Selain amalan gaya hidup dan pemakanan sihat, rawatan estetik seperti ‘tarik benang’ yang diamalkan oleh aktres Indonesia, Meriam Bellina juga antara pilihan untuk kekal muda remaja.
Tuntutan untuk kekal cantik sememangnya penting buat wanita yang berkecimpung dalam industri hiburan. Rupa paras menjadi aset dan punca rezeki agar terus relevan dalam pasaran yang diceburi.
Meriam Bellina terkenal cantik dari zaman 80-an
Wajah wanita Belanda-Sunda ini persis mendiang Lady Diana
Sejak dulu kerap menghiasi iklan dan cover majalah
Ads
BUAT RAWATAN
Membuat rawatan estetik antara alternatif terbaik pada zaman ini untuk mendapatkan hasil yang diingini. Seperti dalam perkongsian Meriam Bellina, beliau sendiri rajin berjumpa pakar kulit di Klinik Dermapro Jakarta bagi menegangkan muka.
Nampak menyakitkan tapi tidak, inilah hasil sebelum dan selepas rawatan ‘tarik benang’ yang dilakukannya. Banyak perbezaan ketara, bukan?
Hasil rawatan ‘tarik benang’ di Dermapro
SEPARUH ABAD
Ads
Sejak remaja, wanita berusia 57 tahun ini sudah bergiat aktif sebagai model dan membintangi pelbagai filem serta sinetron popular di Indonesia. Tidak hairanlah jika beliau merupakan salah seorang anak seni tercantik pada zamannya, mirip mendiang Lady Diana!
Sejak tahun 1981, Meriam Bellina sudah menceburi bidang seni dan masih aktif sampai sekarang. Menariknya, penampilan fizikal wanita separuh abad ini seakan tak berubah, malah kelihatan semakin awet muda dan bergaya.
Kalau melihat foto-foto beliau ni, macam tak sangka Meriam Bellina dah cecah usia emas. Kulitnya masih licin dengan riasan mekap sesuai usia serta fesyen terkini. Cantiknya!
Ads
Wanita Indonesia cukup terkenal dengan amalan tradisional seperti menjaga pemakanan, mengambil jamu serta mengekalkan gaya hidup cergas untuk kekal cantik. Tak hairanlah Meriam Bellina sentiasa nampak muda, malah dengan bantuan rawatan estetik menambah lagi pesona auranya sebagai bintang seni legenda.
Dilahirkan di Bandung, Indonesia pada 10 April 1965, Meriam Bellina bertuah dilahirkan dalam keluarga campuran Belanda-Sunda. Ibu anak dua ini juga pernah bertugas sebagai pramugari untuk Garuda Indonesia.
Paling penting, jadikan kegembiraan diri sendiri sebagai perkara paling utama dalam hidup ini. Berfikir positif dan ceria selalu!
Foto: Instagram @bellinamer
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpegun dengan aura personaliti wanita ini. Meskipun lama menyepi daripada dunia seni tapi Nona percaya pasti ramai peminat drama tanah air merindui lakonan dan wajah penuh kelembutan milik pelakon cantik, Siti Shahrizah Saifuddin atau mesra di sapa Eja ini!
Paling menarik perhatian ialah penampilan terkini Eja yang makin anggun dan sejuk mata memandang. Apatah lagi, Eja sudah pun meniti usia 50 tahun pada 18 Januari lepas. Namun figura ini kelihatan masih menawan dan cantik dalam kelas tersendiri.
Mengimbas kembali populariti Eja, dia mula meraih perhatian menerusi game show Roda Impian. Selain itu, Eja juga pernah membintangi beberapa filem antaranya Bilut dan dia cukup sinonim dengan watak wanita Timur yang sarat kelembutan dek kerana wajah ayu dan tutur kata yang sopan.
Disifatkan seorang selebriti yang cukup menjaga privasi diri sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, Eja turut pernah menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Janin dalam Festival Filem Malaysia (FFM 24).
Kali terakhir Nona menemu bual Eja adalah sekitar lima tahun lalu ketika dia menjadi penghias kulit depan edisi April 2017. Waktu itu, Eja sudah pun berhijab dan makin bertambah anggun dengan imej sopan seorang muslimah.
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Eja waktu itu apabila diaju persoalan mengenai pembabitannya yang seakan sunyi dalam industri seni. “Saya tidak tahu orang lain tetapi diri saya, pada usia ini benar-benar rasa sunyi dan sepi. Mungkin Allah sedang mendidik saya untuk melepaskan cinta dunia. Itu perasaan saya hadapi.
Kini saya lebih suka bersendiri jauh dari sorotan lampu glamor yang penah dikecap dulu. Memang ada mendengar kata-kata kecil saya sudah tidak mahu bergaul lagi atau sudah sombong. Saya bukan begitu, sebenarnya mahu betul-betul manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.”
Biarpun tidak lagi mewarnai arena seni namun perkongsian Eja di platform media sosial dapat mengubat kerinduan peminat terhadap dirinya.
Bukan hanya berkongsi perkembangan terkini malah Eja turut memuat naik foto anak tersayang dan suami tercinta. Lebih-lebih lagi ketika bercuti. Difahamkan pada awal Januari lepas, isteri Mohd Silahuddin Jamaluddin tersebut melancarkan produk sambal keluarannya dikenali sebagai Eishal’s Choice by Eja.
Antara perisa yang dikeluarkan termasuk Sambal Petai Putar, Sambal Mangga Murni, Sambal Kicap Koyak dan Sambal Limau Lentik.
Credit Instagram @eja78 / Di samping rakan artis, Halim OthmanCredit Instagram @eja78 / Di samping rakan artisCredit Instagram @eja78
Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Eja dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Eishal yang kini menginjak usia 13 tahun. Moga perniagaan Eja makin berkembang maju dan sukses.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kemunculan semula penyanyi bersuara lunak Noryn Aziz ni, memang tak lepas ikut perkembangan dia. Dari karier seni, sisi kehidupan peribadi… sampailah tip cantik yang diamalkan Noryn, ramai peminat yang menanti-nantikan perkembangannya. Lagi-lagi sejak pemilik nama Norazmahwati Abdul Aziz ini mengenakan hijab sekitar tahun 2011.
Disifatkan antara selebriti wanita berhijab yang sering tampil bergaya, populariti Noryn semakin meningkat naik selepas dia menjuarai program realiti Gegar Vaganza Musim Kelima pada September tahun lalu. Berbekalkan bakat nyanyian dan sifat merendah diri serta ramah melayan para peminat… maka tidak hairanlah saban tahun ada saja rezeki Noryn.
Terbaru, Noryn kembali menyuntik inspirasi dan ‘superwoman’ kepada golongan wanita menerusi perniagaan terbarunya, By Noryn. Label hijab Noryn yang baru dilancarkan pada 1 Februari lepas ini adalah buah tangan kepada semua wanita khususnya yang berhijab juga buat mereka bakal mengenakan hijab. Patutlah selama ni tengok Noryn pakai tudung cantik terletak je, rupa-rupanya sebab ada label hijab sendiri.
“Bismillahirrahmanirrahim. By Noryn is OFFICIALLY ONZ. Launch. Berdesup!!! Menemui anda… Superwoman collection of instant shawl berwarna-warni menyinari hari-hari anda yang indah ceria walau terkadang mendung.
We have 21 colors to grab. Hoodie Shawl yang multipurpose pula memudahkan look anda. Tak caya, cubalah. Anda akan nampak lebih mysteriously fashionable. Hoodie Shawl ni boleh digayakan pelbagai style.”
https://www.instagram.com/p/BtfIjTvBaW4/
Seriously, memang rambang mata tengok koleksi By Noryn. Siap buat tutorial lagi. Memang mudah, cepat dan cantik bila digayakan. Sesuailah untuk anda yang sibuk bekerjaya atau yang ada anak ramai. Tak perlu lagi berdiri lama depan cermin lepas ni.
Noryn yang kini meniti usia 42 tahun mempunyai seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah yang berusia lima tahun. Tahun 2019 nyata tahun yang bertuah bagi figura ini kerana selain berjaya menghasilkan jenama sendiri, Noryn bakal mengadakan konsert Soul Sisters bersama paduan suara penyanyi hebat, Misha Omar dan Siti Sarah pada 5 dan 6 April nanti.
Kredit: Instagram Noryn Aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Simple je orangnya Fasha Sandha! Walau berstatus selebriti terkenal namun dia bijak menyesuaikan diri ketika beraya di kampung baru-baru ini. Ternyata penampilan sederhana Fasha sewaktu pulang ke kampung halaman suami tercinta di Rembau, Negeri Sembilan menarik perhatian peminat.
Tidak mengenakan pakaian glamor, isteri Aidil Aziz ini kelihatan cukup selesa dengan gaya ringkas di samping keluarga. Apatah lagi dia pandai bergaul dengan ahli keluarga mentua dan bawa diri.
Ucap Fasha, “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin buat semua followers kesayanganku.”
Bahkan foto perkongsian Fasha yang tampil tanpa secalit mekap, bertudung dan T-shirt saja turut menjadi bualan ramai. Rata-rata peminat memuji sikap aktres jelita ini yang tidak memilih pangkat dan status.
Tak ramai selebriti yang berani tampil dengan wajah polos macam Fasha!
Malah sepanjang berada di kampung, ibu tiga cahaya mata ini tidak kekok mengenakan tudung. Terserlah keayuan kakak Elisya Sandha ini.
Kongsi Fasha di Instagram, “Raya raya raya. Kisah semalam, makan gelak makan gelak. Memang gila. Balik KL je tengok berat badan dah naik 2.5kg apakah??? Nak turun bukan main seksa, nak naik laju je kan.”
Ramai juga yang terpegun dengan penampilan pelakon ini yang makin ramping. Kalau dulu, nampak tubuhnya berisi sekarang Fasha makin slim. Tak hairan pun sebab dia memang rajin bersenam.
Pada 28 Mac lalu, Fasha genap berusia 39 tahun. Walau sudah meningkat umur lewat 30an, wajah cantiknya sentiasa menjadi bualan peminat.
Fasha Sandha bergelar isteri kepada Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.