
Kebiasaanya, di samping fokus untuk melakukan ibadah pada bulan Ramadan, ramai yang mengambil peluang untuk menurunkan berat badan. Nampak mudah, tapi ramai yang terkandas dalam misi ini.
Namun, jangan risau masih ada beberapa lagi tip diet yang mungkin nampak pelik tapi boleh membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal tanpa memudaratkan kesihatan.
MAKAN GUNA PINGGAN WARNA BIRU
Warna seperti merah, kuning dan oren akan merangsang selera makan anda. Manakala, warna biru akan bertindak sebaliknya.
MINUM AIR SUAM
Selepas seharian berpuasa pastinya air sejuk menjadi buruan. Segelas air sejuk mungkin mampu memberi kesegaran, tetapi air suam mampu mengurangkan selera makan dan seterusnya membuat anda tampil lebih kurus.
LILIN HARUMAN VANILLA
Ternyata lilin pun mampu membantu anda dalam proses diet. Nyalakan lilin haruman vanilla di dalam rumah anda kerana cara ini dapat menenangkan otak dan boleh mengurangkan keinginan anda untuk mengunyah.
KERAP BER ’SELFIE’
Betul, setiap klik untuk gambar selfie yang di ambil tidak mampu untuk membakar kalori. Tetapi secara tak sedar, gambar yang ditangkap selalunya dapat menyedarkan kita jika kita sudah terlebih berat badan. So, masa raya nanti jangan makan je banyak ngat tapi selfie banyak-banyak juga ya?
GUNA PINGGAN SAIZ KECIL
Menurut Dr Michael Murray, pakar nutrisi dan penulis buku The Magic of Food, kita akan makan lebih banyak jika kita menggunakan saiz pinggan atau bekas yang lebih besar. Jadi, semakin kecil pinggan anda, semakin cepat anda kurus!
Mudah-mudahan, tercapai matlamat anda untuk kurus dan nampak cantik. Kalau tak sempat praktikkan masa berpuasa, lepas raya pun boleh sambung!
Demi Cinta, Isteri Rela Dipukul & Ditendang Macam PINTU BESI! Baca Pengakhirannya… Tragedi Sungguh

Petang itu tidak lengkap seperti setahun lalu, aku dan Rina duduk dalam suasana tenang di Restoran Serai, Pavilion. Lokasi biasa yang menjadi tempat kami bersantai sambil menghabiskan masa lunch atau minum petang.
Sambil menghirup green tea lemon, aku terus membiarkan Rina bercerita tentang apa yang telah berlaku pada Maria kerana semenjak pemergian aku meninggalkan Kuala Lumpur dan berhijrah ke London mengikut suami, Rina lebih memahami apa yang telah berlaku dalam kehidupan Maria.
Rina mula bercerita, “Semenjak you tinggalkan Malaysia, I dan Maria pun jarang menghabiskan masa bersama. I mula sibuk dengan urusan dua orang anak dan kerja sehinggalah satu hari tu, I ingat lagi Maria datang ke klinik.
Katanya sejak akhir-akhir ini dia selalu saja sakit perut tapi I nampak ada kesan lebam di bawah kelopak mata kirinya. Bila ditanya, katanya terjatuh. So, I pun tak mahulah mengorek lebih ceritanya.
Dua bulan kemudian, dia datang lagi kerana muntah-muntah teruk. Perut tak sedap dan selalu pening-pening. Kali ini, I tak sedap hati sebab terlihat kesan lebam-lebam di perutnya dan juga di bahu dan tengkuk.
I buat pemeriksaan lebih detail, hasil makmal kelihatan normal, tidak ada pembekuan darah, mengandung atau sebagainya. Gerak hati I sudah rasa ini mesti kes kekerasan rumah tangga?
Tapi jawapannya sama saja, jatuh sebab pening-pening dan kadang-kadang pengsan bila hilang keseimbangan. Jawabnya sungguh-sungguh, berusaha meyakinkan I. So I just bagi nasihat jaga makan dan kalau ada apa-apa, please contact me.
Selepas dua minggu, Maria datang lagi, katanya sakit ulu hati dan kali ini ada lebam di mata. I terus berkeras untuk bertanyakan keadaan yang sebenarnya dan barulah arwah bercerita.
Sepanjang dua tahun hidup berumah tangga bersama Imran hanya setahun dia melalui saat indah itu. Setahun kemudian, suaminya sering memukul dia bila datang sakit gilanya.
Imran sangat sayang dan cintakan arwah tetapi bila ada tekanan kerja dan kesilapan sikit yang arwah lakukan pantas sekali tangan dan kaki Imran menyapa ke tubuh arwah.
Buat kopi kurang manis pun arwah pantas kena lempang. Sedih I dengar kisahnya, menangis tersedu-sedu kami berdua. I rasa bersalah kerana tidak bertanyakan tentang perkara ini dari awal lagi.
I bagi nasihat kepadanya untuk pergi buat aduan ke pejabat agama atau report polis. Tapi katanya, dia terlalu lemah dan terlalu cintakan si suami.
Arwah pernah berkata dia bertekad untuk minta berpisah tetapi selepas dipujuk oleh Imran, Maria cair pada cintanya. Imran meminta arwah untuk membantu dia mengawal kemarahannya daripada meninggalkannya.
Imran mengalami tekanan sejak dari kecil apabila dia sering didera oleh bapanya. Dan kerana simpati dan sayang arwah pun berjanji untuk berusaha membantunya.
Rela Hati
Jadi arwah Maria rela terus dipukul demi mengubah kebiasaan itu. I tanya dia, sampai bila-bila you boleh bertahan? ‘Sampai Imran benar-benar pulih. Dan sekarang Imran sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan dirinya dan menerima rawatan psikoterapi. InsyaAllah, semuanya akan pulih kembali,’ jawabnya perlahan.
Sesekali lebam sikit bila datang gilanya, arwah bertahan. I tidak mampu berkata dan menasihati awrah lebih jauh lagi.
I cuma berharap, Imran akan cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan normal. I juga meminta izin dari arwah untuk bertemu Imran, mungkin boleh dapat sikit sebanyak membantu keadaanya itu.
Tetapi arwah Maria tidak benarkan, katanya itu akan mengeruhkan lagi keadaan kerana Imran pasti memarahinya kerana bercerita masalah perihal rumah tangga kepada orang luar.
Ingat lagi pesan arwah, “Jangan risaukan I, selagi mampu bertahan I akan bertahan demi menunaikan janji untuk bersama Imran menghadapi situasi ini. Takkan suami I sanggup pukul I sampai mati pulakan?” katanya sambil tersenyum. I hanya mampu geleng-gelengkan kepala dan menarik nafas panjang.
Pukulan Maut
Dua bulan kemudian kereta memasuki tempat letak kereta bahagian kecemasan dan kelihatan ada seorang lelaki yang mendukung wanita kurus yang kelihatan tidak berdaya, “Bantu isteri saya, tolong … dia pengsan dan tidak sedarkan diri dari petang tadi!” katanya sambil menangis dengan cemas.
“Kenapa ada lebam di belakang telinganya?” tanya jururawat ER. “Jatuh tangga, isteri saya pengsan, mungkin sakit perutnya datang dari makan terlalu lewat.” I terdengar perbualan itu dan bila melihat secara dekat Imran dan Maria.
I segera menjerit pada jururawat agar terus dibawa ke ICU. I tahu ini mesti, Maria dipukul atau ditolak lagi. Dan kali ini ia kelihatan membawa maut. Kerana Maria nampaknya seperti kritikal dan tidak sedarkan diri. Tekanan darah rendah, pernafasan cepat dan jantung sepertinya sesak.
Hasil imbasan CT menunjukkan terdapat perdarahan di otak di sisi lebam di belakang kepala.
Imran di situ menangis dan sering kali memohon maaf dan berharap agar Maria sedar dan kembali sihat agar dapat menjalani kehidupannya bersamanya. Oh, keadaan ketika itu sangat menyakitkan hati!
Mahu sebenarnya I laporkan pada polis tetapi sukar untuk mendapatkan bukti. Dan tidak ada saksi kerana mereka tidak mempunyai anak dan tinggal di rumah sahaja. Keadaan Maria adalah buruk, tekanan darahnya rendah.
Mahu pembedahan otak untuk membuang pembekuan darah, mungkin ‘lima puluh lima puluh’. Semua memutuskan untuk meneruskan ubat-ubatan sahaja dan tidak menjalani pembedahan. Dan pada hari keempat, monitor atas kepala Maria tiba-tiba ‘rata’, garis lurus.
Pegawai ICU selama tiga puluh minit cuba melakukan CPR, tetapi akhirnya semuanya terhenti. Maria menghembuskan nafasnya. Perjuangannya untuk mengiringi suami untuk berubah telah selesai.
Bagi arwah itu adalah keputusannya yang setia kepada suami untuk mengikat janji suci. Dikejutkan dan ditendang olehnya, hatinya masih memaafkan dan cuba bertahan untuk membantu mengurangkan kekurangan suaminya. Tetapi sudah tiba masanya untuk semua ketabahan, kesabaran dan membantu semangat itu menjadi sia-sia.
Walaupun perasaan dan mentalnya menerima penyalahgunaan kekerasan suaminya, tubuhnya tidak mempunyai daya tahan yang kuat seperti pintu besi. Terdapat had kekuatan fizikal dan yang telah melebihi.
Dan akhirnya semua ketabahan itu menjadi sia-sia sekarang. Tubuh arwah telah berhenti berdenyut, kaku dan tidak lagi nafas. Senyap senyap, antara kesakitan dan kemarahan.
Arwah Maria pergi dan tidak akan kembali untuk dipukul…. Itulah yang I dapat kongsikan…” jelas Rina sambil mengusap linangan air matanya. Aku terus menangis tanpa berhenti mengingatkan betapa hebatnya pengorbanan arwah Maria.
“Ini RM3,000 Duit Kubur, Kalau Saya Meninggal Jangan Beritahu Sesiapa” Luluh, Ustaz Kazim Dedah Sikap Anak Moden!

Bukan senang dapat duduk semeja, jamu kuih-muih bersama dan bersembang soal kehidupan dengan pendakwah bernama Dato’ Ustaz Kazim Elias ni. Tapi ditakdirkan suatu hari, Ustaz Kazim sudi ditemu bual Nona sambil minum petang di PWTC.
Sambil menghirup air panas kesukaan, beliau terbuka bercerita kisah hidupnya dan tenang memberi nasihat selaku Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi, Perak. Pusat ini bukan saja menempatkan pelajar tahfiz malah kelas pengajian Islam untuk warga emas.
Paling membuatkan penulis tersentuh, apabila Ustaz Kazim menceritakan niat beliau mahu membalas jasa kedua-dua arwah ibu bapanya melalui pusat ini. Dapat selalu melihat orang tua yang dimatanya ibarat melihat ibu bapa sendiri.

“Bapak saya meninggal masa umur saya 8 bulan. Tak sempat jumpa, tak sempat kenal pun dia. Tapi abang dan kakak selalu beritau tentang perangai bapak saya. Arwah bapak seorang gembala, tukang sembelih lembu dan kerbau.
Dan dia meninggal pun sebab kerbau dia. Akibat jatuh lori, lori tu bawa kerbau-kerbau untuk disembelih, tiba-tiba haiwan bergerak dan akhirnya berlaku kemalangan yang meragut nyawa.
Sikap anak-anak petanda akhir zaman? Ini penjelasan mantap Ustaz Kazim…
Sebenarnya saya takde pahala dengan ayah saya. Saya tak pernah buat baik dengan ayah saya. Jadi saya buat baik dengan orang lain. Saya buka sekolah warga emas dan anggap pahalanya macam pahala yang berbalik pada ibu ayah saya.
Sekolah pengajian Islam di Al-Barakah, ada ramai orang tua-tua. Saya anggap, saya bela mereka seolah-olah saya bela arwah ibu ayah saya. Itu nombor satu. Yang kedua pada orang yang masih ada ayah, hargailah.
Saya takut juga bila nampak ramai anak-anak yang tak mahu bela ibu ayah. Kalau mereka sakit, kami telefon pun taknak datang jenguk. Mereka pula suruh kita jaga. Suruh kami hantar ke hospital. Ada yang lebih dahsyat, cakap hantar je kat sekolah, rumah orang tua-tua. Padahal anaknya ada.
Tour di sekitar pejabat dan Pusat Pendidikan Al-Barakah, terharu dengan layanan baik Dato’ Ustaz Kazim Elias pada kami! Tonton video Inspirasi Nona di bawah…
Saya selalu cakap dengan staf saya, itu bahagian diorang. Bahagian kita belum tentu lagi. Ada seorang ibu tua ni, sudah dua minggu tak makan. Kita pulak datang suap dia. Bila telefon anak-anak, sorang pun taknak datang. Akhirnya kamilah yang terpaksa ambik alih.
Oleh sebab tu, jangan benarkan orang lain ambik nama mak dan nama bapak. Jangan biar orang lain ambil alih tugas ibu ayah kepada seorang anak. Sekarang, media sosial ambil alih. Dulu zaman TV, anak-anak dapat pendidikan daripada TV. Sekarang pendidikan daripada TikTok, Instagram dan Bigo.
Ada yang sayang TikTok, lebih daripada ibu ayah dia. Sayang handphone sampai tergamak bunuh diri kalau dirampas oleh ibu ayah dia. Jadi sekarang kita perlu letakkan diri kita, bahawa ibu ayah tu satu keutamaan.
Setengah orang tak kasi anak cucu dia nangis, pulangkan balik handphone tu walaupun niat asalnya nak mengawal. Seronok la budak-budak bila dengan tangisan tu, menjadikan ibu ayahnya lemah. Jadi ibu ayah, jangan lemah untuk masa depan. Tetapkan had. Bila masa boleh pakai handphone, bila masa kena tutup handphone tu.
Saya pernah jumpa anak yang halau bapak, ambil harta semua sekali dan tinggalkan orang tuanya sehelai sepinggang. Ada yang datang ke sekolah saya, mintak rumah. Sebab takde rumah nak duduk, anak halau.
Pengajarannya jangan kita terlalu mengejar harta dalam kehidupan. Takut esok-esok, anak ambil harta dan tinggalkan kita. Ajari mereka tentang agama. Insyaallah takde harta pun mereka sayang kita.
Paling luluh hati saya bila ada seorang ayah ni tiba-tiba hulurkan duit RM3,000. Katanya kalau dia mati, uruskanlah jenazahnya dengan duit tu. Tapi jangan beritau anak-anak. Kalau meninggal pun, jangan beritau. Tanam je. Ni tiga ribu, simpan. Duit kubur.” Ustaz Kazim
Ambil peluang cuti Hari Raya Aidiladha ini untuk pulang menjenguk orang tua kita. Masa hidup manusia makin singkat, utamakanlah mak ayah lebih dari segala-galanya. Akhiri murabbi Al Fadhil Ustaz Kazim Elias, suatu hari nanti, akan sampai saat kita pula dengan anak-anak.
Salam Aidiladha buat semua followers Majalah Nona!
“Tak Perlu Bandingkan, Mereka Memang Terbaik”- AINA ABDUL Nyanyi Lagu Kau Kekasihku, Buat Peminat Terpukau & Terkesima

Memang tidak dinafikan, penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza memiliki auranya tersendiri. Bukan sahaja kualiti vokalnya yang hebat, malah Siti boleh dikatakan memiliki pakej lengkap sebagai seorang penghibur. Maka, tidak hairanlah jolokan ‘penyanyi nombor satu negara’ itu terus melekat dengan figura hebat ini.
Siti yang baru sahaja usai mengadakan persembahan di Persada Johor bersempena dengan konsert A Night To Remember selama dua hari, pastinya meninggalkan momen manis kepada barisan peminatnya yang hadir untuk mendengar kelunakan suara pelantun lagu Biarlah Rahsia ini.
Apa yang menariknya, kejayaan konsert itu bukan sahaja memfokuskan kepada kehebatan Siti, malah penyanyi jemputan Aina Abdul, 29, turut mencuri tumpuan umum apabila sebuah video yang memaparkan dirinya membawa lagu Kau Kekasihku dihadapan pemilik lagu tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi bualan ramai.
Aina yang ketika itu anggun menyarungkan rekaan pereka Zaimi Zulkafli membuatkan penonton terkesima dengan kekuatan vokalnya menyampaikan lagu tersebut dengan begitu merdu, indah dan lunak.
Bagi peminat Siti, sudah pasti sedia maklum mengenai nada tinggi lagu tersebut yang memerlukan lontaran vokal yang hebat. Ternyata itu bukanlah penghalang untuk Aina yang sememangnya memiliki vokal yang baik. Sambil diperhatikan oleh ‘tuan’ punya lagu, Siti juga dilihat kagum mendengar alunan suara Aina yang sungguh jelas ketika mendendangkan salah satu lagu hitsnya.
@lif3isgood4 #anighttoremember #ainaabdul #sitinurhaliza #fyp ♬ original sound – Lifeisgowddd
Ternyata, netizen begitu teruja dengan persembahan tersebut sehinngga video yang dirakamkan oleh salah seorang peminatnya tular di aplikasi TikTok. Pastinya, ia menjadi detik manis buat pelantun lagu Semalam dalam diari seninya.
@sitizones.official #fypシ #ctdk #sitinurhalizagallery #datositinurhaliza #sitizone #no1 #sitizoner #fyp #malaysia #foryoupage #world #sitinurhaliza #tokti #bakatsiti #muziumsiti #ainaabdul #anighttoremembersitinurhaliza #hatikama ♬ bunyi asal – SitiZone
Bukan itu sahaja malah, gandingan hebat dua penyanyi ini menerusi lagu Hati Kama turut menjadi perhatian ramai. Jika dahulu Siti berkongsi momen bersama Noraniza Idris, kali ini alunan lagu tersebut diperhebatkan lagi dengan kelunakan suara Aina. Lenggok serta kemerduan vokal Aina sememangnya menyempurnakan persembahan hebat Hati Kama.
Dalam masa yang sama juga, ramai yang memuji rekaan busana rona biru yang digayakan oleh Aina ketika itu. Meninjau ke dalam ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa Aina semakin cantik dan gaya fesyennya sentiasa kelihatan mewah dan eksklusif.
Ada juga yang berpendapat supaya Aina mengekalkan gaya fesyen sebegitu tanpa menggayakan rekaan yang memiliki unsur-unsur pelik.
Konsert A Night To Remember Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sudah berlangsung pada 18 dan 19 Disember turut menyaksikan kehebatan penyanyi Khai Bahar sebagai penyanyi jemputan.
Sumber gambar: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza & Aina Abdul