Sejak penularan Covid-19 melanda negara, rakyat jarang dapat mengikuti perkembangan terkini Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Namun menerusi laman media sosial rasmi Selangor Royal Official, ada perkongsian dan aktiviti terbaharu baginda yang dimuatnaik. Sekaligus mengubat kerinduan rakyat untuk melihat Tengku Permaisuri Norashikin yang terkenal dengan keanggunan dan rupa paras menawan Baginda.
Berlangsung pada 21 September lepas, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menerima menghadap penulis buku “Malaysia’s Culinary Heritage : The Best of Authentic Traditional Recipes”, Yang Bahagia Datin Kalsom Taib dan Yang Bahagia Datin Hamidah Abdul Hamid di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Buku yang memuatkan kompilasi 230 jenis resipi yang menampilkan kepelbagaian makanan rakyat Malaysia disembahkan kepada DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.
Lebih unik, buku ini turut mengandungi resipi-resipi tradisional Malaysia yang telah digazetkan oleh Jabatan Warisan Negara dan bakal diiktiraf oleh UNESCO. Turut hadir, YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan.
Dalam pertemuan tersebut, penampilan Tengku Permaisuri Selangor sekali lagi mencuri tumpuan. Persalinan kurung moden bermotifkan bunga-bunga kecil dalam rona kuning lembut dan hitam kelihatan cukup indah selain menyerlahkan sisi penuh kelembutan baginda. Meskipun hanya menggayakan anting-anting mutiara namun pesona Baginda Tengku Permaisuri Norashikin tetap memukau pandangan.
Ads
Pada keesokkan harinya pula iaitu 22 September, Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Gelaran Tengku Panglima Raja Selangor kepada adinda Baginda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Gelaran tersebut berkuatkuasa 12 Ogos 2020.
Pada hari sama juga DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan menyerahkan watikah pelantikan kepada empat orang Hakim Syarie sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Ads
Pada istiadat dilaksanakan dalam norma baharu ini juga, sembilan orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah turut menerima watikah pelantikan. Lantikan dibuat untuk dua pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, seorang Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, tiga Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, sementara dua individu dilantik sebagai Wali Raja.
Ads
Turut berangkat, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Hadir sama, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.
Selesai istiadat, DYMM Tuanku berkenan melancarkan Pelan Strategik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 2020-2024. Menerusi pelan yang diinspirasikan oleh Baginda ini, pelbagai strategi dan pelan tindakan telah dirangka bagi tujuan mendaulatkan syiar Islam dalam memperkasakan ummah di Negeri Selangor.
Kredit: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, pelakon Afifah Nasir nampaknya bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir menjadi perhatian warga maya baru-baru ini selepas berkongsi momen dilamar kekasih hati yang dikenali sebagai Syed Hariz.
Adik kepada Anzalna Nasir ini turut menerima sebentuk cincin berlian jenama mewah, Tiffany & Co. Mewah betul cincin yang tersarung di jari manis Afifah!
Tidak lama selepas berita dilamar kekasih bertebaran di media sosial, selebriti berusia 31 tahun ini kemudian dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan Syed Hariz pada 24 Februari bersamaan malam Nifsu Syaaban.
Pada majlis berkenaan, Afifah anggun mengenakan persalinan putih gading. Sedondon dengan tunang tersayang.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, wanita bijak ini menzahirkan rasa gembira selepas perhubungannya dengan jejaka pilihan mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Malah akuinya, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan majlis pertunangan dalam masa yang singkat namun bersyukur kerana segala urusan berjalan lancar.
“Our engagement happened on the beautiful night of Nisfu Syaaban. We didn’t plan it at all because this engagement was not part of the plan. It was a random planning but alhamdulillah it went well. Thank you to my fiance for making everything memorable for me.
You and I both had a very busy february especially you! Juggling with peak time at work, my birthday, proposal & engagement. So much time, money and effort being put into making me happy and alhamdulillah Allah permudahkan segalanya for us.
At times I do take a step back and humble myself down because until this very day I am grateful for your existence and the things Allah has blessed me with. Syukur alhamdulillah. To forevermore, my love, insyaAllah.”
Dalam salah satu posting Afifah, kelihatan dia turut menerima seutas jam tangan berjenama mewah Rolex! Untung empunya badan.
Semalam berlangsungnya majlis anugerah gilang gemilang, Anugerah Industri Muzik (AIM-23) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Acara ini yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin, ternyata cukup meriah dengan kehadiran ramai selebriti terkemuka.
Selain dari pemenang yang diraikan, penampilan para artis yang hadir memeriahkan acara turut mencuri perhatian, dan antara yang paling ‘stand-out’ di mata kami, tidak lain tidak bukan Aina Abdul. Yang pasti semua mata tertarik dengan penampilan Aina ketika membuat persembahan pembukaan di anugerah tersebut. Aina tampil membuat persembahan bersama-sama dengan dua lagi penyanyi hebat – Nikki Palikat dan Marsha.
Kelihatan Aina Abdul menggayakan persalinan berona putih dengan perincian hiasan jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Ramai yang mengagumi penampilan Aina persis bidadari kayangan yang turun ke muka bumi.
“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina,” jelas Aina dalam satu hantaran di Instagramnya.
Rata-rata ramai yang memuji gaya yang dipilih Aina ketika malam AIM tersebut. “Kemas dan elegan” sebut salah seorang peminat beliau. “Inilah gaya Aina Abdul yang kami mahukan”, “macam bidadari” dan “this is unreal”, adalah antara komen dan pujian yang ditinggalkan.
Kredit Foto: Instagram (@ainaabdul)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Ramping Di Usia 44 Tahun! Ini ‘Rahsia’ Zizie
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Rajin WORKOUT Dan Senaman Adalah Kuncinya!
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!