Bukan teknologi enjin mewah, tapi protokol Rolls-Royce (RR) ini sebenarnya paduan dua perawatan estetik terkini dalam meremajakan kulit, nak tahu, ini caranya ‘reverse’ penuaan dengan berkesan!
Kunjungan Nona ke Aesthetic Medicine & Surgery Conference (AMSC 2024) yang berlangsung di Aras 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini mengungkap kelebihan protokol Rolls-Royce.
Berdiri di samping sebuah kereta Rolls-Royce sebenar, Dr Lim Ting Song teruja berkongsi ilmunya dalam bidang perubatan estetik. Selama 12 tahun, beliau komited melaksanakan banyak prosedur kosmetik dan rajin mengikuti perkembangan rawatan yang terkini.
Merupakan seorang Pengarah Perubatan di Clique Clinic, Dr Lim sentiasa menegaskan bahawa perubatan estetik seharusnya meningkatkan daya tarikan seseorang, bukan sebaliknya.
“Dulu-dulu bila seseorang terlalu banyak buat rawatan estetik, orang lain yang tengok wajah kita pasti terkejut. Alamak, muka macam plastik atau kembang macam bola… Oh, saya tak fikir ia betul.
Kini perubatan estetik sebenarnya sudah beralih kepada regeneratif. Berbeza dengan dulu, masalah kulit diselesaikan sedikit demi sedikit tapi bukan terus kepada penyebab utama,” kata Dr Lim.
Teruja betul berjumpa Dr Lim di majlis AMSC 2024, jom saksikan temu bual Nona di bawah ni…
Ads
Sekadar gimik, kata Dr Lim, protokol yang dimaksudkan merujuk kepada kehebatan RR iaitu perawatan Radiesse Plus dan Belotero Revive yang baharu diperkenalkan.
Percaya tentang pentingnya mengekalkan struktur semula jadi kulit agar berfungsi sama seperti sel kulit muda, gabungan RR ini dapat memberikan kesan keremajaan yang ketara, kulit lebih sihat dan menakjubkan, secara semula jadi.
Protokol Rolls-Royce (RR) ini sebenarnya paduan dua perawatan estetik terkini dalam meremajakan kulit, nak tahu, ini caranya ‘reverse’ penuaan dengan berkesan!
(1) Radiesse Plus
Radiesse Plus semakin menjadi pilihan dalam dunia perawatan estetik, terutamanya bagi wanita yang ingin mengekalkan penampilan yang muda dan segar.
Ia merupakan dermal filler yang menggunakan bahan calcium hydroxylapatite (CaHA) yang berfungsi dengan cara merangsang penghasilan tisu semula jadi dalam kulit. Hasilnya, sel-sel baru akan tumbuh seperti kulit orang muda.
Radiesse Plus sangat sesuai untuk wanita yang mula mempunyai tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan keanjalan di bahagian tertentu wajah.
Wanita berusia 30-an hingga 50-an, yang mengalami perubahan pada kontur wajah akibat penuaan akan mendapati Radiesse Plus sebagai pilihan yang berkesan.
Selain mengurangkan kedutan dan menganjalkan, perawatan ini juga membantu memperbaiki tekstur dan elastisiti kulit. Dengan perawatan estetik ini, ia mampu meningkatkan keyakinan diri, sesuai untuk wanita moden yang aktif dan ingin menampilkan diri yang terbaik tanpa memerlukan perawatan invasif.
(2) Belotero Revive
Belotero Revive pula merupakan skin booster yang menguatkan jaringan kulit agar wajah kelihatan lebih berseri, kurang pigmentasi atau kemerahan, pori-pori mengecil, kurang kedutan serta garis halus.
Ads
Belotero Revive ialah filler berasaskan asid hyaluronik yang terkenal dengan keupayaannya untuk melembapkan dan memberikan kelembutan kepada kulit.
Bagi yang sering terdedah kepada faktor-faktor persekitaran atau ekstrinsik seperti pencemaran atau sinaran matahari, Belotero Revive mampu membantu memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh kekeringan dan penuaan.
Dua perawatan estetik ini memberikan hasil yang semula jadi tanpa mengubah bentuk wajah, menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan segar dengan cara yang lembut dan tidak invasif.
Bercakap tentang rawatan regenerasi, Dr Lim menyeru agar wanita yang ingin mendapatkan perubatan estetik agar berjumpa pengamal perubatan yang tepat dan profesional.
Paling penting, seseorang yang boleh memberi penerangan jelas. “Mustahil untuk terus dapatkan hasil wajah muda yang diidamkan dengan sekaligus. Anda harus faham bahawa merawat masalah atau root cause kulit itu, mengambil masa,” akhiri beliau.
Terlalu banyak fesyen di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk membuat pilihan. Anda juga cenderung membeli pakaian yang murah dan akhirnya baju itu tidak sesuai dengan personaliti. Membazir! Tapi sebenarnya, ada di antara peraturan fesyen ini yang boleh anda abaikan.
1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa
Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.
2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi
Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.
3. Jangan gabungkan corak bersama corak
Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.
4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh
Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear
Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.
6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan
Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.
7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja
Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.
8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama
Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.
9. Wanita petit jangan pakai dress panjang
Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dress labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.
10. Jangan gabungkan denim bersama denim
Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila jerawat ‘singgah’ pada wajah, mesti kita tak senang duduk. Cuba bayangkan jika kulit anda mudah naik jerawat dan tidak terkawal. Ngeri kan! Baik lelaki mahupun wanita, kesihatan kulit wajah tidak boleh diabaikan. Mesti anda gembira bila ada rutin penjagaan kulit wajah yang boleh membantu anda ‘membelai’ kulit dengan ringkas dan berkesan, tidak mengira usia!
Bersempena La Roche-Posay x Shopee Acne Fighters Super Brand Day, rangkaian penjagaan wajah baharu dari Loreal membawa berita gembira untuk anda yang sedang ‘bertarung’ dengan jerawat pada wajah. Bagai magis yang membantu menyelesaikan masalah kulit berjerawat, rutin penjagaan wajah anda menjadi lebih mudah.
Kata orang, prevention is better then cure, kan? Janganlah tunggu sehingga jerawat penuh di muka barulah hendak mencari produk. Dengan rangkaian La Roche-Posay, anda boleh letakkan keyakinan penuh dan jangan culas! Jom baca apa kebaikan produk ini.
Kami senaraikan rangkaian produk rutin penjagaan wajah yang anda perlu tahu:
#1 Effaclar Purifying Foaming Gel
Gel pembersih wajah ini membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak serta mengekalkan keseimbangan pH kulit. Malah, ia tidak membuatkan kulit menjadi kering.
Berkesan mengurangkan jerawat, cela, bintik hitam dan mengawal kilau pada wajah.
BEBAS sabun, paraben, alkohol dan minyak.
Memberi keselesaan pada kulit
#2 Serozinc
Penyembur wajah oilblotter dengan infusi zink sulfat yang dicipta untuk memberi keselesaan pada wajah berjerawat, mengawal kilat dan mengetatkan liang pori pada wajah.
#3 Effaclar Duo (Untuk Kulit Berjerawat)
Pelembap anti-jerawat,anti-cela dan anti-pengulangan dengan salicyclic acid dan LHA
Keberkesanannya boleh dilihat seawall 12 jam
Menghilangkan cela wajah, ketidaksempurnaan kulit dan memperbaiki liang pori yang tersumbat
Memberi keselesaan
#4Effaclar K+ (Untuk Kulit Berminyak)
Pelembap dengan Salicyclic acid. Ia anti-oksida dan anti-sebum selama lapan jam
Sesuai untuk kulit yang dengan bintik hitam, tekstur tidak sekata dan kilau berlebihan
Selepas penggunaan satu bulan, tekstur kulit menjadi lebih halus, liang pori tidak tersumbat dan kilauan pada wajah lebih terkawal
Terbukti anti-pengulangan terhadap kesan cela dan bintik hitam
#5Effaclar Mat (Untuk Kulit Normal ke Berminyak)
Pelembap kawalan sebum
Menghalang kilau pada kulit dan memastikan kulit sentiasa halus dan matte
Memberi keselesaan
Apalagi, jangan lupa scroll laman web Shopee di SINI dan dapatkan La-Roche Posay. Rasai sendiri magis yang akan berlaku pada wajah anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, kolaborasi tersebut merupakan satu langkah besar dalam mencapai misi membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutama yang masih mencari jalan keluar dari tekanan hidup dan cabaran kewangan yang berpanjangan.
“Kami percaya bahawa setiap insan mampu berubah, asalkan mereka diberikan peluang dan bimbingan yang betul. Dengan sokongan Astro, kami yakin mesej perubahan ini dapat sampai kepada lebih ramai orang, bukan hanya di bandar, tetapi juga ke kawasan luar bandar.
Melalui gabungan kekuatan kandungan, komuniti dan penyiaran, lebih ramai individu dapat bangkit dan keluar dari zon selesa untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya,” katanya.
Golongan wanita khususnya boleh memanfaatkan peluang yang terbuka ini untuk pembangunan diri sendiri serta meningkatkan ekonomi dalam misi bergelar wanita sukses.
Syarikat pembangunan potensi diri dan keusahawanan terkemuka negara, RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat penyiaran utama negara, Astro pada 21 April 2025 bagi memperluas impak program-program pembangunan diri dan keusahawanan ke seluruh negara.
Perjanjian ini menyatukan kepakaran RichWorks dalam melatih lebih 2 juta individu dan usahawan sejak 2008, dengan kekuatan platform penyiaran dan digital Astro, yang mempunyai capaian luas merentasi pelbagai saluran termasuk TV, radio dan digital.
Tambah Azizan, perjanjian selama dua tahun ini bakal membuka ruang untuk pelbagai program pembangunan kendiri dan ekonomi rakyat diperkenalkan kepada jutaan rakyat Malaysia melalui pendekatan pendidikan yang lebih segar, relevan dan mudah diakses.
“Sebagai langkah pertama di bawah kolaborasi ini, program pembangunan diri, Transformasi360 yang turut menggunakan pendekatan AI (Artificial Intelligence) untuk membantu peserta mengenal pasti potensi dan kekuatan diri, akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei depan.
Transformasi360 bukan sekadar seminar motivasi, sebaliknya ia adalah satu pengalaman mendalam untuk peserta menyusun semula kehidupan mereka dari segi emosi, kewangan, serta matlamat hidup,” jelasnya.
Selain Transformasi360, kerjasama ini juga akan merangkumi penglibatan dalam program Jelajah Jiwa SME, bertujuan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam era digital.
Melalui siri ketiga Jelajah JIWA SME tahun ini, para peserta akan mendapat pendedahan kepada strategi, latihan, dan rangkaian sokongan yang lebih meluas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Dr Grace Lee, menyatakan komitmen syarikat dalam memperkukuh impak sosial melalui kandungan dan kerjasama bermakna seperti ini.
“Astro komited untuk menjadi platform yang bukan hanya menghibur, tetapi juga memperkasa. Kolaborasi dengan RichWorks adalah sejajar dengan usaha kami untuk menyokong pembangunan masyarakat melalui pendidikan, inspirasi dan peluang keusahawanan.
“Astro akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej dan kandungan program melalui platform penyiaran dan digital kami. Ini termasuk promosi, liputan media, serta kolaborasi aktivasi bersama saluran radio dan televisyen kami,” ujarnya.
Pelakon cantik Anne Hathaway kini berusia 40-an. Pun begitu, pelakon yang membawakan watak Mia dalam filem Princess Diary ini masih kelihatan berseri seolah-olah tak...