
Cantik semula jadi, potret terkini Datin Seri Camelia Khan buat ramai terpegun, usia 51 tetap nampak mahal dan classy.
Gemersik suara Camelia memecah keheningan hujung minggu. Lagu berhantu, Rindu Padanya, bagai mengimbau nostalgia lalu, zaman remaja 90-an yang kini semuanya sudah meningkat dewasa.
Dayang Nur Camelia Abang Khalid, anak jati Kuching, Sarawak merupakan salah seorang ikon fesyen dan penyanyi wanita tercantik yang pernah bergelar juara Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik.
Beliau mula dikenali menerusi dunia nyanyian dengan suara merdu yang unik serta gaya persembahan yang elegan. Datin Seri Camelia Khan pernah menghasilkan album yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat, terutama lagu-lagu bernuansa pop dan balada.
Antara lagu popular yang masih meniti bibir adalah Dengarlah Kasih, Menuju Usia, Akhirnya, Rindu Padanya serta banyak lagi.
Dilahirkan pada 20 Jun 1974, kecantikan asli Datin Seri Camelia Khan pada usia 51 sepertikan tidak terusik. Sangat cantik dan menawan, kulit mulus dan penuh kelembutan menyerlahkan pekerti seorang isteri dan ibu penyayang.
Pernah bergelar model dan pengacara Casa Impian di Astro Ria dari 1998 hingga 2006, Datin Seri Camelia Khan sering dilihat sebagai seorang wanita berkarisma dengan cita rasa fesyen yang mewah, sofistikated dan elegan.
Beliau pernah menjadi duta jenama antarabangsa L’Oréal, menjadikannya antara artis Malaysia pertama yang diiktiraf dalam dunia fesyen dan kecantikan global. Penampilan beliau dalam pelbagai acara hiburan dan sosial sering menjadi rujukan fesyen wanita moden era tersebut.
Terkenal dengan gaya hidup classy, aura Datin Seri Camelia Khan tetap menjadi pujaan peminat meski jarang muncul kerana fokus pada kehidupan peribadi. Low profile, namun namanya tetap segar di hati.
Elegan dan classy, suka betul tengok wajah terkini beliau sepanjang sesi pemotretan eksklusif jurufoto Pinography dan solekan magis Najeeb Azami. Kecantikan yang boleh digambarkan dengan satu kata – BAHAGIA.
Cantik semula jadi, potret terkini Datin Seri Camelia Khan buat ramai terpegun, usia 51 tetap nampak mahal dan classy.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/lembutnya-wajah-bakal-menantu-tg-zawyah-siti-nurhaliza-izza-atirah-shirafuddin-berdebar-hitung-hari-bahagia/
This website uses cookies.