Bagi yang mengikuti perkembangan Siti Nordiana bersama lima orang rakannya tentu sudah maklum tentang perkara ini. Kegagalan proses mediasi tuntutan kes saman fitnah pelakon dan penyanyi itu terhadap lima rakannya dilanjutkan kepada perbicaraan penuh di Mahkamah Seksyen.

IKLAN
“Proses Mediasi Siti Nordiana Dengan 5 Sekawan Tak Berjaya,” Peguam Ini Beri Pendedahan MEDIASI
Foto: Instagram @sitinordiana
“Proses Mediasi Siti Nordiana Dengan 5 Sekawan Tak Berjaya,” Peguam Ini Beri Pendedahan MEDIASI
Foto: Instagram @sitinordiana

Mungkin ramai yang masih tidak faham apakah itu proses mediasi seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro tersebut. Mediasi merupakan alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh yang menawarkan faedah-faedah seperti yang berikut:

  1. Perkhidmatan mediasi adalah percuma;
  2. Mediator terdiri daripada Hakim dan Pegawai Kehakiman yang mempunyai pengalaman dan berpengetahuan;
  3. Tiada pihak yang kalah kerana persetujuan untuk penyelesaian dicapai secara sukarela. Win-win situation;
  4. Perjanjian penyelesaian juga mengikat pihak-pihak mengikut undang-undang kontrak;
  5. Mediasi dapat menjimatkan masa;
  6. Proses mediasi adalah tidak formal dan fleksibel. Pihak-pihak lebih selesa untuk berbincang;
  7. Mediasi dapat mengeratkan hubungan antara pihak-pihak yang bertelingkah kerana memberi peluang kepada pihak-pihak untuk menjelaskan keadaan masing-masing;
  8. Fasiliti di Pusat mediasi yang menyediakan bilik mediasi dan bilik caucus memberikan keselesaan kepada pihak-pihak untuk berunding dengan selesa dan mengurangkan perasaan risau untuk hadir ke mahkamah terbuka;
  9. Mediasi adalah sulit dan amat berguna bagi tujuan menjaga nama baik seseorang, perniagaan dan lain-lain.
“Proses Mediasi Siti Nordiana Dengan 5 Sekawan Tak Berjaya,” Peguam Ini Beri Pendedahan MEDIASI
Foto: Koleksi Majalah Nona

Dalam pada itu, wanita yang berkelulusan LLB (Hons) United Kingdom dan Mediator in Civil and Commercial Matters (ADR GROUP, London) serta sedang dalam proses menamatkan MA Global Diplomacy dari SOAS London ini merupakan salah seorang peguam yang memperjuangkan proses mediasi ini.

“Semasa saya di sekolah guaman, The Honourable Society of The Inner Temple, saya diperkenalkan kepada bidang Alternative Dispute Resolution (ADR) iaitu kes-kes tidak ke mahkamah malah menggunakan cara alternatif untuk diselesaikan.

Justeru, saya mula mengenali dan mendalami bidang mediasi (mediation) ini. Oleh kerana saya mempunyai bakat dan sering menjadi pelajar terbaik dalam bidang ini, pensyarah menggalakkan saya untuk mengambil lesen akreditasi untuk menjadi mediator dalam bidang sivil dan komersial,” terang Intan Amalina Dato’ Sri Mohd Sarit.

“Proses Mediasi Siti Nordiana Dengan 5 Sekawan Tak Berjaya,” Peguam Ini Beri Pendedahan MEDIASI
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina Dato’ Sri Mohd Sarit.

Cabaran yang dihadapi oleh peguam ini nyata telah menguatkan semangatnya untuk terus berjuang. “Setelah pulang dari London, Tan Sri Apandi Ali (Peguam Negara ketika itu) telah mengundang saya untuk menimba pengalaman di Jabatan Peguam Negara.

Saya masih berpegang teguh dan komited untuk melebarkan sayap dalam bidang mediasi semasa saya menceduk pengalaman di sana. Namun, saya tidak sangka betapa peritnya untuk mendapat peluang kerana kes-kes mediasi sangat terhad di Malaysia.

IKLAN
“Proses Mediasi Siti Nordiana Dengan 5 Sekawan Tak Berjaya,” Peguam Ini Beri Pendedahan MEDIASI
Foto: Koleksi Majalah Nona

Demi menguar-uarkan tentang proses mediasi, saya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa, Young Practitioner’s Group di Asian International Arbitration Center (AIAC) yang dulu lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Regional Center for Arbitration (KLRCA).

Salah satu tugas saya adalah untuk bercakap tentang proses ADR dan mediasi kepada bakal-bakal peguam yang masih menuntut seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA),” ucap Intan bersemangat.

IKLAN

Setelah hampir berputus asa menghadapi cabaran yang diluar jangkauan, Intan bersyukur kerana telah dipertemukan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyuntik inspirasi untuk terus berjuang.

“Rezeki datang tanpa disangka apabila saya diperkenalkan kepada Mediators Beyond Borders International (MBBI) yang merupakan NGO mediasi antarabangsa yang berpusat di Washington. Saya telah dilantik menjadi wakil dari Malaysia dan juga Pengasas MBBI Malaysia.

“Proses Mediasi Siti Nordiana Dengan 5 Sekawan Tak Berjaya,” Peguam Ini Beri Pendedahan MEDIASI
Foto: Koleksi Majalah Nona

Melalui NGO ini, saya diberi banyak pendedahan kepada dunia mediasi, terutama sekali bidang informal mediasi di mana kemahiran mediasi digunakan untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam komuniti, masyarakat sejagat, serta politik dan juga kemahiran mediasi digunakan sebagai cara menyokong isu-isu yang perlu diketengahkan.

Misalnya, pada tahun 2019, saya telah diundang untuk menyertai dan bercakap di United Nation Women Insider Mediator di Davao, Filipina. Di sana saya berkumpul bersama-sama wanita dari kawasan pedalaman Filipina yang terpaksa berdepan dengan guerilla. Mediator-mediator dipanggil untuk berkongsi kemahiran dengan mereka untuk berkomunikasi secara efektif dan aman,” bicara Intan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI