Walaupun sudah banyak penerangan tentang gejala menopaus, tetapi masih ramai wanita yang gusar untuk menghadapi saat itu. Ketakutan yang kadang-kadang mengganggu emosi itu boleh membahayakan kesihatan mahupun perkembangan sosial seorang wanita.

Selain itu, penjagaan kesihatan seperti mengamalkan makanan seimbang, berat badan ideal, penjagaan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi, melakukan senaman ringan dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian juga boleh membantu wanita menghadapi menopaus dengan lebih baik.

IKLAN

Wanita juga perlu belajar menenangkan perasaan dan menguruskan stres dengan baik. Malah harus peka dengan kesihatan mereka dan mengambil bahagian dalam proses penyaringan kesihatan seperti pemeriksaan pangkal rahim (pap smear), pemeriksaan kepadatan tulang (bone mineralodensitometry), pemeriksaan sendiri payudara dan menjalani pemeriksaan payudara (mammogram).

Pengambilan ubat-ubatan alternatif yang boleh dibeli di farmasi seperti Evening Primrose Oil dan Black Cohosh adalah dibolehkan setelah mendapatkan nasihat daripada doktor.

Persediaan ahli keluarga membantu wanita yang bakal menopaus?

Ahli keluarga perlu memahami perubahan yang dialami oleh wanita yang sedang mengalami menopaus. Perubahan dari segi fizikal dan emosi itu sering membuatkan wanita berasa diri sudah tidak berharga, kurang ciri-ciri kewanitaan dan kurang disayangi.

Malah mood swings kadangkala juga boleh menjadi punca pertelingkahan dengan suami dan anak-anak. Ahli keluarga perlu mempunyai sifat toleransi yang lebih dan membantu wanita menghadapi proses menopaus ini. Simptom menopaus selalunya akan berkurangan dan wanita boleh menjalani hidup seperti biasa.

Adakah HRT (Terapi Hormon Gantian) sesuai digunakan di Malaysia?

HRT merupakan rawatan yang jarang  digunakan untuk menopaus. Di Malaysia, hanya 10 hingga 20 peratus sahaja wanita yang mengambil HRT manakala 30 hingga 40 peratus lagi wanita mengambil rawatan alternatif seperti ramuan herba.

HRT sangat berkesan untuk membantu mengawal simptom-simptom menopaus dan sangat berfaedah jika digunakan dalam masa 10 tahun selepas menopaus ataupun sebelum usia 60 tahun (usia 50-59).

IKLAN

HRT juga sangat berkesan untuk mencegah osteoporosis dan masalah tulang patah berkaitan osteoporosis (osteoporosis-related fractures) di kalangan wanita golongan warga emas.

Oleh itu, sekiranya wanita itu mempunyai simptom-simptom menopaus dan tidak mempunyai risiko penyakit-penyakit lain, maka HRT adalah sesuai untuk digunakan.

Adakah HRT meninggikan risiko mendapat penyakit lain pula?

IKLAN

Penggunaan HRT telah banyak kali didebatkan kerana risiko berkaitan HRT terutamanya sejak penerbitan WHI (Women Health Initiative Study 2002). Walau bagaimanapun, kajian itu adalah berat sebelah dan tidak mencerminkan keadaan sebenar dan tidak melihat kepada keberkesanan HRT dalam mengurangkan simptom menopaus.

HRT adalah selamat untuk merawat simptom menopaus dengan syarat pesakit telah diberi kaunseling dan disaring dahulu. HRT juga adalah selamat jika ia digunakan dalam tempoh 10 tahun selepas menopaus. Dimulakan dengan dos yang paling rendah dan digunakan mengikut indikasi yang betul.

Saringan pesakit adalah penting untuk mengenal-pasti pesakit-pesakit berisiko tinggi yang tidak sesuai menggunakan HRT. Contoh pesakit yang tidak boleh menggunakan HRT adalah:

  • Sejarah penyakit kanser payudara,
  • Kanser rahim/endometrium,
  • Sejarah penyakit strok,
  • Venous thromboembolism (darah beku),
  • Pendarahan yang tidak normal daripada rahim,
  • Penyakit jantung,
  • Penyakit hati (active liver disease)
  • Hipersensitiviti kepada hormon estrogen

Risiko HRT

  • Strok
  • Venous thromboembolism (darah beku)
  • Cholecystitis (radang pundi hempedu)

Walau bagaimanapun, penggunaan HRT adalah selamat selagi ia mengikut indikasi, dimulakan dengan dos yang terendah dan pesakit perlu menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut nasihat doktor. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI