maqdis dan tidak seperti Solahuddin al Ayubi yang membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman musuh Islam dan tak sehebat Mujahidin Palestin yang setia berjuang untuk pembebasan Palestin.
Lalu bila kita berdoa, kenapa Palestin masih tidak menang ?
Kerana rintihan kita menjadi pilihan Allah untuk DIA dengari. Boleh saja Allah lenyapkan isu ini 70 tahun yang lalu. Lalu apa yang tinggal untuk kita? Terus santai di zon selesa?
Usaha kita iaitu prihatin, risau, doa dan infaq bukan debu yang dipersiakan. Semua itu menempah ganjaran Allah sebagai umat yang mengambil berat hal saudaranya. Semua itu saham akhirat buat kita.
Kenapa rakyat Palestin mengukir senyum ketika ditangkap musuh?
Kerana kepercayaan mereka yang padu pada ganjaran akhirat.
Mereka yakin janji Allah. Masa depan bukan di dunia persinggahan tapi di syurga abadi.
Cuma persoalannya, kita di mana sekarang ini?
USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA

Kejayaan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, 44 tahun, sering menjadi inspirasi wanita moden. Beliau bukan saja disegani dalam bidang kerjaya, malah dikurniakan nikmat rumah tangga bahagia bersama suami tercinta, Dr Azahar Yaakub serta tujuh anak tersayang.
“Ini Tanggungjawab Bersama”
Melangkah masuk ke Syawal Mubarak, meninggalkan Ramadan madrasah tarbiyah. Kali ini kita dibawa untuk melihat sebuah kehidupan yang benar-benar ‘hidup’ di bumi Palestin, mereka berjuang di jalan-Nya.
Begitu indah mukadimah bicara pasangan Ikon Muslim Care Malaysia, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Dr Azahar Yaakub saat menyeru masyarakat menyertai kempen #Aid4Palestine.
“Wajib untuk kita bersama-sama dalam perjuangan mempertahankan bumi suci itu. Ayuh sahabatku, bergandingan kita membantu apa yang mampu, dengan doa dan sumbangan kewangan kita, insya Allah.
Akan ada sentiasa golongan yang membela agama Allah, meninggikan kalimah Allah.
Mereka tidak gentar dengan cacian manusia atau apa pun, kerana mereka hanya takut kepada Allah.
Hati-hati mereka ini dijaga oleh Allah dengan ketenangan, taufik dan hidayah-Nya. Jangan jauh dari mereka.
Bersamalah dengan mereka semoga kita mendapat bahagian daripada doa-doa mereka.
Bantulah dari kejauhan dengan doa, istiqamah dengan iman dan Islam, dengan bantuan harta kewangan, dengan kesedaran yang digerakkan dan lain-lain lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Ustzh Datuk Dr Norhafizah Musa (@ustazahnorhafizahmusa)
USTAZ EBIT LEW

“Tengok anak tu berlari teringat anak sendiri”
Doakan Palestin. Bila lihat Palestin, rindu pada mak. Mak ajar erti kasih sayang dan cinta.
Menghargai orang lain. Jaga hak orang. Jangan aniaya orang. Sayang semua orang.
Air mata laju mengenangkan nasihatnya. Ya Allah hadiahkan mak keampunan dan syurga Firdaus-Mu.
Menangis dan teramat sedih bila tengok jeritan wanita dan anak kecil. Tak boleh tidur rasa fikir keadaan mereka.
Tengok anak tu berlari teringat anak sendiri. Keluarga berdoa menangis ketakutan bersama menanti saat b0m jatuh atas rumah.
Tidak tahu nak lari kemana lagi. Di kala zaman yang dikatakan hak asasi manusia dan bertoleransi ini, penduduk Palestin berterusan hidup dijajah.
Saudaraku, kita semua sebuah keluarga. Berilah masa berdoa, dan menangis doa untuk memohon bantuan Allah.
Jaga amalan sunnah Nabi SAW. Kita bersatu hati bersama dengan apa segala cara yang kita ada untuk membantu saudara kita.
Semoga Allah terima niat dan usaha kita. Allah maafkan kita kerana kita tidak berbuat apa-apa saat saudara kita kesusahan.
Ya Allah ampunkan dosa kami dan kelalaian kami.
Doakan yer buat Palestin. Doakan Allah jagakan mereka yang berjuang.
Doakan Allah jaga wanita dan anak kecil. Doakan Allah bantu kita.
