Rezeki datang dalam pelbagai cara dan ini 11 rahsia jemput rezeki yang boleh kita amalkan. Namun, sebagai mana yang diketahui rezeki sama seperti jodoh dan ajal yang telah ditetapkan sejak azali.

IKLAN

Walaupun begitu, sebagai manusia biasa kita tidak boleh duduk sahaja dan menanti rezeki datang bergolek. Kita perlu berusaha dan mencapai apa yang diinginkan. Sebenarnya rezeki bukan hanya duit semata-mata, punya kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat juga adalah rezeki.

11 Rahsia Jemput Rezeki, Rupanya Mudah Sahaja Amalannya
Foto: www.123rf.com

Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).

IKLAN
11 Rahsia Jemput Rezeki, Rupanya Mudah Sahaja Amalannya
Foto: www.123rf.com

Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Sebenarnya terdapat rahsia yang tersembunyi dalam perbuatan kita untuk menarik rezeki. Rupa-rupanya mudah saja amalan untuk menjemput rezeki ini. Ini adalah 11 rahsia jemput rezeki;

IKLAN
  • Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
  • 11 Rahsia Jemput Rezeki, Rupanya Mudah Sahaja Amalannya
    Gambar hiasan. Foto: Instagram @hannahdelisha

    11 Rahsia Jemput Rezeki, Rupanya Mudah Sahaja Amalannya
    Gambar hiasan. Foto: Instagram @zarazya

  • Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
  • Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
  • Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
  • Jika hadir dalam suatu majlis (keluarga atau sahabat), beli 1 atau 2 kota air mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (seperti orang tua, orang sakit, anak-anak dan lain-lain).
  • Jika membeli barang dari peniaga kecil kemudian apabila peniaga itu ingin mengembalikan wang, berikan wang baki itu untuknya (disedekahkan atau dihadiahkan).
  • 11 Rahsia Jemput Rezeki, Rupanya Mudah Sahaja Amalannya
    Foto: www.123rf.com

  • Belilah Mushaf (Al-Quran), letakkan di salah satu masjid. bayangkan berapa pahala yang akan diperoleh dari setiap huruf daripada mereka yang membacanya.
  • Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus.
  • Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  • Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, meyebarkan fitnah dan menzalimimu.
  • Setting pada handphone kamu, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk kamu membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang dihadiahkan kepada kedua ibu bapa, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

BACA: Hannah Delisha, Zara Zya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI