
Walaupun masih terlalu awal untuk kita merasai bahang lebaran namun kempennya sudah bermula. Kemeriahannya mungkin berbeza kerana ia dirai dalam suasana norma baharu. Pun begitu kemeriahan Aidilfitri yang hanya datang setahun sekali ini harus diraikan kehadirannya biarpun dalam suasana baharu.
Mengambil pendekatan tersebut, Poplook Raya 2021 memperkenalkan koleksi istimewanya bagi memberi inspirasi buat wanita agar tampil menawan di hari lebaran.
Poplook turut memperkenalkan sisi berbeza untuk koleksinya kali ini termasuk perincian setiap silhouette.
‘The Nona Collection’ memaparkan elemen classic silhouettes in cotton serta viscose blends. Saat menyarungkannya anda dapat merasai sendiri keunikan fabrik serta rekaannya yang pasti memberikan keselesaan sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Paduan gaya klasik dan kasual pastinya memberi kelainan mood bagi sambutan lebaran anda kali ini.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan elemen ease and classic with delicate scallop hem and eyelet embroidery bagi mencetuskan gaya minimal namun dalam masa yang sama lebih chic!
Bermula dengan pesona gaya sederhana flare Kebaya potongan moden sehinggalah ke Kurung moden dalam rona biru, merah serta hijau bagi mencipta gaya minimalist aesthetic sepanjang musim perayaan.
Turut terdapat dalam koleksi ini ialah pakaian untuk kanak-kanak. Koleksi ini boleh diperolehi secara online dan stor fizikal iaitu di SOGO Mall, Setia City Mall, KL East Mall, IOI City Mall dan The Curve.
#poplookraya2021 #rayamustgoon
Jangan Biarkan Diri Nampak SELEKEH, Ketahui 5 Peraturan Fesyen Mudah Untuk Tampil Kemas dan Bergaya!

Sebagai seorang wanita, penampilan diri harus diberi perhatian agar tampak kemas dan menarik. Tidak kiralah samada mahu ke pejabat, beriadah bersama teman mahupun untuk berjumpa ibu mertua. Sememangya penampilan harus dijaga dan perlu dipakai sesuai mengikut personaliti diri.
Jangan sampai orang menganggap anda seorang yang selekah dan tidak tahu menjaga penampilan diri. Tidak susah untuk tampil bergaya! Tidak perlu berlanja mahal untuk tampak anggun dan menawan. Nak tahu caranya? Jom Nona kongsikan peraturan mudah untuk memilih pakaian yang memberikan penampilan memukau!
1.PILIH SAIZ YANG TEPAT
Ramai yang ambil endah tentang pemilihan saiz, ‘asal boleh’. Lebih lagi kalau beli pakaian atas talian ukuran baju kadangkala tidak begitu tepat. Kesalahan yang sering dilakukan ialah dengan membeli saiz yang lebih besar kononya untuk menutup bahagian besar tubuh anda. Cara tersebut membuatkan badan anda lebih besar! Tips! Anda kena enhance bahagian pinggang untuk beri ilusi pada tubuh dan yang paling penting keselesaan.
2. PILIH SUSUNAN PAKAIAN
Apa yang dimaksudkan ialah, terapkan dalam fikiran untuk sentiasa memilih susunan top dan bottom dalam bentuk yang berlainan. Sebagai contoh, jika anda memakai top yang besar dan longgar, pastikan bottom seperti seluar skinny jeans atau tight. Begitu juga sebaliknya, jika bahagian bottom longgar seperti skirt atau seluar palazo pastikan bahagian top sedikit tight.
3. BIJAK TAMBAH AKSESORI
Aksesori dapat membantu mengalih pandangan mata dari kelemahan tubuh. Contohnya jika anda tidak mahu orang fokus pada bahagian bottom, pakai rantai di leher untuk menarik mata memandang ke atas. Sama juga dengan pemakaian subang untuk beri ilusi lebih jinjang dan sebagainya.
Beg tangan bersaiz kecil tidak sesuai pada mereka yang bertubuh kecil, ia beri ilusi mereka semakin kecil sama juga dengan mereka yang tinggi. Jika anda tidak mahu bentuk punggung anda menjadi perhatian, beg jenis cross-body mengalih pandangan ke bahagian pinggang berbanding punggung.
4. FABRIK SEMPURNA
Warna dan fabrik antara faktor besar dalam pengubah gaya. Kalau anda tidak mahu kelihatan besar, jangan pilih fabrik yang firm atau keras. Fabrik jenis denim, berbulu, brokat atau satin beri tubuh nampak berat untuk selamat pilih fabrik lembut jersi, sifon, sutera, krep dan sutera menfokuskan pada bentuk badan. Corak bergaris antara mainan dalam fesyen, garis melintang buat anda lebih tampak lebar, manakala garisan menegak beri ilusi lebih langsing dan tinggi. Nak nampak kurus dengan mudah, pilih sahaja warna gelap.
5. HARGAI BENTUK TUBUH ANDA
Kita lupa tentang perbezaan yang ada pada semua manusia. Sampaikan bila pakaian tersebut tampak cantik pada orang lain kita mula tiru tapi tidak sedar ia langsung tidak sesuai. Peraturan pertama dalam berfesyen ialah kenali bentuk tubuh anda, jangan tolak keisimewaan yang ada.
Jangan Pakai Baju Merepek Ke Rumah Terbuka, Ini Stail Fesyen Sempurna Agar Nampak Manis Dipandang!

Sempena bulan syawal yang mulia dan diraikan selama sebulan, pastinya jemputan ke rumah terbuka sukar untuk dielakkan. Sama ada di pejabat mahupun di rumah pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang menghadirinya bagi mengeratkan jalinan silaturahim. Bagi wanita, sudah pasti rancak memikirkan busana yang akan digayakan bagi menghadiri rumah terbuka. Namun, sewaktu menghadiri rumah terbuka, etika berpakaian harus dititikberatkan agar anda terlihat cantik dan sempurna. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip berpakaian ke rumah terbuka supaya penampilan anda bukan sahaja anggun menawan malah lebih praktikal dan relevan.
1. PAKAIAN TRADISIONAL
Jika menghadiri rumah terbuka, lebih elok jika menggayakan busana tradisional kebanggaan melayu kita. Anda boleh mengenakan busana kurung moden, kebaya, kebarung, kurung kedah dan sebagainya. Terdapat banyak pilihan busana raya yang diberi suntikan tradisional yang boleh dijadikan pilihan hati. Malah ada busana tradisional yang diberi garapan moden agar ia relevan untuk digayakan di masa kini. Bukankah lebih manis jika memakai busana tradisional? Selain tampak sopan dan ayu, pakaian tradisional memudahkan anda untuk menyesuaikan dengan tema sambutan lebaran.
2. MIX & MATCH
Mungkin anda buntu untuk memilih pakaian ke rumah terbuka memandangkan semua busana raya anda sudah disarungkan. Jangan membazir untuk membeli pakaian baharu semata-mata untuk ke rumah terbuka. Anda boleh menggunakan konsep ‘mix & match’. Anda boleh memadankan koleksi top sedia ada samaada , peplum blouse ,body con dress, tunic, fishtail blouse bersama dengan skirt pelbagai potongan. Pilih skirt labuh potongan A , mermaid atau slit. Untuk padankan warna pakaian, fesyen blok warna atau colour blocking sentiasa menjadi penyelamat anda kala berfesyen. Malah trend ini juga menyuntik elemen segar dan ceria dalam gaya anda.
3. TIDAK MENJOLOK MATA
Anda dinasihatkan agar memakai pakaian yang sopan dan sedap mata memandang. Sekiranya busana anda diperbuat daripada fabrik sifon, pakailah inner atau pakaian dalam supaya tampil lebih sopan dan sempurna. Berpakaian seksi pula adalah tidak sesuai sama sekali untuk menghadiri rumah terbuka. Ingat, anda bukan menghadiri pertunjukan fesyen ya! Elakkan memakai pakaian yang mendedahkan terutama di bahagian dada dan kaki. Sebaiknya, pakailah pakaian dengan siluet yang lebih besar. Pakaian ini bukan sahaja lebih sopan dipandang malah akan memudahkan anda untuk bergerak.
4. SELESA
Jangan mementingkan kecantikan busana semata-mata! Tidak dinafikan, pasti ada ingin kelihatan menawan saat menghadiri rumah terbuka namun jangan ketepikan soal keselesaan. Keselesaan amat penting dalam berpakaian. Pilih pakaian yang selesa yang diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas. Contoh fabrik yang boleh dijadikan pilihan adalah fabrik jenis cotton, sifon, como crepe, satin dan banyak lagi. Fabrik jenis akan memastikan anda berasa selesa sepanjang masa, malah jika anda seorang yang cepat berpeluh, fabrik ini mampu menyerap peluh dengan baik. Selain itu, sekiranya majlis diadakan di ruang terbuka, fabrik jenis ini akan memastikan anda sentiasa berasa selesa sepanjang majlis berlangsung.
5. PRAKTIKAL
Pastikan pakaian yang bakal anda sarungkan cukup relevan dan praktikal. Selain selesa, pakaian yang praktikal juga amat penting ketika menghadiri rumah terbuka. Jangan memakai pakaian yang terlalu sendat sehingga menyukarkan anda untuk bernafas. Selain itu, jangan memakai pakaian yang meleret dan sarat dengan perincian manik. Pakaian seperti ini membataskan pergerakan anda dan khuatir penampilan anda kelihatan seperti pengantin. Jika anda seorang yang gemarkan perincian, cukup sekadar di beberapa tempat seperti di pergelangan tangan atau di bahagian pinggang.
6. KASUT
Pilih kasut yang tidak terlalu tinggi agar memudahkan pergerakan anda. Untuk rasa yang lebih selesa, anda boleh memilih kasut jenis block heels ataupun wedges kerana kasut jenis ini mempunyai tapak yang lebih tebal dan seimbang. Sekiranya anda tidak biasa mengenakan kasut tumit tinggi, anda boleh memilih kasut jenis flat pump shoes. Kasut jenis ini memberikan keselesaan maksima buat anda dan memudahkan pergerakan. Ia juga amat praktikal sekiranya anda membawa anak anda ke rumah terbuka. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan penampilan anda.
7. BEG TANGAN & AKSESORI
Sebaiknya, pilihlah beg tangan yang bersaiz sederhana yang boleh memuatkan keperluan penting anda seperti telefon bimbit, kunci rumah dan kereta, beg dompet dan lain-lain lagi. Anda dilarang membawa beg tangan yang terlalu besar kerana menyukarkan anda semasa menjamu selera lebih-lebih lagi jika lokasi rumah terbuka diadakan di kawasan terbuka. Selain itu, Padankan beg tangan anda dengan busana pilihan anda agar tampil bergaya dan sempurna. Untuk pemilihan aksesori, cukup sekadar memilih aksesori yang ringkas dan minimalis. Pilih aksesori bersaiz sederhana dan sesuai dengan anda. Selain itu, Elakkan memakai perhiasan barang kemas yang terlalu sarat.
Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

Jarum jam berputar, namun putarannya terasa lambat dan sia-sia sejak sekatan pergerakan terus-menerus dikuatkuasakan. Industri fesyen antara yang paling teruk terjejas apabila majoriti pelanggan mula bekerja dari rumah.
“Membeli pakaian baru kini bukan lagi prioriti. Apabila semua sektor membudayakan amalan bekerja dari rumah, banyak kedai terpaksa gulung tikar atau ditutup buat sementara waktu.”
Sayu hati mendengar. Bagi saya, luahan pereka fesyen muda berbakat besar, Nik Amanina Liyana, 31 tahun ini seperti membayangkan situasi getir yang mereka lalui.
Berasal dari Shah Alam, Nik Amanina pernah bergelar pereka fesyen di sebuah jenama fesyen tempatan terkenal selama enam tahun. Sentuhan kreativiti dan fashion direction wanita ini jelas mendapat perhatian apabila kini dia melebarkan sayap ke Ariani Ready-To-Wear.
“Saya sangat bersyukur sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan rekaan di sini. Minat dalam dunia fesyen yang dipupuk sejak kecil membuahkan hasil.” Nik Amanina
Suka membaca majalah dan membuat buku skrap, hobi Nik Amanina terhadap fesyen sejak zaman kanak-kanaknya kini menjadi kenyataan.
“Ingat lagi masa umur 10 tahun, saya tulis cita-cita nak jadi pereka fesyen. Lepas sekolah menengah, saya terus melanjutkan pengajian di Limkokwing University of Creative Technology dalam bidang ni.
Saya mempunyai kelulusan Diploma in Fashion & Retail Design serta ijazah dalam jurusan Fashion & Retailing. Semasa cuti semester, saya suka cari duit dengan mengambil tempahan baju-baju pengantin. Seronok bila berniaga ni.”
DIHEMPAS BADAI
Tahun 2020, bermulanya seluruh dunia dilanda wabak COVID-19 yang dahsyat. Sektor kesihatan merosot, diekori pelbagai sektor ekonomi lain termasuk pelancongan dan fesyen.
“Betul. Kami terpaksa agresif mencari strategi baru, merangka pelan bisnes dan menjadi lebih kreatif daripada dulu. Sesi ‘brainstorm’ juga kerap diadakan bagi mencari idea yang relevan untuk diteroka supaya bisnes terus bergerak.
Umpamanya kalau sebelum pandemik kami tak pernah terfikir untuk menjual ‘medical mask’, tapi kini kami pula bakal melancarkan mask terbaharu tak lama lagi.”
Mengakui dapat kembali membaca buku-buku seperti buku motivasi apabila ada masa terluang, Nik Amanina tidak menolak bahawa bekerja dari rumah bukanlah cara terbaik bagi seorang pereka seperti dirinya.
“Memandangkan dalam bidang fesyen kita banyak berurusan dengan produk fizikal, actual samples dan segala macam proses melibatkan kain, baju, jahitan, swatches dan sebagainya jadi bagi saya, ia agak sukar dilakukan dari rumah.
Sebagai pereka, saya perlu melihat sendiri, memakai, memegang, merasai sendiri sampel yang dihasilkan sebelum proses production dan lain-lain.
Tapi saya akur patuhi sop dan kini bekerja dari rumah, through Google Meet email dan Whatsapp. Sebagai seorang yang bergantung penuh dengan kalendar, ini sangat-sangat mencabar bagi saya kerana banyak yang tergendala dan tak mengikut jadual.
Saya rasa pereka-pereka fesyen yang lain juga terkesan dengan penutupan premis. We can’t fully work from home, its not ideal for designers. Plus, designers need to go out, explore, travel to get inspiration.”
BUSANA SOPAN
Menjadikan couturier Rusia, Ulyana Sergeenko sebagai idola fesyen, Nik Amanina cukup mengagumi stail wanita tersebut yang feminin with a bit of edge.
“Saya rasa dia dekat di hati saya. Seorang yang sangat cantik, pandai bergaya, berwibawa dan mempunyai kelas tersendiri. I’d like to be like her someday.” Nik Amanina
Wanita jelita ini bertuah kerana minat dan kerjaya sebagai pereka fesyen sekarang mendapat sokongan baik daripada keluarga.
“13 tahun lepas sewaktu saya ambil keputusan untuk belajar fesyen, industri fesyen Muslimah atau modest wear ini masih belum betul-betul bertapak di Malaysia. Hana Tajima antara ikon hijab ternama pada masa tu.”
Menyemat cita-cita mahu menjadi seorang usahawan fesyen suatu hari nanti, Nik Amanina berharap agar dia mampu mempunyai jenama sendiri menggunakan material yang ethical dan sustainable pada masa akan datang.
“Nasihat saya bagi mereka yang ingin menceburi bidang fesyen, pertama sekali timba dulu pengalaman dengan syarikat fesyen. You will learn so much more, faster! Kita akan tahu selok-belok ‘how people run business’, belajar tentang pasaran dan permintaan.
Kemudian jangan kejar glamor atau populariti kerana jujur, ia jauh meleset dari sangkaan anda. Banyak kerja yang mesti dibuat dan kebanyakannya tidak glamor pun.
Dan akhir sekali, carilah ilmu-ilmu penting seperti pemasaran, retail, fotografi, perniagaan, content creating, Photoshop, ilustrasi dan menjahit sebagai kemahiran untuk melangkah lebih jauh!” Nik Amanina