Di sebalik kejayaan yang dikecapi, siapa sangka beliau pernah jalani IVF sebagai ikhtiar hamil dan rajin bersedekah, malah sifat dermawan itulah asbab impian Nur Liyana bina empayar LEEYANARAHMAN tercapai!
Orangnya kecil molek dan mudah tersenyum. Berusia 30-an, anak Terengganu dan ibu dua anak ini sering menjadi tumpuan usahawan khususnya dalam bidang fesyen Muslimah.
Direzekikan sedang hamil anak ketiga ketika ini, isteri kepada Muhamad Hafiz Abdul Hamid tersebut tidak berselindung kisah mereka menjalani prosedur IVF selepas lima tahun menanti zuriat.
“Dalam pada duk kuat bergaduh tu boleh termengandung pulak tiba tiba aih. Tak tau nak sedih ke nak happy ke nak apa. Dulu sampai jalani IVF sebab 5 tahun menanti zuriat.
Sekarang ni anak tak sampai 2 tahun tup tup mengandung lagi. Apa-apa pun Allah Yang Maha Berkuasa atas setiap rezeki kita. Doakan I kuat hadap alahan untuk beberapa bulan ni,” tenang Nur Liyana berkongsi kisah IVF beliau ketika sibuk membangunkan LEEYANARAHMAN.
Selain memiliki kemewahan pada usia muda, wanita dermawan yang mesra disapa Yana itu juga kerap menyampaikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Antara yang terbaru, sejumlah dana sekitar RM128,000 melalui Yayasan Nurjiwa buat saudara seislam di bumi Aqsa.
“Sumbangan ni bukanlah dari saya semata tapi sumbangan dari semua yang menyokong produk LEEYANARAHMAN. Walaupun pahala ni benda yang kita tidak nampak, tapi itulah duit kita di akhirat. Semoga sekecil-kecil usaha kita semua ni dipandang Allah dan jadi asbab untuk kita ke syurga.”
Ads
INSPIRASI
Sama cantik, sama padan. Kagum dengan karakter pasangan serasi pengasas LEEYANARAHMAN, Nur Liyana Abdul Rahman dan Muhamad Hafiz Abdul Hamid mengatur strategi bisnes serta rumah tangga.
Memiliki sebuah empayar perniagaan pada usia yang masih muda bukan menjadi satu halangan kepada mereka berdua untuk terus menempa kejayaan. Kerana terlalu fokus mengejar impian untuk membina empayar LEEYANARAHMAN, saat itu jugalah mereka berikhtiar menjalani prosedur IVF selepas beberapa tahun menanti tangisan cahaya mata sendiri.
Inspirasi kerja keras Nur Liyana yang merupakan ibu kepada si comel Tyara Luthfia, 5 tahun dan Hanna Qhalisya, 2 tahun ketika membina empayar LEEYANARAHMAN cetus inspirasi.
“Kami memulakan perniagaan ini pada tahun 2012 yang mana ketika itu kami sama-sama menuntut di UiTM dalam peringkat ijazah sarjana muda bidang kewangan. Ketika itu kami baru sahaja bercinta dan belum bergelar suami isteri.
Permulaannya apabila Liyana sendiri mereka busana hari rayanya dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial, siapa sangka ramai yang bertanya dari mana Liyana membeli baju tersebut.
Dari situlah terdetik untuk mengeluarkan modal bagi menghasilkan busana untuk dijual. Kalau nak tahu modal yang kami keluarkan hanya sebanyak RM1,500 dan berjaya menghasilkan 14 helai busana.
Alhamdulillah semuanya laris dijual dalam masa sejam sahaja, dari keuntungan ini kami menggandakan jumlah busana yang dihasilkan sedikit demi sedikit, dari 14 menjadi 28 dan kemudian 36 sehinggalah kami mampu menjual dalam skala yang besar.
Selepas itu kami menghentikan rekaan ini dan bermula lebih serius dalam menghasilkan rekaan busana yang lain.
Kalau nak tahu duit sebanyak RM1,500 yang kami gunakan sebagai modal tadi adalah duit pinjaman pelajaran PTPTN yang kami terima sebenarnya, jadi saya menyumbang sebanyak RM900 dan Liyana pula sebanyak RM600.
Alhamdulillah dari hanya wang sebanyak itu kini jenama LEEYANARAHMAN sudah memiliki bangunan sendiri. Berkat kegigihan, kami berjaya membuka butik pertama di Bangi, Selangor.”
Ads
REALISTIK
Selepas sedekad berumah tangga, pasangan ini kian matang mengatur strategi bisnes yang dibangunkan bersama.
“Dalam berniaga kita harus bersikap profesional dan realistik, paling penting kalau terlibat di dalam satu projek misalnya, pastikan semuanya perlu ada hitam dan putih agar tidak ditipu.
Bagi saya perkara ini adalah satu tindakan utama yang harus dilakukan bagi menjamin kelancaran sesebuah perniagaan, lagipun ia amat penting untuk melindungi diri kita daripada kerugian.”
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor ini sebenarnya bukan asing lagi di kalangan penggemar fesyen Muslimah. Selepas kejayaan koleksi GEMERSIK RAYA, kini Nur Liyana fokus terhadap jualan tudung bawalnya.
“Sebelum tudung kami terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah. Jualan tudung kami mula sejak Oktober 2022 dan hingga sekarang sudah 700,000 helai tudung terjual.”
Hampir 12 tahun bina empayar LEEYANARAHMAN, bisnes mereka turut berkembang menghasilkan pelbagai produk lain. Antaranya busana lelaki dan produk kosmetik. Moga segala perancangan Liyana dan Hafiz dipermudahkan serta mampu menyuntik inspirasi kepada golongan muda untuk melakar kejayaan sama kelak.
Datuk Aaron Aziz dan Datin Diyana Halik antara pasangan selebriti tanah air yang tidak pernah terlepas daripada perhatian peminat industri seni. Bukan hanya kerana bakat yang dimiliki aktor tersebut, bahkan keserasian suami isteri ini melayari bahtera perkahwinan tanpa kontroversi membuatkan mereka dilihat sebagai pasangan romantis dan sepadan.
Awal Ogos lalu genap 22 tahun Datuk Aaron dan Datin Diyana bergelar suami isteri. Satu tempoh yang cukup panjang dan pastinya pelbagai kisah suka duka dilalui mereka namun semuanya tersimpan kemas dalam diri pasangan ini tanpa perlu menjaja kisah peribadi.
Bersempena ulang tahun perkahwinan tersebut, Datin Diyana Halik yang merupakan usahawan tudung dan produk muslimah tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta.
“MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulilah. Dear Dar, this world will fade. The stars will one day fall. But our love and marriage that we built on prayers, mistakes, stumbles, patience, and purpose is our journey and test to Jannah.
I pray and hope that God will grant us mercy and reunite us in Jannah, and I pray and hope that we will appreciate each other more, make full use of whatever time that we have. Time that was never guaranteed, time that was never promised.
May Allah SWT make me comfort to your eyes and warm for your heart and may you say you are happy and pleased with me when the time arises, for my Jannah.
Alhamdulilah for the 22 years, my amanah and my blessing. Alhamdulilah terima kasih for all your love and sacrifices that I can never repay and may those ihsan be the ticket to your Jannah. Ameen. Love you, Aaron Aziz.”
Dalam temu bual bersama Nona satu ketika dulu, Datin Diyana mendedahkan sebelum mengenali dan berkahwin dengan pelakon filem KL Gangster itu, dia pernah ditugaskan menjaga bahagian mekap dan pakaian para pelakon ketika bertugas dengan sebuah syarikat produksi.
Kini, selain mengendalikan empayar perniagaan sendiri dia juga merupakan pengurus peribadi Datuk Aaron.
Datin Diyana Halik Urus Karier Suami
“Saya menguruskan karier Aaron sudah lebih 16 tahun semenjak berkahwin dengan beliau. Sebelum kahwin, saya bekerja dalam industri yang sama iaitu sebagai asistant producer. Dalam masa sama saya juga pernah buat mekap dan jaga bahagian wardrobe.
Pekerjaan saya ketika itu lebih kepada kerja di sebalik tabir. Dari situ jugalah saya bertemu Aaron. Selepas dua tahun mengenali satu sama lain, kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan sejak itu saya menjadi pengurus sepenuh masanya hingga ke hari ini.”
Suri hati Datuk Aaron ini kemudian berkecimpung dalam dunia perniagaan pada tahun 2014. Tahun ini masuk tahun ke-11, label Diyana Halik kekal bertahan di pasaran. Tidak hanya di pasaran Malaysia tetapi juga di negara kelahirannya iaitu Singapura.
Bermula dengan menjual pelbagai jenis tudung seperti selendang, square dan instant, kini Diyana Halik mempunyai rangkaian busana seperti Baju Kebarung, dress, Abaya dan kaftan.
Terbaharu, Datin Diyana dan Datuk Aaron ‘terbang’ ke Chicago untuk menemani anak lelaki mereka iaitu Danish Anaqi menyambung pengajian di sana. Untung Danish, ada ibu bapa yang penyayang dan prihatin membantu keperluan anak agar selesa belajar di negara asing.
Datin Diyana Halik mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Aaron Mustapha Aziz pada 3 Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Kalau berjalan jauh di negara orang, sesuai pakai kasut macam ini. Baru selesa hendak bergerak. Klik sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu wanita contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para wanita yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
Sinetron negara jiran berjudul ‘Mutiara Hati’ pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2005, watak bu Arini yang dilakonkan oleh aktres jelita tanah seberang Inneke Koesherawati memberikan kesan mendalam kepada rakyat di negara ini.
Inneke Koesherawati antara penyeri dalam drama berepisod tersebut. Watak dan jalan ceritanya cukup memberi kesan serta pengajaran.
Siapa sangka Inneke yang terkenal sebagai pelakon filem panas Indonesia sekitar tahun 1990-an, akhirnya mendapat hidayah dan memutuskan untuk berhijab pada tahun 2001 dan kekal istiqamah sehingga kini.
Pada tahun 2013, Inneke menyatakan hasrat mengundurkan diri industri seni kerana ingin fokus menguruskan suami, anak-anak dan keluarganya. Bagaimanapun, Inneke masih mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara dan juga model busana muslimah.
Biarpun kini jarang muncul di televisyen namun Inneke Koesherawati masih aktif dalam dunia peragaan dan iklan.
Aura kecantikan wanita tinggi lampai ini masih terserlah biarpun usianya kini sudah mencecah 48 tahun.
AWET MUDA
Pada usia 48 tahun, Inneke Koesherawati kelihatan awet muda. Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini masih bergiat aktif sebagai model dalam pertunjukan fesyen muslimah di negaranya.
Selain itu, Inneke Koesherawati tetap aktif berkumpul dengan rakan-rakan selebriti meski wajahnya sudah jarang menghiasi layar televisyen.
FASHIONISTA!
Jika berada di luar negara, Inneke Koesherawati kelihatan bergaya dengan tudung labuh yang digabungkan dengan outer wear dan seluar hitam longgar.
MANIS BERHIJAB Biarpun sering bertudung labuh yang digabungkan bersama jubah berwarna krim, Inneke Koesherawati tetap kelihatan menawan.
Setiap kali memuat naik hantaran di Instagram, Inneke Koesherawati sering menutup ruangan komen.
Untuk rekod, pada tahun 2004 Inneke Koesherawati mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berstatus duda bernama Fahmi Darmawansyah.
Mereka melangsungkan pernikahan di Menara Saidah yang merupakan aset keluarga Fahmi Darmawansyah. Ternyata, suami Inneke Koesherawati berasal dari keluarga yang berada dan terkenal.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.