Apabila seseorang itu bergelar public figure pastinya setiap perkara yang dilakukan akan menjadi perhatian ramai. Tak kiralah dari segi perbuatan, percakapan mahupun penampilan.
Kalau ada yang tak kena sedikit, terus akan menjadi isu serta perbualan hangat. Apatah lagi sekarang ini zaman media sosial, lagi pantaslah sesuatu isu itu menjadi tular.
Penyanyi, pengacara dan pelakon berbakat besar yang kian dikenali, Sissy Imann, 28, tak terkecuali. Ketika di awal pembabitannya dalam dunia hiburan, Sissy sering dikritik dari segi penampilan. Apa saja yang dipakai pasti ada yang kecam.
Beberapa tahun lalu, Sissy pernah dikritik hebat berhubung penampilannya ketika mengacarakan Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33).
Gaun yang digayakan Sissy ketika itu dikatakan tidak menarik untuk malam berprestij itu. Gaun tersebut merupakan hasil rekaan bapanya sendiri, Mohammad Kamil Mustaffa.
Belajar dari pengalaman, akhirnya Sissy berjaya mentransformasi imejnya menjadi lebih ‘wow’!
Sewaktu menggalas tanggungjawab sebagai hos Red Lounge Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), buat pertama kalinya Sissy mendapat tajaan pakaian daripada pihak penganjur.
Kini Sissy tampil lebih yakin, segar dan chic sesuai dengan usianya.
Jom semak beberapa gaya terkini Sissy Iman yang menyerlahkan kecantikannya yang sebenar!
Kredit Foto: Instagram Sissy Iman
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona