Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Memiliki rupa paras yang indah serta sepasang mata yang bulat dan cantik membuatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana sering disoal samada matanya asli ataupun tidak.
Menjawab pertanyaan yang selalu diberikan kepadanya, pelakon yang dilahirkan di England ini telah berkongsikan gambarnya sewaktu zaman kecil bagi menangkis persepsi bahawa dia menggunakan kanta lekap selama ini. Untung betul miliki mata yang besar dan lawa sebegitu!
Comelnya Sarah!
Ads
Sejurus selepas berkongsi foto zaman sekolah, ramai pengikut laman sosialnya yang memuji kecomelan wajahnya yang dimiliki sejak kecil lagi. Memang saling tak tumpah seperti wajah anak perempuannya, Sumayyah.
Berikut merupakan tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh para peminat dan follower, Puteri Sarah yang berjaya menarik perhatian NONA!
Ads
Sebagai info, Puteri Sarah Liyana telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan juga Sumayyah.
Ads
Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 April 2023.
Tak perlu bulu mata palsu! Cukup dengan sekali sapuan, bayangkan solekan mata terus menyerlah dengan maskara 1Minute Miracle Xtreme yang digilai ramai. Produk viral ini terus mendapat tempat di hati wanita sejak beberapa tahun dipasarkan, malah mengumpul banyak pelanggan setia yang tertawan kehebatannya.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan 1Minute Miracle, Ain Fatin Lyana, maskara ini layak diangkat sebagai maskara No. 1 di Malaysia disebabkan pengeluarannya sudah mencecah lebih sejuta unit dalam masa tiga tahun.
Pencapaian tersebut amat membanggakan syarikat kosmetik yang beroperasi dari Pendang, Kedah itu, sekaligus membuktikan keupayaan mereka dalam pasaran kosmetik negara.
Berbau epal, formulasi kalis air maskara 1Minute Miracle Extreme disenangi ramai kerana ia mudah ditanggalkan. Mudah nak berwuduk walaupun tanpa eye make-up remover, tarik saja fiber maskara dah tertanggal.
Fibernya halus dan bersifat magnetik sekaligus membuatkan maskara lebih mudah dicuci tanpa menghitamkan bawah mata. Ia juga didatangkan dengan pengepit supaya bulu mata melentik tiga kali ganda daripada biasa, nampak tebal dan hitam pekat!
KEUNIKAN
Kejayaan Ain Fatin Lyana membangunkan empayar 1Minute Miracle bukanlah usaha setahun dua. Berusia 32 tahun, wanita jelita yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang seni bina ini rupa-rupanya memang minat berniaga.
“Produk pertama kami adalah foundation yang dicipta pada tahun 2014. Tapi disebabkan kami tidak mendapat formulasi yang tepat, proses R&D berlarutan sehingga tahun 2015.
Akhirnya lahirlah foundation 1Minute Miracle yang seterusnya memberi ilham untuk kami tubuhkan syarikat bernama 1Minute Miracle Sdn Bhd. Pada tahun 2015, kami cuma keluarkan foundation sebanyak 5,000 unit.
Tiba-tiba sambutan melonjak hingga menjadi 50,000 unit dan sekarang produk foundation yang sama masih kekal di pasaran dengan jualan 150,000 unit sebulan.
Ini diikuti dengan pelancaran 1MM Xtreme Mascara pada tahun 2017. Kehebatannya kekal sampai sekarang malah ia telah terjual sebanyak 1.2 juta sejak dilancarkan.” Ain Fatin Lyana
Selain maskara, bisnes Ain yang diusahakan bersama suami, Nor Afifullah Md Isa turut memasarkan beberapa produk mekap lain yang hangat di pasaran.
Antaranya 1MM Foundation, Eyebrow Have Have, Kitty Blush, Harum Maneh Sponge, StayGlow Face Spray, Xtreme Mascara dan sebagainya. Seramai lebih 2,000 ejen turut dilantik bagi membantu mengembangkan lagi empayar syarikat.
“Kami pernah mengalami kejatuhan yang teruk kerana menghentikan aktiviti promosi dan pemasaran. Dalam masa yang sama, produk baru gagal menambat hati pelanggan selepas formulanya ditukar. Ramai pelanggan setia jauh hati.
Silap kami tak endahkan nasihat dan buat juga perubahan secara drastik. Akhirnya produk itu tak laku dan produk sedia ada pula kehabisan stok.” Ain Fatin Lyana
Kini pasangan usahawan 1Minute Miracle ini bangkit dengan semangat dan strategi perniagaan yang luar biasa untuk mengembangkan empayar mereka. Antaranya dengan memastikan produk yang dipasarkan berkualiti tinggi.
“Pertama dari segi packaging, tiap satunya unik dan comel hingga membuatkan semua wanita tertawan. Kedua, setiap produk 1Minute Miracle ada kelebihan luar biasa yang tak terdapat di mana-mana malah pada mana-mana produk lain.
InsyaAllah kami akan jadikan produk 1Minute Miracle sebagai produk must have untuk setiap wanita di Malaysia.” Ain Fatin Lyana
Mengakhiri perbualan, penerima Nona Best Cosmetic Brand Award di acara Nona Superwoman Award 2022 ini sempat berkongsi harapan beliau untuk tahun 2023.
“Kami jangkakan ekonomi tahun ini akan berubah. Jadi kami dah mula susun atur strategi dari segi pengeluaran produk, launching dan sebagainya.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menerima watikah keahlian parti berkenaan pada Ahad.
Watikah berkenaan disampaikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini.
Turut menerima watikah ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Dua lagi individu iaitu bekas Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua Cabang Keadilan Jelebu merangkap bekas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Yus Mazmi Ahmad Yusof pula menyerahkan borang keahlian Bersatu mereka.
Ras Adiba ketika ditemui berkata, beliau memilih menyertai BERSATU untuk menyokong perjuangan gabungan PN dalam membela nasib rakyat termasuk golongan OKU dan percaya PN berupaya mengembalikan kecemerlangan dan kesejahteraan negara.
Ras Adiba mengakui sebelum ini beliau adalah ahli UMNO sehingga akhir tahun lalu tetapi memutuskan untuk menyertai BERSATU berikutan senario politik yang berubah.
Turut mencuti tumpuan ialah penampilan bekas wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan tersebut yang tampil anggun dan jelita menyarung kebaya berona biru dengan lilitan selendang menutupi sebahagian kepalanya.
Walaupun masih perlu bergantung pada kerusi roda elektrik untuk bergerak, namun aura dan personaliti Datuk Ras Adiba nyata cukup memukau dan masih berkarisma.
Untuk rekod, Ras Adiba pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Living legend! Siapa masih ingat lagi penyanyi bersuara germersik ini?
Inilah penampilan terkini Krisya yang popular dengan lagu ‘Gemersik’ pada era 90-an.
Setelah tujuh tahun menetap di Bosnia kerana mengikut suami, Krisya atau nama penuhnya Krisya Norsabrina Roslan kini kembali memeriahkan industri seni tanahair.
Ibu kepada empat cahaya mata ini masih seperti dulu, kekal cantik pada uisia 42 tahun.
Penyanyi lagu tema animasi Keluang Man ini berkongsi perkembangan terbarunya ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran trailer filem ‘Keluang Man’ baru-baru ini.
“Antara amalan saya untuk kekal sihat dan cantik ialah tidur dan rehat yang secukupnya. Sebagai ibu kepada empat orang anak sejujurnya memang tak boleh tidur dengan puas. Jadi, tidur dan rehat yang cukup sangat penting.
“Selain itu saya juga mengamalkan minum air yang banyak, makan banyak sayuran, vitamin, kerap bergerak dan rajin membaca.”
Biarpun usianya mencecah 40-an, Krisya tetap menjaga penampilan. Bagi Krisya, imej yang menarik adalah sangat penting bagi seorang artis.
Walaupun bertudung tetap tidak menghalang Krisya untuk tampil stylish.
“Saya mula bertudung pada 2018 iaitu ketika menetap di Bosnia tujuh tahun lalu. Untuk istiqamah, saya selalu cakap kepada diri sendiri kalau boleh bila pakai (bertudung) memang nak pakai berterusan. Tak nak buka sampai bila-bila, so saya teruskan pakai.”