Kemangkatan Ratu Elizabeth II, tokoh paling lama memerintah Britain dan pemimpin tertua di dunia pada 8 September 2022 ditangisi oleh seluruh ahli keluarga serta rakyat jelata baginda. Namun di sebalik kesedihan ini, antara barang tinggalan Ratu yang sentiasa dalam kenangan adalah koleksi beg tangan kesayangan berjenama Launer.
Percaya tidak, Ratu Elizabeth II yang tersenarai di antara wanita terkaya di dunia ini memiliki beg tangan kesayangan yang dipakainya lebih daripada 50 tahun. Jika diperhatikan, beg yang sama sering disangkutkan ke lengan dengan kepanjangan yang khas.
IKLAN
Sewaktu hayat baginda, beg tangan berjenama Launer sering dibawa ke pelbagai acara rasmi. Launer merupakan jenama rumah fesyen Inggeris dan ke semua beg tangan ini direka khusus dengan ciri-ciri eksklusif.
Pertemuan Ratu Elizabeth II dan Presiden Nixon pada tahun 1970
Beg tangan Launer kesayangan
Menurut laporan Express, tali strap beg tangan Ratu Elizabeth II direka sedikit panjang sesuai untuk keselesaan baginda. Lapisan dalam beg juga dibuat daripada material khas agar beg tersebut tidak terlalu berat.
Baginda menyenangi beg tangan dengan strap yang lebih panjang agar tidak tersangkut pada baju saat menyapa tetamu. Bahagian kompartmen beg juga ringkas agar baginda mudah mencapai isi beg.
Ratu Elizabeth II juga dikatakan sentiasa menyimpan gula-gula dan permainan crossword puzzle di dalam beg tangan ini. Baginda memiliki lebih daripada 200 koleksi beg tangan Launer tapi hanya dua rekaan ini yang menjadi kesayangannya.
The Royale
Rekaan Launer The Royale dengan kemasan ‘patent leather’
The Traviata
IKLAN
Koleksi bestseller Launer ini berbentuk segi empat dengan tali strap yang boleh disangkut ke lengan
Ratu Elizabeth II melawat kilang Launer pada tahun 1992
Ratu Elizabeth II bertemu CEO Launer, Mr Gerald Bodmer
IKLAN
Pertemuan Ratu Elizabeth II dengan Nelson Mandela
Sejarah beg tangan Launer kesayangan Ratu Elizabeth II bermula sejak tahun 1950-an. Ia dihadiahkan oleh bondanya dan masih disimpan rapi hingga ke saat ini.
Jenama Launer juga memegang anugerah Piagam Diraja. Di United Kingdom, hanya tiga orang dari keluarga diraja British layak memberi anugerah Piagam Diraja iaitu Ratu Elizabeth II, Putera Philip dan Putera Wales. Piagam Diraja ini menandakan nilai prestij dan pengiktirafan terhadap sesuatu jenama atau perkhidmatan yang digunakan oleh keluarga diraja.
Semenjak menembusi pasaran digital, Launer mula mendapat permintaan tinggi dari seluruh dunia. Koleksi paling popular, the Traviata seperti yang digemari oleh Ratu Elizabeth II pernah mencipta fenomena sehingga laman web Launer dibanjiri tempahan tidak berhenti-henti. Dari Amerika Syarikat hingga New Zealand, ramai wanita memuji keindahan rekaan Launer.
Hubungan diraja Britain dengan jenama Launer juga bermula sekitar tahun 1968, selepas Ratu Elizabeth II memberikan Piagam Diraja kepada mereka. Sejak itu, baginda sering memesan sekitar lima beg tangan baru dalam setahun.
Harga sebuah beg tangan Launer mengikut website rasmi dianggarkan sekitar £1,100 – £3,100 atau RM5,743 – RM16,185. Launer juga menghasilkan banyak aksesori barangan kulit berkualiti seperti beg dompet, bekas kad kredit, bekas telefon pintar, pemegang kunci dan sebagainya.
Ketika pertama kali memuat naik gambarnya berpenampilan sopan dan bertudung labuh di Instagram sekitar Ogos tahun lalu, pelakon jelita Izara Aishah menarik perhatian peminat dan warganet sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah mula bertudung.
Ketika itu, pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011 ini terus mencetuskan tanda tanya apabila dia turut menutup ruangan komen di posting tersebut.
Lebih menguatkan spekulasi, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini bertindak memadam semua gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram.
Penghijrahan Izara Di Sambut Baik Peminat!
Penghijrahan pelakon berusia 29 tahun ini yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan warganet yang turut gembira dengan perubahannya.
Menurut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri.
Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.
Pastinya semua wanita ingin tampil bergaya dan anggun, namun tidak semua gaya sesuai digayakan dengan ketinggian dan bentuk tubuh badan wanita. Oleh itu, anda harus mengetahui cara menyesuaikan pakaian dengan bentuk fizikal agar ianya tampak cantik saat disarungkan ke badan anda.
1. PILIH SELUAR IKUT SAIZ
Jika anda bertubuh rendah, seluar singkat bakal membuatkan anda tampak lebih rendah. Jenis seluar paras pinggang atau high-waist pants memberikan ilusi yang lebih tinggi dan begitu juga dengan seluar berjalur menegak. Seluar jenis palazzo memberikan ilusi kaki yang panjang. Seluar jenis ini sesuai untuk semua jenis tubuh. Trik mudah, elak padankan palazzo dengan baju labuh. Jika baju anda labuh, masukkan baju anda di dalam dan seluar jenis ini sesuai digayakan dengan pelbagai jenis kasut.
2. PILIH KASUT YANG SESUAI
Tip paling mudah untuk kelihatan lebih tinggi ialah dengan memakai kasut tumit tinggi. Selain itu rona kasut juga memainkan peranan yang penting kerana memberikan ilusi yang lebih tinggi kepada si pemakai. Rona-rona yang sesuai dipilih ialah rona neutral dan pastel seperti coklat muda dan beige.
3. MOTIF BERJALUR
Bagi yang mempunyai tubuh badan gempal dan kecil, elakkan dari memakai pakaian dengan jalur melintang kerana ianya memberi ilusi lebih lebar dan menambah volume pada sesuatu objek.. Tambahan lagi, rekaan baju dengan jalur melintang sedikit ketinggalan zaman.
4. AKSESORI TAMBAHAN
Jika anda mempunyai leher yang pendek, hindari dari memakai sebarang aksesori di leher. Sekiranya anda sudah mengenakan anting-anting bersaiz besar, elakkan dari memakai aksesori di leher. Untuk tas tangan pula, wanita bertubuh kecil dan langsing disarankan untuk memakai tas tangan yang bersaiz kecil dan untuk wanita bertubuh besar, anda sesuai untuk mengenakan tas tangan bersaiz sederhana
Seth & Luna kian menempa nama dalam industri fesyen tanah air dengan garapan kreatif mentafsirkan karya agung buat setiap helaian yang dihasilkan. Walaupun masih hijau dalam industri fesyen tanah air, jenama yang diungguli oleh dua anak muda Irie Mohamad dan Jimiey Whang seringkali digayakan oleh selebriti terkenal tanah air termasuklah Erra Fazira, Nabila Huda, Stacy, Marsha, Amy Mastura dan ramai lagi. Label fesyen yang ditubuhkan sejak tahun 2015 ini kian meniti gerbang kejayaan dan semakin dikenali dek kerana sentuhan magis yang dihasilkan sebaris dengan pereka handalan tempatan.
Terkenal dengan rekaan bold dan moden, jenama ini sentiasa mengadaptasi rekaan tradisional melayu ke dalam setiap rekaan. Ilham segar dan fresh dapat dilihat dengan penerapan elemen-elemen tradisional dan sesuai digayakan di abad ini. Tidak hairanlah, setiap helaian yang dihasilkan cukup relevan untuk disarungkan dan mendapat tempat buat penggemar jenama Seth & Luna. Apa yang pasti, sebagai pereka baharu, mereka sentiasa melihat setiap peluang sebagai rezeki dan setiap pesaing sebagai “benchmark” untuk mereka tandingi.
APAKAH TREND FESYEN 2018?
Trend Fesyen bagi tahun 2018 menurut kami adalah ‘freedom of fashion’ iaitu kebebasan untuk mengekspresikan diri melalui fesyen. Apa sahaja busana yang digayakan, ianya dipadankan dengan gaya individualiti yang tersendiri. Selain itu, aliran fesyen di zaman 80-an dan 90-an juga mendominasi pentas peragaan.
FESYEN HANGAT BUAT LEBARAN TAHUN INI?
Bercakap mengenai fesyen lebaran 2018, kita terbiasa dengan helaian yang seakan-akan sama bagi setiap jenama. Kami faham sebagai pereka kita perlu mengikut kehendak pelanggan. Namun pada tahun ini, trend india & klasik rata-rata menjadi inspirasi setiap rekaan. ‘We need more options’!
UNTUK KOLEKSI LEBARAN TAHUN INI, APAKAH REKAAN YANG DIPERTARUHKAN OLEH JENAMA ANDA?
Untuk lebaran 2018, kami hanya fokus kepada tempahan ‘by appointment’ dari pelanggan rapat kami disebabkan jadual kami yang cukup padat hingga bulan Syawal. Walaubagaimanapun, kami akan menghasilkan beberapa helaian ‘ikonik’bagi meraikan bulan Syawal dan kami akan memuat naik foto busana tersebut ke laman instagram kami dalam masa terdekat.
APAKAH PERSEDIAAN UTAMA DALAM MENCARI BUSANA LEBARAN?
Pastikan anda membeli busana untuk digayakan di hari lebaran lebih awal. Ini amat penting sekiranya ia memerlukan ‘alterations’ maka anda mempunyai masa untuk melakukannya. Begitu juga sekiranya anda membeli busana menerusi talian. Pastikan ia dibeli awal dan setelah itu anda boleh fokus kepada aksesori yang boleh dipadankan bersama busana raya anda.
KONGSIKAN TIP PENTING MEMILIH BUSANA LEBARAN
Untuk hari lebaran, pastikan helaian anda selesa, sopan, dan juga penuh glamor saat dipakai. Tidak kiralah anda menyambut lebaran di desa atau di kota, bulan Syawal merupakan bulan kemenangan islam, dan kita seharusnya menyambutnya dalam helaian yang cantik dan istimewa.
ANDA ADA MENYERTAI PROGRAM REALITI TV YANG BERNAMA GEN F. CERITAKAN SEDIKIT PENGALAMAN ANDA MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT
Gen F merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat mana-mana pereka muda. Jika difikirkan, di mana lagi kami boleh mendapat guru fesyen yang hebat seperti Faizal Hamid dan juga Kak Zai dalam menimba ilmu dan mendapat tunjuk ajar mereka yang boleh dikira sebagai orang kuat fesyen di Malaysia. Ditambah pula dengan kehadiran Datuk Rizalman Ibrahim dan Datin Vivy Yusof sebagai juri yang “merahmati” dan memberi komen tentang rekaan kami. Ianya merupakan pengalaman paling berharga kami sebagai pereka fesyen lazimnya.
APAKAH CABARAN TERBESAR SEMASA BERTANDING DIDALAM PROGRAM TERSEBUT?
Cabaran terbesar di Gen F adalah untuk sentiasa memuaskan hati semua pihak. Mengambil kira kritikan mentor, mengambil kira citarasa juri dan juga kekal dengan DNA jenama Seth & Luna itu sendiri. Namun Alhamdulillah, sehingga ke episod final kami berjaya mengharungi kesemuanya dengan bermaruah.
PENGALAMAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN SEMASA MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT?
Pengalaman yang tidak Akan kami lupakan semasa kami berada di Gen F semestinya ketika kami berada di bengkel fesyen bersama peserta yang lain, bertungkus lumus menyiapkan busana dalam tempoh 30 jam. Ada yang tidak sempat untuk keluar makan, potong kain di lantai, dan “mengkritik” busana pereka yang lain. kenangan pahit dan manis di dalam bengkel itu amat sukar untuk kami lupakan dan sentiasa menjadi kenangan manis buat kami.
PENDAPAT ANDA MENGENAI LAMBAKAN PEREKA FESYEN MASA KINI DAN PERANAN ANDA SEBAGAI PELAPIS MUDA?
Lambakan pereka fesyen merupakan satu pesaingan yang sihat bagi industry fesyen itu sendiri. Namun sebagai pemerhati dan pembeli, anda seharusnya bijak menilai yang mana kaca dan juga permata. Bagi kami di Seth & Luna, kami sentiasa memberikan sehabis baik dan di akhirnya kami serahkan segalanya kepada yang maha Esa. Busana hanya kekal sebagai busana, namun ilham, rezeki dan kejayaan semuanya ketentuan Allah.
APAKAH PERANCANGAN ANDA UNTUK MENGEKALKAN JENAMA ANDA AGAR TERUS RELEVAN UNTUK MASA AKAN DATANG?
Sebagai pereka Fesyen, kami sentiasa belajar. Belajar merupakan proses yang tiada tanda noktahnya, dan dari situ kami bisa menghidangkan rekaan yang sentiasa segar dan menghairahkan buat penggemar fesyen. ‘And that itself is our key to stay relevant in the industry’.
SIAPAKAH IKON FESYEN PILIHAN ANDA DALAM DAN LUAR NEGARA?
Ikon Fesyen di malaysia buat Seth & Luna sudah semestinya primadona Noor Kumalasari. Beliau merupakan ‘a true fashion icon’ dan tidak ada pengganti sehingga kini. Namun dalam pada masa yang sama, kami juga obses dengan kejelitaan Scha Alyahya. Beliau bukan sahaja cantik malah cukup bijak. Untuk Ikon fesyen antarabangsa, kami mencintai Michelle Lamy iaitu isteri kepada pereka terkenal Rick Owens. Beliau mempunyai citarasa Fesyen yang begitu eksotik dan tersendiri. ‘We would love to dress her, Insyaallah’.