Pertolongan Allah itu akan hadir bila kita semua bersatu hati dan dekat padanya. Tanpa pertolongannya kita tak mampu buat apa-apa pun.
Dialah Allah yang Maha Kuasa.
Bak Istana, Warga Maya Teruja Tengok Mahligai Didiami MARSHA MILAN Tersergam Mewah!

Marsha Milan, antara bekas peserta program Akademi Fantasia yang suatu ketika dahulu tiada siapa yang meyakini dirinya mampu berjaya seperti kini. Walaupun mengambil sedikit masa untuk popular dan dikenali, Marsha antara penyanyi terbaik Malaysia pernah ada ketika ini.
Hasil kerja keras dia serta pengurusannya, Marsha berjaya menempa nama malah satu kejayaan demi satu kejayaan dirinya bersilih ganti. Marsha pun sememangnya diketahui seorang selebriti yang rajin berusaha mengukuhkan namanya di persada seni.
Selepas berjaya menembusi pertandingan Anugerah Juara Lagu sebanyak dua kali berturut-turut dan merangkul naib juara menerusi lagu Cinta, tuah dan rezeki Marsha dilihat semakin mencurah-curah walaupun sudah berumahtangga, dengan suami Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, anak kepada arwah Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman.
Dan baru-baru ini, warga maya teruja melihat satu video menerusi akaun @izzue3 yang memaparkan suasana kediaman yang didiami Marsha Milan sewaktu meraikan tetamu di majlis rumah terbuka di kediamannya.
@izzue3 MarshaMilan Open House 2023 🖤 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #openhouseraya2023 #aidilfitri2023 ♬ Cinta – Marsha Milan
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan pintu gerbang yang tersergam indah dan terus ke perkarangan ruang tamu bak hotel mewah lima bintang, seterusnya ke ruang makan seluas ‘food court’ atau dapur yang indah menerusi sebuah lif peribadi.
Video tersebut mendapat perhatian ramai di kalangan netizen terutamanya peminat-peminat Marsha. Malah video terbabit sudah menerima tontonan sebanyak 962 ribu dan 50k ribu tanda suka. (ketika artikel ini ditulis)
Media juga sebelum ini melaporkan selepas berumah tangga, Marsha mengakui lebih selesa tinggal bersama keluarga mentuanya berbanding duduk berasingan.
Malah di hantaran berkenaan, ramai warga maya yang teruja melihat keindahan mahligai yang didiami Marsha malah ramai mengagumi kerendahan dan keramahan hati Marsha sibuk melayan tetamu di kediamannya, sambil menghidangkan mee kari buat tetamu yang hadir.
Malah ada yang mendoakan suatu hari nanti Marsha dan suami akan dikurniakan zuriat pula suatu hari nanti. Insya allah, semoga ada rezeki untuk pasangan ini menimang cahaya mata tidak lama lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Bekas Pramugari & Bergelar Mualaf, SUFYA Dedah Kenangan Pahit Manis Kerja Di Awan Biru!

Patutlah sering jadi buruan syarikat iklan, memang cantik dan ayu sangat orangnya! Walau bukan berbangsa Melayu tetapi Sufya Subashni Nair Balen cukup fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan. Malah, dia juga memiliki nilai ketimuran yang tinggi. Seorang wanita yang sopan dan lemah-lembut dalam berbicara.
Mengenali personaliti cantik ini, Sufya yang lebih mesra disapa sebagai Su seorang yang tenang dalam menempuhi liku hidup. Setenang raut wajahnya. Bahkan sepanjang pernah bekerjasama, Su sangat menyenangkan. Barangkali kerana wanita ini sudah terbiasa dengan budaya kerja yang memerlukannya bertindak tenang ketika bertugas sebagai krew kabin penerbangan.
Mengulas kerjaya di awan biru yang diceburi sejak hampir dua dekad lalu, Su menjelaskan menjadi pramugari adalah cita-citanya dari kecil. “Menjadi pramugari adalah childhood dream saya. Selepas tamat persekolahan Tingkatan 5 memang saya teringin sangat hendak memohon pekerjaan ini. Tapi kerana parents mahu saya sambung belajar dulu, saya terpaksa akur dan melupakan hasrat tersebut seketika.
Saya ambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di Malaysia Institute of Integrative Media, MIIM yang dikenali sebagai Akademi TV3 dalam jurusan Diploma Kewartawanan. Pada tahun akhir pengajian sekitar 2002, saya nekad menghadiri temu duga pramugari MAS di sebuah hotel di Melaka. Ketika itu saya baru berusia 22 tahun dan alhamdulillah, saya lulus semua peringkat ujian sekaligus terpilih mengikuti latihan di Akademi MAS selama 4 bulan di Kelana Jaya.
Saya bekerja sebagai pramugari bermula dari April 2003 sampai Mei 2020. Selama 12 tahun saya bertugas sebagai pramugari di Malaysia Airlines System dan kemudian di Suasa Airlines untuk setahun. Seterusnya kembali ke Malaysia Airlines Berhad dari tahun 2018 hingga tahun lepas.
Menariknya kerjaya sebagai pramugari, kami menerima latihan penuh yang sungguh membanggakan. Kami dilatih menjadi doktor, bomba, polis selain mengenali food and beverages. Kami juga penyelamat dalam segala situasi yang berlaku dalam ‘burung besi’ itu.
Bercerita tentang kenangan yang tak dapat dilupakan ketika bertugas sebagai pramugari adalah apabila kami yang tak pernah kenal di antara satu sama lain dapat bertoleransi dan jadi satu keluarga kecil apabila ‘terbang’ bersama. Sebab kami semua berada dalam ‘burung besi’ yang terputus tali dari keluarga tercinta dan dunia luar. We only have each other.
Dalam erti kata lain, tugas menjaga penumpang adalah keutamaan kami di dalam setiap penerbangan dan mereka ibarat keluarga kami sendiri. Saya seronok dan bersyukur kerana dapat menimba pelbagai pengalaman sebab bukan semua orang dapat merasai pengalaman sebegini. Walau sedih berjauhan dari keluarga ketika bertugas tapi pengalaman kerjaya ini turut tersimpan bermacam-macam keindahan.”
Tambahnya lagi, “Being a crew memang banyak dugaan lebih-lebih lagi being away from family. Kalau ada kecemasan melibatkan ahli keluarga kebiasannya saya jarang dapat melawat atau teman mereka. Pernah suatu masa dulu, waktu saya mengikuti penerbangan ke Stockholm, New York selama hampir 2 minggu. In the midst of the trip saya dapat SMS daripada keluarga yang abang saya mengalami kemalangan teruk. I was so sad and lost.
Tak tentu arah dibuatnya sebab kapal terbang ke KL lagi 3 hari. Ikutkan hati memang mahu saja terbang balik ke rumah, tapi sebab tanggungjawab kerja terpaksa juga cekalkan diri. Mahu atau tidak, hanya rakan setugas jadi tempat saya mengadu. Dan mereka jugalah yang banyak memberi semangat.
Bila sudah berkahwin dan ada anak, situasi sama juga yang harus saya lalui. Sebagai ibu, saya sepatutnya yang jaga anak apabila mereka demam tapi terpaksa pergi kerja pula. Hendak tahu perkembangan anak pun kena tunggu sampai mendarat baru boleh telefon. Luaran memang nampak macam tak ada apa-apa dan tenang saja layan dan jaga keselamatan penumpang tapi dalam hati hanya Tuhan tahu,” bicaranya penuh semangat.
Rentetan keadaan pandemik Covid-19 yang menjejaskan industri penerbangan, Su terpaksa akur menamatkan perkhidmatan sebagai pramugari di Malaysia Airlines Berhad pada Mei tahun lepas. Enggan sekadar duduk di rumah dan mahu mencari pendapatan sendiri, Su kembali mencari peluang pekerjaan baharu dan kini dia merupakan eksekutif di sebuah syarikat farmaseutikal.
Dalam masa sama, dia turut aktif sebagai model sambilan untuk iklan komersial. Memang selalu nampak wajah cantik Su di kaca televisyen mahupun iklan di media cetak. Tidak cukup dengan itu, Su turut mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual aneka jenis dessert seperti cream puff, almond chocolate dan sambal hitam.
Berkongsi sisi peribadi dan salasilah diri, ibu dua anak ini tanpa berselindung mengakui mewarisi darah kacukan dari kedua-dua belah ibu bapa tersayang. “Iya, saya mempunyai darah campuran India (Malayam) dari bapa. Ibu saya pula berketurunan Cina (Hokkien) dari Melaka. Kerjaya sebagai model pula, saya sudah lama berjinak dalam dunia pengiklanan.
Bermula dari zaman kolej pada usia 18 tahun sehinggalah sekarang dah beranak dua. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dengan mengurniakan sepasang anak yang sangat menjadi kebanggaan keluarga. Anak saya ini boleh dikatakan anak ‘Satu Malaysia’ sebab mereka bukan je ada darah keturunan India, malah mewarisi keturunan Cina dan Melayu.”
Bercerita tentang rejim kecantikan jelitawan ini, tidak dinafikan Su kekal kelihatan awet muda. Kalau tengok susuk tubuh dan raut wajahnya, macam tak makan dek usia. Walhal, tahun ini dia meniti usia 40 tahun. Tersenyum manis saat kecantikan dirinya menjadi bualan, isteri kepada Shan Irwan Sallehudin ini mengakui dia tidak terlalu obses menjaga penampilan sebaliknya hanya mengamalkan rutin normal seperti wanita lain.
“Menjaga kesihatan diri adalah penting bagi saya kerana bila kesihatan terjaga barulah saya boleh menjaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Penjagaan yang saya amalkan sebenarnya biasa saja. Seperti tidak ambil minuman sejuk dan berkarbonat.
Selain menjaga diet seimbang, saya juga sangat mengutamakan penjagaan diri selepas bersalin. Memang saya ikut amalan orang dulu-dulu yang berpantang selama 100 hari dan banyakkan minum air suam.
Soal kecantikan, saya amat bersyukur dengan pinjaman yang Allah berikan. Menyentuh penjagaan dan rutin harian, saya cuma akan pastikan membersih muka dengan air sekurang-kurangnya setiap kali mengambil wuduk. Penjagaan kulit muka biasa saja, pakai pelembap, sunblock dan krim malam. Itu sahaja.”
Mula memeluk Islam ketika berusia 20an, Su mengakui tertarik mendalami agama suci ini sebelum dia mendirikan rumah tangga. Apatah lagi, sejak remaja lagi dia bergaul rapat dengan kawan-kawan Melayu di sekelilingnya. Petunjuk Allah SWT datang tanpa diduga.
Membesar dengan persekitaran dan bergaul rapat dengan masyarakat Melayu telah banyak mempengaruhi cara hidup Sufya. Sejak zaman persekolahan sehinggalah bekerja, kehidupannya dikelilingi dengan budaya Melayu dan ajaran Islam. Tanpa berselindung, wanita ini mengakui dia cukup terkesan melihat keindahan Islam.
“Tanggal 17 Jun 2005 sambil ditemani suami yang ketika itu kenalan rapat, dia bersama ibu bapa serta bapa saudaranya telah membawa saya ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Kuala Lumpur untuk mengucap dua kalimah syahadah. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak kerana memeluk Islam adalah pilihan saya sendiri.
Memang dari kecil ketika saya tinggal bersama datuk dan nenek di Negeri Sembilan, saya sudah biasa hidup dalam kejiranan yang majoritinya berbangsa Melayu. Bahkan ketika masih di bangku sekolah rendah, saya turut mengikuti subjek Pendidikan Islam.
Pendek kata, cara hidup saya sama seperti orang Melayu bezanya cuma kami berlainan agama. Keputusan untuk memeluk Islam dibuat tanpa pengetahuan keluarga. Pada mulanya, mereka agak keberatan untuk terima hakikat. Tetapi lama-kelamaan, mereka sedar dan menerima saya seadanya,” jelas model iklan komersial yang pernah menghiasi kempen produk Nestle, Fair & Lovely, MAS dan McDonalds ini.
Dua tahun bergelar mualaf dan mendalami Islam, Sufya akhirnya dilamar Shan Irwan. Perkenalan bersama jejaka Melayu yang dikenalinya sejak menuntut bersama pada tahun 2000 membawa ke jenjang pelamin.
“Saya kenal dengan suami ketika masih muda lagi. Waktu tu tahun 2000 dan saya baru berumur 19 tahun. Kami sama-sama belajar di Kolej ATV3 dan dia adalah cinta pertama saya. 7 tahun mengenali hati budi masing-masing, kami sepakat mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 semasa berusia 28 tahun. Alhamdulillah masuk 14 tahun kami berkahwin dan masih lagi dalam alam percintaan. InshaAllah more years to come. Aamiin.”
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata comel iaitu Shaisha Irna Shan Irwan yang kini berusia 12 tahun dan Shahir Issa Shan Irwan, 7 tahun.
Kredit foto: Instagram Sufya Subashni