Dato’ Nicol Ann David dan Dato’ Pandelela Rinong kedua-duanya merupakan lagenda sukan tanah air. Dato’ Nicol misalnya merupakan bekas ratu squash negara yang merangkul lapan kali gelaran juara dunia, sementara atlet kelahiran Sarawak itu pula dikenali sebagai ratu terjun negara.
IKLAN
Melihat dua lagenda sukan berkenaan meluangkan masa dan duduk makan semeja baru-baru ini pastinya mencuri perhatian warga maya.
Apatah lagi apabila Dato’ Pandelela memuat naik foto dirinya di samping tokoh sukan tersebut di Instagram.
Namun paling menarik tumpuan ialah sajian yang dinikmati mereka. Ramai tidak menyangka kedua-dua mereka memiliki cita rasa makanan yang sama iaitu hidangan petai.
Kongsi atlet renang berusia 30 tahun itu, “Found myself a petai gang.”
Ia nyata mengundang reaksi followers dan rakan atlet yang bukan hanya teruja melihat keakraban jaguh sukan berkenaan. Bahkan tidak percaya Dato’ Nicol dan Dato’ Pandelela menggemari petai.
IKLAN
Seperti diketahui umum, petai mengandungi banyak khasiat. Antaranya tinggi vitamin C yang meningkatkan imun badan dan antioksida, kalsium yang baik untuk tulang dan gigi serta vitamin A bagi kesihatan mata, jantung dan kulit.
Selain itu, ia juga tinggi kalium yang mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.
Pada tahun lalu, Dato’ Nicol dilantik sebagai Duta Penang Global Tourism. Lepas bersara daripada arena sukan, anak jati kelahiran Pulau Mutiara berkenaan menubuhkan Nicol David Organisation.
Wanita dan barang kemas memang sukar dipisahkan. Perhiasan barangan kemas ini dikatakan mampu menaikkan seri wajah. Sejak akhir-akhir ini trend memakai barang kemas semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba nama ‘Pulut Dakap’ menjadi sebutan dan bermain di bibir penggemar barangan kemas.
Jika dulu emas kuning menjadi pilihan wanita yang lebih berusia mungkin kerana nilainya yang tinggi dan kini wanita muda semakin meminati emas. Mungkin sebagai pelaburan jangka panjang atau mungkin rekaan barangan kemas kini yang mengikut peredaran semasa.
Sebenarnya pemilihan barang kemas ada caranya. Tak sangka warna urat kita merupakan cara yang tepat untuk memilih barangan kemas. Patutlah kadang-kadang tengok sesetengah orang pakai barangan kemas cantik saja dan setengah orang pakai tak naik seri.
Foto: Instagram @datoserivida
PERIKSA WARNA URAT
Bawah cahaya matahari, tengok warna urat pada pergelangan tangan. Jika nadi berwarna biru, bermakna anda memiliki jenis kulit sejuk. Jika urat berwarna hijau pula anda memiliki tona kulit panas. Jika keliru kerana kadang-kala urat anda kelihatan hijau dan kadang-kala berwarna biru? Itu bermakna anda neutral!
Kulit tona sejuk = Barang kemas perak (silver/emas putih)
Kulit tona panas = Barang kemas asli (emas kuning)
Neutral = Bertuah! Sesuai sama ada memakai barang kemas rona perak mahupun emas kuning.
Memang mewah dan unik! Itulah ungkapan yang boleh dikatakan bila melihat setiap reka bentuk rumah baru penyanyi dangdut dan aktres tersohor Indonesia, Ayu Ting Ting.
Ayu Ting Ting. (Kredit: Instagram Ayu Ting Ting)
Walaupun yang didedahkan itu dalam bentuk ilustrasi tetapi dapat bayangkan kalau dah siap nanti. tersergam indah!
