Jenama ARMAAN dibangunkan oleh pemiliknya, Mohd Hafizi Musafar Shah di Jitra, Kedah. Bermula dengan perniagaan butik pengantin, segala-galanya berubah apabila Hafizi cuba menjual kurta yang dijahit sendiri secara kecil-kecilan pada 2014.
Melihat kepada sambutan hangat orang ramai, Hafizi yang kini berusia 32 tahun akhirnya nekad untuk menghasilkan pakaian lelaki untuk Hari Raya pada 2015 menggunakan jenama ARMAAN.
Keunikan jenama ini terletak pada kualiti pakaian yang dihasilkan. Tidak hanya fabrik yang terbaik, tetapi juga kekemasan jahitannya menyebabkan jenama ini menjadi pilihan pelanggan dan berkembang dengan pantas.
“Saya bermula sekadar ingin mencuba pada 2014. Saya jahit sendiri kurta dan jual di bazar raya. Tak sangka percubaan itu membuahkan hasil. Hari pertama di bazar, kurta habis terjual. Saya jahit dan jual lagi, tetap habis dibeli pelanggan.
“Sambutan hangat itu telah membuka mata saya bahawa pakaian lelaki sebenarnya mempunyai pasaran yang cukup luas terutama pada musim raya. Sejak itu, saya mula serius untuk membangunkan jenama ARMAAN sehingga ke hari ini,” ujarnya.
Setelah lapan tahun berada di pasaran, akhirnya jenama ARMAAN buat julung kalinya melantik penyanyi rap terkenal MK K-Clique sebagai duta untuk koleksi Baju Melayu Premium sempena kempen JOM BELI BAJU RAYA DENGAN ARMAAN.
Ads
Menurut Hafizi, pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan MK K-Clique kerana ingin memperkenalkan jenama ARMAAN secara lebih meluas selain kelompok penggemar jenama ARMAAN dan peminat MK adalah sama.
“Ini kali pertama pihak ARMAAN cuba bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti MK K-Clique. Selain popular, peminat MK dan juga penggemar jenama ARMAAN berada di kelompok yang sama.
Ads
“Sebab itu, pihak kami memilih MK K-Clique kerana dia cukup sesuai dengan jenama ARMAAN. Dia juga berwajah kemelayuan dan kelihatan cukup segak ketika menyarungkan baju Melayu. Ciri-ciri itu yang pihak kami lihat ada pada MK K-Clique,” tutur Hafizi.
MK K-Clique ketika disoal mengapa bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama ARMAAN, jelasnya, dia melihat keikhlasan pemiliknya yang mahu menghasilkan pakaian berkualiti selain yakin bahawa jenama ini mampu pergi jauh pada masa depan.
Ads
“Saya berbesar hati untuk sama-sama terlibat dalam kempen raya ARMAAN pada tahun ini. Saya berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai. Niat saya adalah mahu membantu lebih ramai usahawan kecil menjadi lebih besar.
“Memang sebelum ini saya ada menerima tawaran daripada jenama yang lebih besar, tetapi apa yang saya suka tentang ARMAAN adalah mereka bermula dari bawah dan melakukan semuanya sendiri. Mereka sangat ikhlas dalam berniaga, itu yang sangat penting.
“Biarpun jenama mereka baru sahaja hendak meningkat naik, saya sangat yakin dengan momentum yang mereka ada sekarang ini, ARMAAN akan menjadi sebuah jenama yang besar pada masa depan,” ujar MK K-Clique.
Bagi koleksi tahun ini ARMAAN muncul dengan Baju Melayu Premium, Baju Melayu Exclusive, Kurta Moden, Kurta Klasik dan Baju Kanak-Kanak.
Selain boleh dibeli di www.armaan.com.my koleksi baju raya ARMAAN juga boleh didapati di booth sekitar Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa bahagia hadir dalam pelbagai bentuk. Walau usia perkahwinan Beto Kusyairy dan isteri sudah mencecah 17 tahun namun rumah tangga mereka kekal bahagia meskipun tanpa kehadiran zuriat.
Tidak meletakkan ‘anak’ sebagai kayu ukur dalam menentu kebahagiaan suami isteri, pasangan romantis ini memilih untuk bahagia dengan cara sendiri.
Sering disebut-sebut sebagai suami penyayang dan setia, bintang filem Mat Kilau ini enggan ‘terlena’ dengan pujian masyarakat.
Beto Kusyairy Bahagia Di Sisi Tisha Shahar
Sebaliknya, Beto dan suri hati kesayangan iaitu Tisha Shahar selesa menjalani kehidupan sederhana tanpa dibayangi dengan gaya hidup glamor golongan selebriti.
Terbaharu, Beto atau nama penuhnya Nurkusyairy Zakuan menerusi perkongsian di media sosial menitipkan ucapan ringkas namun penuh makna buat isteri tercinta.
“Yang terutama dalam hidupku selain kedua orang tua. Though we don’t celebrate, I pray nothing but the best and will always have your back. Happy 45th birthday love.”
Dalam pada itu, dia turut memohon doa daripada peminat agar mendoakan kesejahteraan Allahyarham kembar Tisha yang dikenali sebagai Nisha.
“Mohon sedekahkan juga Al-Fatihah buat kembarnya, Nisha yang telah kembali kepada pencipta 20 tahun lalu.”
Beto Kusyairy Bijak Jaga Privasi Diri
Beto Kusyairy dan Tisha sah bergelar suami isteri pada 1 Februari 2008. Sepanjang perkahwinan, jarang dengar kisah kurang enak mengenai pasangan ini. Bahkan aktor berbakat besar berkenaan sering membawa Tisha menemaninya ke mana saja.
