
Jenama ini diasaskan oleh Laura Taylor dan Ryan Holliday-Stevens pada tahun 2013 dan percaya atau tidak mereka tidak pernah mempersembahkan koleksi di mana-mana minggu fesyen. Koleksi musim bunga 2018 ini merupakan pertama kali mereka menampilkan kreativiti secara terbuka di hadapan kelompok fesyen dan juga editor fesyen yang telah lama menyaksikan pertumbuhan jenama ini.

Walaupun bergerak secara sendiri lebih empat tahun jenama ini terlebih dahulu telah menjadi pilihan ramai menerusi lonjakan jualan dan populariti di butik atas talian bertaraf tinggi seperti Net-A-Porter dan juga Bergdorf Goodman.
Untuk koleksi ini menurut duo pereka ini mereka tidak memiliki sebarang inspirasi khusus sebaliknya menjadikan warna, material dan fabrik yang dipilih sebagai titik tumpuan dan membina koleksi penuh.

Daripada segi warna mereka menampilkan carta warna yang kebanyakannya menyerlah seperti kuning biji sawi, ungu, merah jambu, biru malam, hitam, gangsa, putih dan coklat. Pemilihan fabrik yang diutamakan tadi pula nyata memberi impak seolah-olah pergerakan keras dan lembut apabila pemilihan fabrik seperti pvc dan beralih kepada satin dan juga fabrik berkait.
LEWRÉ BESPOKE Mempersembahkan Koleksi ‘Garden Of Eden’ Di Hadapan Sultanah Kalsom & Dato’ Suriani

Lewré Bespoke mempersembahkan penampilan pertama koleksi kasut baharunya yang indah ‘Garden of Eden’ di hadapan Y.A.M Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Mantan Permaisuri Sultanah Pahang & Penaung Lewré Bespoke dan YBhg. Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) pada majlis pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke – sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Lewré Bespoke telah memikat tetamu dengan memperkenalkan buat kali pertama, koleksi kasut baharunya yang indah, ‘Garden of Eden‘ yang diilhamkan oleh kisah alkitabiah dari the book of Genesis, yang menggunakan estetika bunga dan haiwan. Koleksi kasut ini menampilkan 18 reka bentuk versatil, yang mampu menawan semua orang dengan palet yang komprehensif. Daripada rona biru dan merah yang menyerlah kepada tona warna kulit dan merah jambu, koleksi baharu ini menampilkan gubahan yang pasti akan menarik perhatian mata yang memandang apabila dipakai pada bila-bila masa dan dimana jua.
Koleksi ini termasuk pasangan-pasangan kasut dengan reka bentuk yang elegan dan menarik perhatian yang diilhamkan daripada burung merak, dan juga diilhamkan oleh estetika bunga yang direka menggunakan 1,400 kristal Austria yang dijahit dengan tangan pada setiap kelopak. Reka bentuk ini mencerminkan ketukangan Lewré Bespoke yang abadi dan unggul; semua produk dibuat dengan teliti, menyepadukan reka bentuk manik yang rumit dan reka bentuk yang canggih ke dalam setiap pasang kasut.
Lewré yang telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya, dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia. Memandangkan Lewré menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewré yang memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah, yang disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, ‘It’s very personal‘. Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI, Lewré Bespoke Flagship Store mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan bagi menghasilkan sepasang kasut yang sempurna, buatan tangan untuk memenuhi setiap keinginan pelanggan.
Pelancaran kedai flagship ini selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu dalam perjalanannya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat pengeluaran dan peruncitan kasut bertaraf dunia yang mampu bersaing dengan jenama terkemuka di peringkat antarabangsa. Jenama ini bermatlamat untuk menubuhkan lebih daripada 100 kedai di seluruh Asia menjelang 2025, selain meluaskan dan memperkenalkan jenama itu yang juga akan memberi kesan tambahan untuk mempromosikan sektor peruncitan Malaysia di seluruh rantau ini dan meningkatkan ekonomi negara, selaras dengan Agenda Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP). Sebagai peneraju jenama fesyen tempatan, Lewré Bespoke berharap usahanya akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan dan memberi inspirasi kepada usahawan Malaysia untuk meneroka seluruh dunia bagi meningkatkan permintaan untuk jenama Malaysia di seluruh dunia.
Pelancaran kedai flagship ini selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu. Jenama ini mempunyai matlamat yang menyasarkan untuk menubuhkan lebih 100 kedai di seluruh Asia menjelang tahun 2025, sebagai usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan bertindak sebagai pemangkin dalam mempromosikan sektor runcit Malaysia; yang merupakan komponen penting yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. Menubuhkan 100 kedai di seluruh negara dan rantau ASEAN bukan sahaja akan mempamerkan kecemerlangan jenama Malaysia tetapi juga akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan; dan mewujudkan permintaan untuk usahawan Malaysia di seluruh dunia.
Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke berkongsi, “Koleksi Garden of Eden adalah dimana seni, budaya dan ketukangan bersatu dengan sempurna. Pasukan kami secara berterusan memilih bahan terbaik dari seluruh dunia untuk memberikan hasil yang terbaik dalam industri fesyen. Kami telah memastikan setiap pasang kasut dibuat dengan baik dan tepat yang memenuhi keperluan semua orang tidak kira apa citarasa anda.”
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi LewréBespoke: https://lewrebespoke.com/about-us/
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
10 Variasi Gaya Super Gorgeous DAIYAN TRISHA, Makin Cantik & Ekpresif!

