Hari Raya semakin hampir, dan pastinya ramai yang sudah mula mencari busana terbaik untuk menyambut 1 Syawal dengan penuh gaya. Seperti tradisi setiap tahun, pelbagai jenama fesyen tempatan dan antarabangsa tampil dengan koleksi istimewa untuk memenuhi citarasa peminat fesyen, daripada rekaan klasik baju kurung hingga sentuhan moden yang lebih elegan.

Menjadi lumrah setiap wanita ingin tampil anggun dan berseri di pagi raya, bukan sahaja untuk menyambut hari kemenangan tetapi juga untuk mengabadikan momen indah bersama keluarga tersayang.

Jadi, buat anda yang masih mencari busana raya yang sempurna, NONA menyenaraikan tiga jenama hebat yang menawarkan koleksi lebaran yang eksklusif, penuh pesona dan sesuai untuk menyerlahkan kejelitaan anda di Aidilfitri ini. Dari fabrik mewah hingga perincian yang memukau, setiap helaian yang ditampilkan pasti menjadikan anda tumpuan di pagi Syawal!


  1. PETRA

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

PETRA telah berkolaborasi bersama pusat membeli-belah, Pavilion Damansara Heights dengan mengadakan sesi pra-tonton PETRA Lebaran 2025 Collection.

PETRA Lebaran 2025 Collection memperkenalkan rekaan yang menterjermahkan makna sebenar effortless sophistication. Diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi yang tenang, motif botani dan bunga yang asli, lantas dihidupkan melalui palet warna natural dalam nuansa segar dan polos.

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Antara fabrik yang menjadi pilihan PETRA tahun ini ialah Kapas, Sifon, Crepe dan Organza yang menjadikan potongan baju terlihat anggun, elegan dan terletak sempurna pada apa jua jenis bentuk tubuh. Malah, material ini juga bersifat malar segar, kekal relevan tidak kira apa jua musim dan zamannya.

Hasilnya dapat dilihat pada setiap helaian yang dipersembahkan, terlihat mewah dan saat dipakai terasa berangin, selesa dalam keanggunan sebuah pakaian tradisi lagi stylish.

Ads

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Rekaan ini juga diperindahkan dengan ilham siluet klasik, setiap bahagian membawa keseimbangan antara warisan dan perincian kontemporari. Berstruktur dalam keayuan, sederhana namun berani, ia berlandaskan penghormatan kepada tradisi sambil memenuhi citarasa wanita moden.

PETRA Lebaran 2025 Collection boleh didapapati di laman www.petrartw.com atau pembelian terus di butik PETRA di Shah Alam, Selangor, Isetan KLCC dan di Pavilion Damansara Heights pada harga bermula RM329 sehingga RM549.


  1. MUNAWWAREEN

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Mengangkat tema ‘Safaa dan Warna’ mengindahkan lagi konsep Ramadan Raya Munawwareen bagi tahun 2025 dengan memperkenalkan koleksi terbaru yang menggabungkan sentuhan ‘middle east’ bertemu klasik dengan rekaan kontemporari yang moden dan ‘tak lapuk dek zaman’.

Safaa membawa maksud “kesucian” atau “ketenangan” yang berkait rapat dengan bulan Ramadan. Konsep kesucian, yang diwakili oleh perkataan Safaa, sesuai sebagai penegasan buat umat Islam dalam usaha membersihkan diri secara rohani.

Ads

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Warna pula sinonim dengan kepelbagaian tema semasa Aidilfitri, bukan sekadar untuk bergaya, tetapi membawa makna yang lebih mendalam berkaitan dengan kegembiraan, kerohanian, identiti budaya, dan perayaan. Tidak salah jika tidak sedondon, kerana yang diraikan bukanlah harta dunia semata, tetapi masa bersama keluarga!

Koleksi Safaa & Warna dilancarkan secara berperingkat, bermula dengan ‘Chapter 1’, diikuti dengan ‘Chapter 2’ dan diakhiri dengan ‘Chapter 3’. Koleksi raya ‘Chapter 1’ mempunyai 9 kreasi yang menampilkan pelbagai pilihan warna Abaya yang direka khas dari fabrik dan manik jahitan yang berkualiti tinggi dengan potongan yang longgar.

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Koleksi ini sudah dilancarkan  pada 20 Januari lalu di Butik Munawwareen, Putrajaya dan di platform laman sesawang www.munawwareen.com.


3.MIMPI KITA

Ads

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Mimpikita dan Kita&Co dengan bangga mempersembahkan koleksi Raya 2025 yang dinanti-nantikan, “Mekar dan Kekal” dan “Tenang”. Koleksi ini meraikan warisan, ketabahan, dan seni hidup perlahan, menawarkan rekaan yang menggabungkan tradisi dengan keanggunan moden.

Diinspirasikan oleh ukiran bunga hiasan pada tiang tradisional, Mekar dan Kekal melambangkan cahaya dan ketabahan wanita — teguh melalui masa. Setiap motif bunga mewakili kekuatan untuk berkembang, seperti bunga Lotus yang tetap anggun namun teguh. Hiasan sulaman menceritakan perjalanan hidup, dari asal-usul hingga pertumbuhan, meraikan kekuatan dan keanggunan wanita yang menerima setiap fasa hidup.

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Dalam keheningan sebuah atelier yang sunyi, di mana bunyi mesin jahit menghasilkan melodi ritma, Tenang dilahirkan — sebuah koleksi yang lebih daripada sekadar pakaian; ia adalah peringatan untuk menikmati kegembiraan hidup yang sederhana.

Diperbuat daripada linen dan kapas lembut, setiap helaian direka untuk menawarkan keselesaan dan kehalusan yang tidak mencolok, seperti kehangatan matahari yang menyentuh bunga yang sedang mekar. Koleksi ini mentakrifkan semula pemakaian yang effortless, membuktikan bahawa kecantikan sebenar terletak pada kesederhanaan yang bermakna.

PETRA, MUNAWWAREEN & MIMPI KITA Tampil Dengan Koleksi RAYA Dengan Gabungan Moden Dan Tradisi Hiasi Aidilfitri!

Koleksi Raya 2025 Mimpikita dan Kita&Co kini tersedia untuk pembelian dalam talian di mimpikita.com.my dan di butik di Bangsar, Pop-Up Bangsar Village II, Isetan KLCC, The Exchange TRX, dan Sofia & Ghazi Boutique, JB.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI