Rahsia SHIMA ANUAR Jaga Kecantikan, Walau Bermekap Tapi Tetap Boleh Lindung & Rawat Muka!

Peminat filem tempatan seperti 7 Petala Cinta, Highland Tower, Flat 3A, Sumpahan Kum Kum dan Bini-Biniku Gangster pasti biasa melihat lakonan Shima Anuar yang cukup mantap serta penuh penghayatan.

Meskipun kini sedang berehat daripada dunia lakonan kerana berbadan dua, namun Shima masih aktif memenuhi undangan fotografi serta promosi produk Clinelle yang diwakilinya.

Satu perkara yang menarik perhatian Nona adalah kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh wanita berusia 26 tahun itu. Sering tampil tanpa solekan tebal, kulit Shima yang putih bersih sudah cukup memberi keyakinan tinggi terhadap dirinya.

Apakah rahsia Shima Anuar mengekalkan kulit flawless walaupun tanpa sapuan bedak asas yang tebal? Teringin juga nak kulit sebegitu cantik, mungkin ada ‘produk ajaib’ yang diamalkan?

“Sebenarnya saya seorang yang simple tapi kalau bercakap tentang produk penjagaan kulit, saya jadi sangat berhati-hati. Produk yang dipakai mestilah selamat, tak mengandungi bahan berbahaya atau bersifat komedogenik seperti paraben, minyak mineral dan sebagainya.

Sejak dulu saya merupakan pengguna produk Clinelle yang setia. Pilihan utama tentulah rangkaian pencerahan WhitenUp sebab ia berkesan melindungi kulit saya siang dan malam. Memang selepas penggunaan produk ni, kulit kita akan nampak makin cerah dan berseri-seri. Yang penting, kulit sihat sepanjang masa,” kata isteri usahawan Mohd Solih Toha ini.

Produk wajib yang digunakan?

“Saya suka gunakan krim EE Clinelle. Sebagai wanita yang sibuk dan perlu sentiasa bersolek, krim ajaib ini boleh menyamarkan cela sambil melindungi serta merawat kulit dalam satu masa! Hebatkan? Bila pakai, tak terasa pun berbedak. Ringan dan lembut sangat,” akui Shima sambil tersenyum.

Krim EE atau Even Effect ini merupakan yang pertama di pasaran dalam rangkaian Clinelle WhitenUp. WhitenUp EE Cream SPF 50 PA+++ menggabungkan manfaat penjagaan kulit dan solekan dalam satu serta berfungsi untuk memperbaiki dan menyamaratakan cela yang kelihatan, sambil memulihkan masalah kulit.

Melalui formula Advanced Skin Perfection Tri-Complex, krim pelembap ini mampu memberikan 15 efek kecantikan serta-merta dengan satu sapuan. Antaranya kesan pencerahan dan anti-penuaan, keupayaan melembap untuk sepanjang hari, perlindungan dari sensitiviti kulit, tabir suria serta antioksidan untuk kesihatan kulit. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Ivory dan Natural.

Jadi lepas ni bolehlah kita amalkan rahsia Shima Anuar pula. Jom dapatkan penyelamat terbaik ini di AEON Wellness, Caring, Guardian, Watsons dan farmasi-farmasi terkemuka atau layari Facebook: Clinelle. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share