Prihatin Dengan Isu Semasa, Bintang X-Men Sumbang Jutaan Ringgit Untuk Pembelian Sut Perlindungan Jangkitan!

Wabak Covid-19 sememangnya memberi impak yang mendalam buat seluruh dunia. Malah ramai selebriti yang cukup prihatin dengan penularan wabak ini sekaligus menyalurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.

Aktor terkenal Hollywood James McAvoy juga tirut tidak terlepas memberi derma  wang sejumlah £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.

Bintang filem X-Men itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dicetuskan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.

Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.

McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram miliknya. Mulia betul hati actor kacak ini. Semoga bantuan beliau dapat meringankan beban pihak yang terlibat dan sekaligus mengurangkan wabak berbahaya  ini yang sedang melanda seluruh dunia, insyaallah.

 

IKLAN
Share