Sejak muncul dalam industri seni, nama Beto jarang terpalit kontroversi melainkan kisah komitmennya yang tinggi dalam setiap karya yang dibintangi. Imej bersih ini menambah rasa hormat peminat terhadap dirinya.
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along. Lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini turut memiliki kelulusan Diploma Perhotelan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 32, telah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 6.32 petang beberapa hari yang lalu. Lufya selamat melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal dan kini kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.39 kilogram pastinya menjadi penyeri rumah tangga Lufya dan suami tersayang Dr Hafiz.Lufya
Pengalaman sebagai doktor telah digunakan sebaik mungkin oleh Che Muhammad Hafiz Che Baharum untuk menyambut kelahiran zuriat pertamanya. Memetik kata-kata Lufya di laman instagramnya, suaminya bagaikan cheerleader memberi sokongan dan dorongan untuknya di bilik bersalin. Lebih istimewa untuk bayi yang digelar Baby L, Dr Hafiz melakukan penghormatan untuk memotong tali pusat puterinya itu.
“Pengalaman melihat kelahiran anak sendiri tidak sama seperti apa yang kita dengar dari orang atau lihat di kaca televisyen. Sampailah kita sendiri yang melaluinya. Pada mula-mula saat nak keluar kepala bayi memang akan terasa berdebar kerana macam-macam kemungkinan boleh berlaku seperti kepala bayi stuck dan bayi lemas. Tapi selepas bayi keluar. Lega dan rasa bersyukur yang amat sangat. Perasaan tu tak boleh digambarkan melalui kata-kata. Hanya Tuhan saja yang tahu,” ujar Dr Hafiz ketika dihubungi.
Selain meraikan kegembiraan melihat kehadiran cahaya mata penyeri kehidupan berumah tangga bersama isteri tersayang, Dr Hafiz sempat menitipkan beberapa tip buat bakal bapa untuk menemani isteri tersayang di bilik bersalin. Mungkin ada suami yang nampak macho di luar, tetapi pada hakikat perasaan gementar pastinya terbit di dalam hati untuk melihat perjuangan si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat.
“Di sini saya nak kongsikan beberapa tips kepada bakal bapa atau suami yang susah nak hilang gementar ketika isteri dalam di dalam bilik bersalin.”
Seeloknya tambahkan ilmu mengenai proses kelahiran secara normal dan c sec serta hal-hal berkaitan seperti stage of delivery. Walaupun anda akan bertemu dengan beberapa terma perubatan, cuba bertanya dengan pakar ginekologi ketika menemani isteri melakukan pemeriksaan kandungan. Ada pengetahuan serba sedikit pun sudah kira memadai supaya keresahan di setiap apa yang terjadi boleh dikurangkan and apa saja cadangan yang disarankan oleh doktor senang untuk difahami.
Banyakkan bacaan zikir dan tawakal kepada Allah setelah berikhtiar. Terutamanya ketika isteri di fasa active labour. Si suami harus banyak memberi semangat dan membacakan surah-surah yang bertepatan seperti Surah Maryam, Surah Yassin, Surah Al Baqarah dan lain-lain . Dapatkan pandangan daripada ustaz mengenai surah-surah yang sesuai dibacakan ketika isteri sedang berjuang melahirkan zuriat. Dan ingat di setiap apa yang berlaku itu semua adalah Dari Nya. Kita manusia hanya merancang tapi Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancang.
Tidak putus memberi semangat kepada isteri untuk bertenang dan melalui proses bersalin dengan tenang dan menjaga pernafasan agar isteri tidak panik ketika proses kelahiran. Jadikan kekuatan untuk si isteri dan jauhkan dari sikap negatif ketika menemani isteri di bilik bersalin. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketibaan Aidilfitri sememangnya di sambut penuh meriah dan warna-warni. Seperti individu lain, Yana Najib tidak ketinggalan sambut raya tahun ini di samping keluarga tersayang. Tampil anggun dalam persalinan tradisi baju kurung bercorak bunga rona merah jambu, kelihatan suami dan anak-anak lelaki Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai ini sedondon berbaju Melayu warna merah.
Dalam perkongsian Yana atau nama sebenarnya Nooryana Najwa Najib Razak di media sosial, momen 1 Syawal anak kepada bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut disambut serba sederhana namun meriah bersama keluarga tersayang.
Begitu juga anak lelaki Datuk Seri Najib, Norashman yang segak berbaju Melayu biru sambil ditemani isteri jelitanya, Nikola Mulyadi yang memakai baju kurung kuning bercorak bunga biru serta diserikan dengan aksesori rantai mutiara.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 16 Disember 2023.
Walau Yana Najib sambut raya tidak semeriah dan bermakna seperti dulu kerana ketiadaan bapa tersayang di sisi namun keluarga ini merayakan Aidilfitri dengan rasa syukur, gembira dan seadanya.
Lebih istimewa, keluarga ini turut menerima kehadiran ahli baharu yang juga cucu sulung perempuan buat Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.
Puteri kesayangan Yana ini selamat dilahirkan pada 23 Ogos 2023. Bayi comel yang diberi nama Amelia Rahah Daniyar bakal mencecah usia lapan bulan.
Awal pagi Syawal, mereka sekeluarga turut meluangkan masa menziarahi pusara datuk dan nenek Yana iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarhamah Tun Rahah.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.