Siapa yang tidak kenal dengan Daiyan Trisha, penyanyi dan pelakon cantik yang sukses dalam karier seninya. Daiyan juga sewajarnya dijadikan contoh anak muda yang pandai berdikari. Segala apa yang dimilikinya kini adalah dari hasil titik peluhnya sendiri.
Rumah dan kereta mewah sudah pun berjaya dimilikinya di usia muda. Mungkin lebih banyak lagi impian yang dalam perancangan gadis berusia 28 tahun ini.
Tahun lalu, artis berbakat besar ini berkongsi detik paling bermakna apabila dia membuat kejutan kepada ibu dan bapanya dengan membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz. Ia sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang disambut pada November 2020.
Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Penat ini juga pernah membuat kejutan pada Mac 2019 di mana dia dia berkongsi kegembiraan apabila berjaya membeli rumah sendiri di usia 25 tahun. Hebatnya!
Sekadar info, Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan ketika usianya 20 tahun dan mula mendapat perhatian menerusi telefilem berjudul Dee di Astro Ceria. Daiyan merupakan graduan Diplioma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Insfrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).
Selain bergelar penyanyi dan pelakon, Daiyan juga merupakan seorang penulis. Kebanyakan karya lagu-lagunya ditulis sendiri. Bakat menulis itu diwarisi dari ibunya yang juga seorang penulis terkenal.
Selain sukses dalam bidang yang diceburinya, Daiyan juga seorang selebriti muda yang pandai bergaya. Penampilannya sentiasa kelihatan trendy dan elegan. Tidak lengkap penampilannya dengan barangan berjenama antarabangsa.
Ternyata, Daiyan mempunyai kelasnya yang tersendiri lengkap dengan pakej cantik, bijak dan sukses! Semoga Daiyan terus memberi inspirasi buat seluruh wanita khususnya generasi muda.
Jom kita lihat 10 variasi gaya super gorgeous Daiyan Trisha.
Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha
Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda!

Rambang mata tengok deretan koleksi terbaru Longchamp, La Voyageuse! Terus teringin pergi ‘terbang’ melancong ke luar negara. Mana tidaknya, rekaan La Voyageuse kali ini lebih trendy dan elegan. Sesuai bagi mereka yang bercita rasa santai dan mewah atau pendek kata, mahu tampil dengan sentuhan travel with style!
Patutlah golongan VIP dan sosialit wanita yang datang ke Private Event Nona x Longchamp baru-baru ini terpikat dengan buah tangan terbaharu jenama terkenal dari Perancis ini.
Menampilkan warna-warna yang vibrant dan segar, kolaborasi Nona dan Longchamp yang berlangsung di butik The Gardens Mall Kuala Lumpur tidak terhad dengan pelbagai beg tangan terkini. Malah, koleksi La Voyageuse turut dimeriahkan dengan rekaan skaf dan jaket musim sejuk yang cukup menarik.
Istimewanya, bagi menjaga nilai eksklusif kepada pelanggan… Longchamp hanya menawarkan kuantiti terhad koleksi ini kepada peminat setia mereka di Malaysia. Dan terdapat salah satu beg tangan eksklusif yang dibawa masuk ke negara ini dan ia hanya boleh di dapati di butik The Gardens Mall Kuala Lumpur. Maknanya, hanya anda seorang sahaja pemilik beg tangan tersebut di Malaysia. Hebat!
Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak, “Majlis tertutup ini memberi kelebihan kepada tetamu jemputan untuk melihat sendiri koleksi terkini La Voyageuse dan mendapat perkongsian ilmu mengenai gaya dan fesyen yang menepati cita rasa sendiri. Teknik suai padan yang diberikan hari ini juga membolehkan tetamu tahu apa yang sesuai digayakan mengikut majlis yang bakal dihadiri.”
Antara tetamu yang hadir menyaksikan sendiri koleksi La Voyageuse ialah Datin Jamaaiyah, Datin Sara Safura, Datin Nonie Hassan dan ramai lagi. Bukan sekadar menjamu mata melihat koleksi menarik, tetamu turut berpeluang menimba tip fesyen dan teknik suai padan gaya bersama Kiffy Razak. Tidak cukup dengan itu, tetamu juga didedahkan dengan tip pemilihan warna yang betul mengikut personaliti masing-masing.