Tingginya dia! Temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 nyata melonjakkan nama dan popularity atlet bola tampar Turkiye, Zehra Gunes. Mana tidaknya, bukan sekadar dikurniakan rupa paras cantik persis seorang ratu bahkan aura atlet ini juga cukup mempersona.
Sewaktu berlangsungnya sukan terbesar dunia berkenaan, Zehra Gunes menjadi tumpuan peminat sukan dan hangat diperkatakan ramai. Berusia 23 tahun, dia dilahirkan di Kartal, Istanbul pada 7 Julai 1999 dan merupakan atlet wanita Turkiye dalam sukan bola tampar.
Mana tidaknya, dengan ketinggian 197 sentimeter dan wajah jelita yang tak jemu mata memandang membuatkan Gunes meraih perhatian luar biasa. Lebih-lebih lagi sejak pasukan bola tampar wanita Turkiye menang menentang pasukan China dalam Olimpik Tokyo 2020.
Sekaligus ramai peminat sukan bola tampar mahu mengenali ahli pasukan bola tampar wanita Turkiye ini.
Ads
Gunes yang sentiasa kelihatan ceria, komited dan mudah tersenyum menyandang posisi pemain tengah pasukan atau dikenali sebagai middle blocker. Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, Gunes mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
Pada awal pembabitannya sebagai atlet, Gunes pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017, mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.
Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Gunes menikmati kejuaraan seawal usia 18 tahun. Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Blocker pada 2019 FIVB Club World Championship.
Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula Gunes pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.
Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turkiye dan diserap masuk pada Mac 2018. Di samping berjaya mendapat tempat dalam pasukan bola tampar wanita kebangsaan, Gunes dan pasukannya memenangi pingat perak di 2018 FIVB League of Nations dan 2018 Women’s European Championship.
Difahamkan pasukan bola tampar wanita Turkiye menjadi pasukan pertama yang layak masuk Olimpik Tokyo 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang sudah menerima wang RM10 ribu pengeluaran daripada KWSP. Dengar cerita ramai yang bersesak beli emas agar duit KWSP itu ‘nampak’ dan tak habis begitu sahaja.
Pelaburan emas sememangnya bagus dan tidakan yang bijak. Namun, bila bersesak beli emas perlu lebih berhati-hati memilih agar tidak menyesal kemudian hari.
Gelang emas merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberi penampilan yang lebih menawan buat wanita. Terdapat banyak jenis atau model unik dan menarik yang boleh dijadikan pilihan hati.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @rozitachewan1
Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personaliti. Berikut merupakan tip untuk memilih gelang yang tepat dan sempurna!
UKURAN TANGAN
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah memperhatikan ukuran tangan terlebih dahulu. Pilihlah gelang yang sesuai dengan bentuk pergelangan tangan. Cuba gelang pilihan agar nampak sesuai dan padan dengan bentuk tangan dan personaliti. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat buat tangan.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @memeysuhaiza
GAYA HIDUP
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup. Contohnya, jika aktiviti harian lebih santai dan menenangkan, boleh menggayakan gelang yang diberi sentuhan feminin seperti gelang yang diperbuat daripada manik ataupun mutiara. Sekiranya aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal mahupun kulit cukup sempurna buat anda.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @habibjewelsofficial
MATERIAL PILIHAN
Gelang boleh didapati dalam pelbagai jenis bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut citarasa anda samada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan lain-lain lagi. Jika anda sukakan gaya mewah, anda boleh memilih gelang yang diperbuat daripada emas dan perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @habibjewelsofficial
HARGA
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan memilih gelang yang mempunyai kualiti yang tinggi agar mendapat kepuasan saat memakainya. Selain itu, pilih harga gelang mengikut kemampuan anda. Jangan membeli gelang keranai trend semata-mata. Apa yang lebih utama ialah ia tampak sesuai dan sempurnadi pergelangan tangan anda.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @puterisarahliyana
Tip simpan barangan kemas
GEL SILIKA – Kelau membeli kasut atau beg, periksa dalam kotak kasut dan dalam beg pasti ada gel silika yang digunakan untuk menyerap kelembapan supaya tidak mudah berkulat. Ambil gel silika itu dan letak di tempat penyimpanan aksesori.
