Setiap kali bersolek mesti wajah berkuping-kuping bagai tidak mahu menerima bedak asas yang melapisi bahagian kulit. Lama-kelamaan timbul rasa malas untuk bersolek. Sebenarnya situasi ini berlaku kerana kulit terlalu kering sehingga menyebabkan kulit menggelupas tanpa boleh dikawal.

IKLAN

Kulit kering bukan sahaja boleh menyebabkan kurang keyakinan diri malah menyebabkan kulit semakin teruk kerana terabai. Jangan cepat melatah rawat kulit wajah sebelum terlambat dan kenali punca sebenar kulit kering ini terlebih dahulu.

Punca kulit kering

  • Faktor keturunan atau genetik.
  • Kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambil.
  • Jangkitan kulat pada kulit wajah.
  • Kurang mengambil mineral yang menjadi punca kulit kering kerana hidrat.
  • Kurang mengambil nutrisi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh seperti vitamin B2 da E juga mineral.
  • Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit serta menyumbang kepada kulit yang kering.

Cara mengatasi kulit kering secara semula jadi

Tip secara semula jadi untuk melembapkan kulit wajah agar tidak kering dan kusam serta mencerahkan secara semula jadi. Boleh amalkan tip ini selain menggunakan krim pelembap yang bersesuaian.

(a) Menggunakan kuning telur

Cuba ambil kuning telur dan dicampurkan dengan madu asli. Setelah dicampur kedua-dua bahan ini, sapu di seluruh wajah dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian cuci sehingga bersih dan lakukannya secara teratur sehingga menjadi rutin. Wajah yang kering akan mudah lembap dan mengikut keinginan anda.

IKLAN

(b) Menggunakan buah betik

Buah betik memiliki fungsi untuk melancarkan proses detoksifikasi. Bukan itu sahaja, betik juga berupaya untuk memutihkan wajah secara semula jadi. Cara yang mudah untuk mengatasi kulit kering adalah dengan menggunakan buah betik sebagai sumber krim pelembap. Menyapu rata krim pelembap betik ini sesuai untuk melembapkan wajah.

IKLAN

(c) Menggunakan madu

Madu yang dikeluarkan daripada mulut lebah memang banyak khasiatnya. Madu memang terkenal sebagai penawar dan boleh membantu melembapkan kulit. campurkan madu dengan gula dan pisang yang sudah dilenyek. Sapu di seluruh bahagian wajah sambil mengurut lembut otot-otot wajah. Cara yang mudah untuk mengembalikan semula lembapan di bawah kulit wajah.

(d) Menggunakan buah avokado

Buah avokado juga boleh membantu memberi lembapan kepada kulit wajah. Hancurkan buah avokado yang telah dilenyek dengan susu segar seperti menjadi krim. Sapu di seluruh bahagian wajah dan urut dengan lembut terutama di kawasan poin-poin untuk menegangkan otot wajah. Lakukan selalu dengan konsisten untuk mengawal lembapan di bahagian kulit wajah. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI