Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandung, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain yang berfungsi. Semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu.
Antara perubahan yang paling ketara bagi seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan yang disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu hamil. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu hamil juga disebabkan oleh peningkatan jumlah darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar.
Dengan peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminitwalaupun semasa berehat. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan. Kadar pernafasan ibu turut meningkat.
Ads
Menyedari bahawa kehamilan merupakan antara perubahan yang paling mengagumkan yang dilalui oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungannya, jenama susu pra-natal terkemuka Anmum Materna memperkenalkan rumusan baharu yang dipertingkatkan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin dalam menghadapi perubahan semasa kehamilan.
Dalam upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari dan Probiotik DR10, sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu meningkatkan kesihatan usus yang baik.
Ads
Ibu yang sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada. Aktres dan hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat badan sewaktu hamil.
Ads
Susu formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk lain, sila layari www.anmum.com.my. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Produk kecantikan terkenal di Malaysia, Ainaa Beauty, meraikan ulangtahun ke-5 baru-baru ini dalam suasana gilang gemilang.
Pengasasnya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab atau dikenali sebagai Syafiqah Aina, ditemani oleh rakan kongsi merangkap suaminya, Hafiz Mahamad, serta Norazura Posdzi. Majlis diadakan di Marriot Putrajaya.
Turut diperkenalkan set lengkap produk penjagaan kulit berwajah baharu yang bakal menembus pasaran bermula 25 Mei 2022. Set yang terdiri daripada serum, pencuci muka, pelembap, pelindung matahari dan skrub ini didatangkan dengan reka bentuk botol yang lebih moden, inovatif serta mempunyai ‘aura’ tersendiri.
Tema biru dipilih oleh Ainaa bBeauty selaras dengan warna korporat klinik estetik dan klinik perubatannya, Ainaa Clinic, yang baru dilancarkan dan beroperasi pada April lalu.
Turut diraikan pada majlis tersebut ialah malam penghargaan buat para usahawan Ainaa Beauty yang berjaya mencapai hasil jualan tinggi pada tahun 2021. Antara hadiah yang dimenangi oleh usahawan-usahawan tersebut ialah sebuah kereta Proton X50, dua buah kereta Perodua Axia, lebih 40 buah iPhone 13 Pro Max serta beberapa set barang perhiasan emas.
Satu anugerah penghargaan istimewa turut diberikan kepada dua orang usahawan yang telah berjaya membina kerjaya di dalam platform perniagaan Ainaa Beauty iaitu ‘Anugerah Lelaki & Wanita Inspirasi’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penularan wabak Covid19 memberi impak bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia ‘lumpuh’ dengan aktiviti harian apabila negara-negara besar seperti United Kingdom juga sudah melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di negara itu.
Haliza Hashim Doyle
Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal. Kerajaan United Kingdom mengenakan perintah kawalan pergerakan bermula Isnin lalu bagi membendung penularan COVID-19.Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, penguatkuasaan itu dijangka untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 minggu.
NONA berkesempatan menemubual secara eksklusif koresponden TV3, Haliza Hashim Doyle yang menetap di London untuk berkongsi situasi terkini di London apabila perintah tersebut dilaksanakan baru-baru ini.
“Buat masa ini bukan sahaja death toll di UK semakin meningkat 1228 (semalam) dan yang sahkan positif covid19 telah melebihi 19,000. Beberapa menteri dan kerabat diraja UK juga dilapurkan positif Covid19,” ujar Haliza membuka kerisauannya tatkala melihat angka kes positif Covid19 yang semakin bertambah setiap hari.
“Selain rakyat, pewaris tahta Britain Putera Charles, Perdana Menteri Britain Boris Kohnson, Menteri Kesihatan Matt Hancock turut disahkan positif Covid19 dan kini sedang self isolate dirumah, sambung Haliza lagi.
Haliza Hashim membuat laporan keadaan semasa dari rumah melalui kemudahan internet
Sambung Haliza lagi, walaupun arahan lock down telah dikeluarkan, namun masih ramai barisan frontliners bertugas bagi memastikan situasi pendemik ini dapat dikawal sebaik mungkin.
“Sama seperti di Malaysia, golongan perubatan seperti doktor, jururawat, pekerja hospital, pekerja penghantaran dan pekerja di sektor makanan dan supermarket masih menjalankan tugas untuk memenuhi permintaan semasa.Mereka ini antara individu penting masa kini.”
Melihat sistem pengangkutan juga semakin bertutup secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan kawasan tumpuan ramai yang boleh menjadi asbab jangkitan Covid19 sukar dikawal. Di London hampir separuh keretapi bawah tanah / tube sudah dikurangkan perkhidmatan dan dijangka ditutup bagi mengurangkan risiko jangkitan. Ini antara situasi yang sangat membimbangkan di peringkat kerajaan.
“Dr Jenny Harries, Deputy Chief Medical Officer England, semalam turut memberi amaran kehidupan di Britain TIDAK akan kembali normal kemungkinan sehingga Jun. UK juga sedang bersedia untuk extend lockdown. Semua ini masih dalam pertimbangan mengikut situasi semasa”, sambung Haliza lagi.
Ketika ditanya mengenai penerimaan masyarakat di UK mengenai perintah yang dikeluarkan, majoriti warga Britain mengikut perintah kerana ramai yang bekerja dari rumah.
“Ramai yang mempunyai anak kecil lebih memilih untuk duduk di rumah. Mungkin ada segelintir seperti generasi muda yang masih keluar in small groups. Misalnya pegi ke park sebab kebanyakan kafe dan restoran sudah ditutup. Namun masih ada yang berdegil mengunjungi pasaraya bersama anak-anak. Namun tindakan mereka itu mengundang padah apabila ditahan oleh pihak keselamatan dan diarahkan pulang.
Ketika mula-mula arahan lockdown dikeluarkan ada Juga keluarga dan sekumpulan kecil yang degil memandu ke country side ke arah Scotland dan Wales untuk ‘bercuti’. Kawasan peranginan tersebut membantah kehadiran mereka and arahkan mereka pulang ke rumah. Saja juga situasi seperti rakyat Malaysia yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman sehari sebelum perintah dikuatkasakan,” ujar Haliza mengenai situasi masyarakat yang kadang kala degil dan tidak mendengar arahan pihak berkuasa.
Satu lagi, sepanjang tempoh genting ini ramai mengambil kesempatan terhadap barang-barang keperluan seperti face mask yang dijual pada harga tidak munasabah. Bayangkan, pada awal mac, saya pernah ternampak seorang penumpang di lapangan terbang yang menjual face mask pada harga $20 satu! Ada juga farmasi yang menjual Panadol pada harga tiga kali ganda dari hari biasa!
Satu lagi situasi mengenai pembelian barangan keperluan harian pula, Haliza turut berkongsi bagaimana masyarakat mengamal social distancing ketika membeli barangan keperluan harian di pasaraya. Pihak pasaraya mengehadkan jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam pada satu masa.
“Jika di Malaysia khabarnya roti menjadi hot item yang sering habis dan diperkatakan, di UK makanan sepetti pasta, beras dan tepung sememangnya hot item. Nasib baik kebanyakan pasaraya mempunyai bakeri sendiri jadi masalah putus bekalan bakeri jarang kedengaran. Cuma telur agak bermasalah untuk dapat kerana ia cepat habis dan nak dapatkan perlu ke pasaraya pada awal pagi. Selain itu, penghantaran makanan masih berjalan seperti biasa.
Ketika diminta menitipkan pesanan untuk rakyat Malaysia sepanjang melalui hari-hari sehingga 14 April ini, Haliza berkata betapa bertuahnya setiap individu semasa wabak merbahaya diluar sana, hanya perlu duduk rumah, bekerja dari rumah berbanding barisan hadapan yang tidak dapat berbuat demikian lantaran tugas yang digalas.
“Kita boleh luangkan masa bersama keluarga dan masih boleh berkomunikasi dengan keluarga dan kawan di seluruh dunia dengan kemudahan teknologi. Kita masih boleh keluar membeli makanan kerana ia merupakan perintah kawalan pergerakan, bukan sehingga tahap lockdown.
Memang ada yang rasa bosan tapi perintah duduk di rumah ini untuk beberapa minggu sahaja. The logic is stay at home bermakna kurang orang yang akan berjangkit atau memberi jangkitan. Jadi kurang pesakit di hospital.
“Saya sendiri tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti berzumba dan bekerja seperti biasa tetapi saya akur dengan perintah kerajaan dan bekerja dari rumah. Saya galakkan setiap wanita yang bekerja di rumah untuk mempunyai private work space. seperti saya, saya mempunyai ruangan kerja khas, suami, Jonathan Doyle di ruang makan manakala Emma dan Iskandar lebih selesa beekrja dari ruang bilik masing-masing”
Saya juga bekerja dari rumah dengan menjalankan interviews melalui skype or facetime. Selesai bekerja, saya gemar memasak terutamanya hidangan barat dan kadang kala memasak menu masakan Melayu untuk keluarga. Pada hujung minggu, kami sekeluarga mabil peluang menonton telvisyen, menonton filem mahupun bermain board games.”
Kebetulan di belakang kediaman kami ada sebuah taman. Jadi kami ambil kesempatan bersenam dan mengeluarkan peluh di situ. Untuk pengetahuan, UK dibenarkan untuk aktiviti riadah sehari sekali ya.
Walaupun rindu untuk melakukan aktiviti zumba seperti biasa, tetapi saya gantikan dengan bermain badminton bersama Iskandar untuk mengeluarkan peluh. Kalau rindu keluarga dan rakan-rakan, face time kan ada,” ujar Haliza yang mendoakan semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala dengan adanya kerjasama dari semua pihak.
Foto: Koleksi Haliza Hashim Doyle
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dunia hiburan seni tanahair digemparkan dengan berita penceraian Mizz Nina dan Noh Hujan selepas 11 tahun bergelar suami isteri. Noh dan Mizz Nina berkongsi berita perpisahan secara serentak menerusi laman Instagram (IG) masing-masing semalam.
Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam. Memetik laporan media, mereka memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 14 Jun lalu.
Sejak bertebarannya khabar angin tentang keretakan rumah tangga Mizz Nina dan suami, sehingga kini masih tidak jelas apa yang terjadi dalam perhubungan mereka.
Walaupun gossip liar bertebaran, dan sehingga kini ada yang menyalahkan satu pihak namun ramai yang memuji bagaimana Mizz Nina berhadapan dengan situasi sebegini. Di laman sosial, selain ramai selebriti yang menitip kata-kata semangat kepada Mizz Nina, NONA tertarik dengan komen warganet yang memuji Mizz Nina yang tidak berkongsi jauh sekali mengaibkan suami.
Memetik kata-kata Sha Ramson Abdullah, “Contohi Mizz Nina. Langsung tak pernah bercerita tentang aib suaminya. Saya tulis ‘Mizz Nina’ sebab saya perempuan. Saya suka ambil pengajaran yang baik dari Mizz Nina. Dia hadap ujian rumahtangganya namun tak pernah sekalipun dia bercerita kepada umum.”
“Tidak bercerita pasal perangai suami dia, tidak bongkar skandal yang ada (sekiranya ada), tidak cerita cacat cela suami, tidak merungut dan tidak meroyan di media sosial. Ya, pastinya dia sebagai isteri kecewa tapi dia memilih untuk tidak berkongsi di media sosial.” Itu pula perkongsian dari Hafiz Manson.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.