Aktres Indonesia terkenal, Prisia Nasution antara yang memiliki kecantikan asli. Biarpun tanpa secalit solekan di wajah, kecantikan Prisia sentiasa menjadi bualan. Beruntungnya Prisia adalah kerana dia memiliki kulit yang sihat.
Aktres terkenal Indonesia, Prisia Nasution.
Selain aktif dalam bidang seni dan peragaan, Prisia juga seorang yang menggemari aktiviti sukan kerana ia membantu dirinya untuk kekal sihat dan cergas. Secara tidak langsung membantu menjaga kesihatan kulitnya di samping mengamalkan rutin penjagaan harian.
Menurut isteri kepada aktor Malaysia, Iedil Putra yang berusia 37 tahun ini, dia akan bersukan dua kali dalam seminggu. Ini kerana Prisia seorang yang suka bergerak.
Prisia bersama suami yang juga aktor Malaysia, Iedil Putra.
Selain bersukan, Prisia juga sangat menitikberatkan soal kecantikan luar dan dalam. Begitu juga dengan kulitnya yang perlu diberi perhatian memandangkan dia sering berpeluh kerana aktif bersukan.
Maka, dia tidak pernah meninggalkan rutin pemakaian serum dan pelembap. Baginya, dua item tersebut ‘wajib’ dipakai setiap hari. Di samping itu, pemakaian sunblock juga menjadi keutamaan Prisia setiap kali sebelum keluar rumah.
Memiliki kulit yang sihat dan mulus tidak semestinya bebas daripada masalah contohnya jerawat. Begitu juga Prisia yang juga merupakan atlet pencak silat yang pernah mengalami masalah kulit suatu ketika dahulu.
Ia berlaku disebabkan dia mengambil mudah rutin penjagaan kulit terutama sebelum keluar rumah. Sebelum ini dia tidak mementingkan penggunaan sunblock maka berlakunya breakout pada kulit.
Bermula saat itu, Prisia mula sedar betapa pentingnya sunblock dan juga serum serta pelembap digunakan khususnya sebelum keluar rumah dan sebelum tidur.
Sekadar infiormasi, Prisia berkahwin dengan aktor Malaysia, Iedil Putra pada 1 Jun 2016. Pasangan ini berkenalan ketika mereka sama-sama berlakon di dalam filem ‘The Interchange’.
Kredit Foto: Instagram Prisia Nasution & Iedil Dzuhrie Alaudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan bra umpama ‘sahabat baik’ yang tidak dapat dipisahkan. Pakaian dalam wanita ini sebenarnya membantu membentuk payudara. Namun kebanyakan kaum Hawa seringkali salah memilih ukuran bra sehingga boleh mengancam kesihatan.
Murah atau mahal bukanlah persoalan. Apa yang penting keselesaan dan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap aset berharga ini. Menurut pakar kesihatan, seorang wanita tidak seharusnya memakai bra dalam tempoh yang agak lama.
TAHU WAKTU TIDAK PERLU MEMAKAI BRA
Anda perlu tahu waktu yang sesuai untuk tidak memakai bra ialah pada waktu tidur. Namun, ada juga wanita yang tidak memakai bra sehingga beberapa jam sebelum atau selepas tidur. Ini adalah baik untuk aliran di bahagian payudara.
GUNAKAN PAKAIAN YANG BETUL
Pakaian yang disarankan ketika anda tidak memakai bra adalah pakaian yang longgar dengan warna yang gelap dan tebal. Elakkan menggunakan pakaian berwarna putih kerana ia boleh menyerlahkan bentuk payudara anda.
URUTAN
Ini perlu untuk anda menjaga aliran darah agar berjalan dengan lancar. Urutan ini juga penting untuk anda yang sering menggunakan bra atau pakaian yang ketat.
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ketika tidak memakai bra. Keadaan ini membantu anda untuk mengesan benjolan di bahagian payudara. Jangan takut untuk melakukannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawatnya.
DUDUK TEGAK
Ketika anda tidak memakai bra pastikan anda berada dalam postur duduk dan berdiri yang biasa anda lakukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!