Kagum dengan kesungguhan Shilpa Shetty Kundra jaga penampilan dan kesihatan diri. Berusia 49 tahun pada 8 Jun, raut wajah cantik dan susuk tubuh langsing selebriti Bollywood ini tak ubah seperti anak dara. Apalah agaknya rahsia Shilpa sampai boleh sentiasa nampak awet muda seperti zaman bujang dulu.

Meneliti gaya hidup selebriti Bollywood ini, rupa-rupanya Shilpa Shetty cukup disiplin soal pemakanan dan rutin senaman. Malah, aktres jelita India ini juga ada menerbitkan buku resipi ‘The Diary of A Domestic Diva’ yang memaparkan 90 jenis resipi sihat.

Sudahlah berbakat dalam bidang lakonan, di dapur pun dia lincah beraksi. Ada bermacam-macam jenis sajian dikongsikan Shilpa dalam rangkaian media sosial Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter di bawah nama ‘The Shilpa Shetty’.

Amal Gaya Hidup Sihat Shilpa Shetty

Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja!

Buat wanita yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mahu menjalani gaya hidup sihat, anda patut jadikan Shilpa Shetty sebagai inspirasi!

Ads

Sesekali, bolehlah cedok resipi sihatnya sebagai diet harian. Confirm dengan usaha gigih dan komited, anda pun mampu milik tubuh ideal sepertinya.

Mencungkil lagi rahsia kecantikan, dia juga tekun mempelajari rutin senaman baru dan kardio terutamanya melibatkan senaman yoga.

Asalkan konsisten bersenam dan menjaga pemakanan, impian memiliki tubuh idaman pasti dalam genggaman.

Ads

Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja!

Kalau tengok media sosial figura ini, ia umpama platform gaya hidup sihat yang sarat dengan pelbagai rutin senaman, pilihan menu berkhasiat dan sisi hidup Shilpa di samping keluarga tercinta.

Artikel https://www.nona.my/no-botox-no-fillers-cecah-usia-51-tahun-anggun-cipta-sasmi-tampil-cantik-semula-jadi-tanpa-secalit-solekan/

Keluarga Bahagia Shilpa Shetty

Dalam kalangan peminat Bollywood, kekayaan yang dimiliki Shilpa Shetty bukan lagi perkara asing. Suaminya iaitu Raj Kundra merupakan usahawan kelahiran British yang menjalankan pelbagai pelaburan termasuk kelab kriket dan seni bela diri.

Ads

Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja! Pinggang Ramping Macam Kerengga, Shilpa Shetty Buktikan Umur 49 Tahun Kekal ‘Fit’ & Muda Remaja!

Tidak hairanlah, anak lelaki mereka iaitu Viann Raj mengikut jejak langkah bapanya sebagai usahawan. Ketika baru berusia 10 tahun, Viann sudah mula berkolaborasi dengan jenama kasut VK Kicks dengan menghasilkan idea rekaan tersendiri untuk sneakers.

Yang pasti, Shilpa tidak hanya memiliki suami dan anak yang membanggakan. Kediaman yang dihuni Shilpa sekeluarga juga sering menjadi perhatian peminat. Mana tidaknya, tidak sekadar luas dan selesa, ia turut lengkap dengan ruang gimnasium serta halaman menghijau menghadap laut yang sering menjadi tempat untuk bersenam.

Shilpa berkahwin dengan suami tercinta, Raj pada tahun 2009. Sepanjang 16 tahun melayari rumah tangga, mereka dikurniakan anak lelaki, Viann Raj Kundra yang kini berusia 13 tahun dan Samisha Shetty Kundra yang lahir pada 2020 menerusi ‘ibu tumpang’.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI