Gaya Hidup

“Petai Gang,” Peminat Teruja Dato’ Nicol & Dato’ Pandelela Duduk Semeja Nikmati Sajian Petai!

Dato’ Nicol Ann David dan Dato’ Pandelela Rinong kedua-duanya merupakan lagenda sukan tanah air. Dato’ Nicol misalnya merupakan bekas ratu squash negara yang merangkul lapan kali gelaran juara dunia, sementara atlet kelahiran Sarawak itu pula dikenali sebagai ratu terjun negara.

Melihat dua lagenda sukan berkenaan meluangkan masa dan duduk makan semeja baru-baru ini pastinya mencuri perhatian warga maya.

Apatah lagi apabila Dato’ Pandelela memuat naik foto dirinya di samping tokoh sukan tersebut di Instagram.

Namun paling menarik tumpuan ialah sajian yang dinikmati mereka. Ramai tidak menyangka kedua-dua mereka memiliki cita rasa makanan yang sama iaitu hidangan petai.

Kredit Instagram @nicoldsquash
Kredit Instagram @pandelela
Kredit Instagram @pandelela

Kongsi atlet renang berusia 30 tahun itu, “Found myself a petai gang.”

Ia nyata mengundang reaksi followers dan rakan atlet yang bukan hanya teruja melihat keakraban jaguh sukan berkenaan. Bahkan tidak percaya Dato’ Nicol dan Dato’ Pandelela menggemari petai.

Seperti diketahui umum, petai mengandungi banyak khasiat. Antaranya tinggi vitamin C yang meningkatkan imun badan dan antioksida, kalsium yang baik untuk tulang dan gigi serta vitamin A bagi kesihatan mata, jantung dan kulit.

Selain itu, ia juga tinggi kalium yang mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.

Kredit Instagram @nicoldsquash
Kredit Instagram @nicoldsquash
Kredit Instagram @nicoldsquash

Pada tahun lalu, Dato’ Nicol

dilantik sebagai Duta Penang Global Tourism. Lepas bersara daripada arena sukan, anak jati kelahiran Pulau Mutiara berkenaan menubuhkan Nicol David Organisation.
Kredit Instagram @pandelela
Kredit Instagram @pandelela

Sementara Dato’ Pandelela pula melakar sejarah apabila bergelar atlet wanita pertama meraih pingat Olimpik untuk negara.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/pernah-hidup-susah-bapa-kerja-buruh-dato-pandelela-rinong-kini-atlet-bernilai-negara/

IKLAN
Share