Arkitek terkenal yang dikenali sebagai Jeffri Angkasa di akaun Instagramnya berkongsi 10 foto reka bentuk rumah baru Ayu Ting Ting. Angkasa Architects mereka rumah Ayu Ting Ting dengan sentuhan kemewahan. Antaranya terdapat kolam renang, tangga berpusing, tangga berbentuk spiral dan tingkap besar yang melindungi rumah.
Ternyata, ia mendapat perhatian warga maya yang terkesima dan memuji kemewahan rumah yang menggabungkan rekaan moden dan minimalis serta dihiasi tanaman hijau.
1. Kolam Renang Di Bawah Rumah
Terdapat dinding penebat berlubang di antara tangga lingkaran (spiral) dan kolam renang di rumah ini.
Jika diperhatikan, rumah ini menggabungkan elemen moden dan semula jadi seperti kayu dan tumbuhan hijau.
2. Tangga Berbentuk Spiral
Tangga lingkaran dari tingkat dua ke tingkat bawah ke kolam renang adalah salah satu tarikan utama rumah baru Ayu Ting Ting. Tangga direka unik agar seragam dengan konsep rumah.
3. Pemandangan Berhampiran Kolam Renang
Reka bentuk rumah ini turut menunjukkan kolam renang dengan lebih dekat. Kita boleh lihat kolam renang yang direka lebih minimalis tetapi sangat unik dengan perincian berhampiran tepi kolam.
Disebelahnya pula ada tanaman hiasan agar kelihatan hijau. Bangku sebelah kolam itu juga sebagai tambahan seabgai tempat bersantai apabila siap nanti.
4. Reka Bentuk Kolam Renang Dengan Pancuran Mandi
Reka bentuk seterusnya ialah kolam renang dengan pancuran mandian terletak betul-betul di bawah rumah yang disambungkan dengan tangga spiral.
Di sebelah kolam renang, ia menghala terus ke bilik keluarga dengan tingkap besar. Kelihatan ada reka bentuk bilik keluarga yang sebati dengan ruang makan dan dapur.
5. Reka Bentuk Ruang Tamu & Ruang Makan
Bilik keluarga dibuat dengan bumbung tinggi dan tingkap besar. Sementara itu, ruang makan akan direka agak klasik walaupun masih ada sentuhan moden. Di ruang makan akan diberikan sentuhan kayu dengan candelier yang unik.
6. Gambaran Pencahayaan Pada Waktu Malam
Angkasa Architects bukan sahaja memikirkan konsep dan reka bentuk keseluruhan. Terdapat juga rekaan yang menunjukkan pencahayaan rumah tersebut pada waktu malam.
Kelihatan, rumah Ayu Ting Ting ini akan menggunakan pelbagai rekaan lampu di sekelilingnya. Dari lampu untuk menyalakan tangga lingkaran sampailah kepada lampu taman yang malap dan cantik.
7. Pandangan Depan Rumah
Dari depan rumah nampak unik dengan reka bentuk penebat berlubang yang mengelilingi tingkat dua rumah agar konsepnya tidak membosankan. Terdapat juga penebat yang direka seolah-olah melindungi privasi rumah Ayu Ting Ting.
8. Pintu Masuk Hadapan
Angkasa Architects memilih campuran kayu gelap untuk karya ini.
Sudah boleh bayangkan apabila siap, ia akan kelihatan mewah namun minimalis.
9. Reka Bentuk Belakang Rumah
Tidak kurang mewahnya dengan bahagian depan rumah. Angkasa Architects mereka bahagian belakang rumah ini dengan unsur yang minimum.
Apa pun ingkap besar tetap menjadi sorotan utama. Manakala reka bentuk pagar rumah turut dikelilingi tumbuhan hijau menambahkan lagi keindahan sekitar rumah.
10. Bahagian Tepi Rumah Berbeza Bentuk
Selain itu, rumah ini juga mempunyai reka bentuk sudut separuh bulatan dengan unsur kayu yang cantik. Tingkap besar masih menjadi sorotan utama di rumah ini.
Tak sabar nak lihat rumah mewah Ayu Ting Ting ni siap kan?
Wanita memang dilahirkan dengan perasaan yang halus dan lembut. Perkataan sensitif itu memang begitu sinonim dengan wanita. Apabila menyelami perasaan wanita yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai sebarang tanda untuk mengandung, lagi sensitif. Ada di kalangan wanita yang tidak mahu join reunion sekolah sebab belum ada anak dan tidak kurang juga yang menyorok atau mengelak berjumpa dengan makcik-makcik bila balik kampung.
Bertemu dengan pemilik tudung eksklusif Alhumaira Contemporary baru-baru ini di majlis pelancaran koleksi terbaharu, ALHUMAIRA’s Sempurna Raya 2018 telah menyingkap kisah di sebalik usahanya untuk memiliki cahaya mata. Hani Elia, merupakan pengasas kepada jenama yang menjadi kegilaan Muslimah ini.
“5 tahun saya menunggu untuk berpeluang menggendong anak sendiri di pangkuan. Mungkin bagi setengah orang itu waktu yang singkat tetapi perasaan orang yang melaluinya hanya Allah SWT yang tahu. Alhamdulillah Allah SWT temukan cara ikhtiar setelah berjumpa dengan Doktor Marsita Mansor dari KPJ Ampang Puteri.
Saya mempunyai cyst dan retroverted uterus. Jadi selepas menjalani beberapa rawatan dan pembedahan serta mengamalkan pemakanan yang disarankan oleh doktor, dengan izin Allah, saya disahkan mengandung. Perasaan ketika itu tak dapat nak digambarkan. Gembira , tak percaya semua bercampur aduk. 5 tahun saya menunggu khabar gembira ini,” tutur Hani kisah tiga tahun lalu apabila disahkan mengandung.
Boleh terangkan amalan pemakanan bagaimana yang disarankan oleh doktor? “Amalan pemakanan yang disarankan sebenarnya adalah pemakanan sunah. Apa sahaja makanan sunah sesuai diamalkan oleh untuk pelbagai jenis masalah wanita dan lelaki. Tetapi yang paling penting jangan stres. Bukan mudah kan nak melakukan yang satu ini,” bicara Hani yang mengandung anak kedua secara normal selepas itu.
Berbicara tentang perniagaan yang telah di ceburnya sejak 8 tahun lalu, “Boleh dikatakan saya melakukan come back sebab selam ini saya lebih banyak melakukan kerja di belakang tabir sahaja. Boleh jadi juga saya banyak mendiamkan diri beberapa tahu kebelakangan ini kerana fokus menjaga anak. Dan apabila anak-anak sudah membesar sedikit saya dah ready back on track.
Memang sekarang pun anak-anak still kecil lagi, cuma saya kena pandai bahagikan masa, kerja dan keluarga. Bagi saya di antara perniagaan dan keluarga adalah sama penting dan juga prioriti saya. Saya kerja kuat pun untuk kesenangan anak- anak.
Kedua-dua anak, saya hantar preschool. Jadi, pagi-pagi dorang kena disiplin pergi sekolah. Balik sekolah saya akan fetch dorang. Ketika hujung minggu saya akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama anak-anak. Lagi pun sekarang ini saya tidak mempunyai pembantu rumah. Semua kena buat sendiri. Paling penting puas melihat anak membesar di depan mata,” jelas Hani sambil tersenyum.
Bukan mudah menjadi seorang majikan, isteri dan ibu dalam satu masa. Bagaimana Hani ada inspirasi nak buat semua ini? “Sebab saya seorang yang sangat determined. Anak-anak adalah alasan untuk saya kerja lebih kuat. My family & Alhumaira team yang sangat hardworking buat saya sedar yang kena sentiasa work so hard menaikkan brand Alhumaira releven kekal sampai bila-bila,” ujar Hani mengakhiri perbualan.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...